Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, February 28, 2011

SHOOT FOR FUN | POLKA DOT THEME

Pagi tadi join shoot organized by Izyan, rakan talent.
Tak tahu kenapa, aku tak ada mood pula nak shoot tadi.
Pose semua rasa kurengg je.
Wardrobe memang dah siap2 beli semalam.


Aku rasa aku join sebab aku rasa boring melalui rutin yang sama setiap hari.
Fikir kerja sampai sesak otak.
So, aku join sekadar untuk have some fun & jumpa kawan2.
Seronok duduk berborak tentang minat yang sama.
Dan baru aku sedar, tak semestinya setiap event perlu shoot.
Mungkin kadang2 kita perlu event2 santai seperti menonton wayang,
lepak di cafe sambil borak2 & sharing the ideas,
or even shopping together! (yg ni applicable 4 girls only la.. =P)


Tapi, tak sabar juga nak tunggu gambar baru diupload!
Will update u later.. =)
Nite!


P/S: sharing 1 pic.. =)




1 more pic lepak2 after shooting.. =)


-----------------------------

Organizer: Izyan Rosley

Talent : ALya SyaQiera
Makeup & Wardrobe : ALya SyaQiera

PHOTOG:
Dokter Ajai
Da Rule
Amer Rule


Friday, February 25, 2011

POLKA DOT!

Polka dot..
Bukan pandai sangat pasal fashion.
Tapi, dulu masa zaman sekolah memang pernah ada cita-cita nak jadi fashion designer lah kononnya. =)
Suka sketch baju-baju yang dipakai oleh celebs dalam mag or paper.
Suka tengok baju-baju cantik yang dipakai orang.
Suka puji-puji bila orang pakai baju cantik.
Sebab seriously suka tengok orang yang pandai berfesyen!
Muka tak cantik, tak apa.
Asalkan kemas dan fashionable, that's just enough for me.. =)
Hahah..


Dalam kepala sedang fikir-fikir tentang polka dot fashion...~

Polka dot padanan dengan jeans
Suit
Ni sopan sikit, pakai dengan inner =)
nice. lengan panjang, boleh pakai dengan seluar
dress+cardigan
ouhh dresses!
Tak kurang gila pula aku pada kasut!
Memang pantang tengok kasut cantik, mesti nak beli.
Handbag semua tolak tepi, kasut yang penting ok! =P
polka dot biru itu aku mahu please!!


And last but not least...
errrr??
Hahah.. ape kaitan animal print dengan polka dot ni?
Well, tadi aku browse about polka dot, then animal print shoes ni keluar sekali.
Aku up sekali di sini sebab aku ada gak satu.. leopard print.
Belum pakai pun lagi.
Nanti aku up later ya! =)

Sunday, February 20, 2011

VAMPIRE OUTING

Ouhh curi masa sikit update blog.
Banyaknya kerja.
Minggu depan Hari Merentas Desa kena buat invitation card (again),
nak uruskan website sekolah lagi,
paper exam budak2 pun belum bertanda.
Adehh..


Ok habis dah iklan.
Nak buat cerpen pasal Vampire Outing kejap, 
anjuran kali pertama aku dan seorang kawan aku, Ayu.
Idea asal outing ni adalah daripada Ayu.
Memandangkan cuti sekolah masa tu,
aku pun setuju untuk organize outing ni bersama Ayu iaitu pada 5 Februari 2011.


Aku tanya Ayu,
konsep apa untuk outing tu nanti.
Pada mulanya,
rasa macam nak buat CNY theme sempena Tahun Baru Cina.
Borak punya borak,
Ayu kata dia nak buat Vampire & Gothic.
So, aku pun create event di FB dan jemput sebilangan MUA, photographer, & talent.
Borak2 di wall event,
ada yang cakap Goth tak sesuai untuk muslimah.
Aku pun tukarlah kepada konsep Vampire sahaja. =))


Perkara pertama yang kami buat adalah meninjau lokasi menarik untuk shoot.
Kemudian, membeli props yang sesuai dengan konsep seperti baju (tema merah hitam), gigi taring, fake blood, tikus, sirap, pewarna kuku hitam dll.
Ayu pula bersetuju untuk menaja shawl di bawah labelnya, NIAR BUFANDA dan juga kuku palsu.


Sambutan agak menggalakkan daripada photographer & talent, tapi tidak MUA.
Tapi kami berdua tetap tak putus asa dan berkecil hati.
Pada mulanya, MUA yang setuju untuk hadir adalh 3 orang.
Di saat akhir, seorang MUA menarik diri.
Jadi sekarang, 2 orang MUA vs 5 orang talent.
Aku berbincang dengan Ayu supaya kami berdua make-up sendiri sahaja.


Pada hari kejadian, Ayu di make-up dari rumah oleh kakaknya.
Aku pula sempat memakai base make-up sahaja dari rumah.
Sampai di Taman Tasik Perdana, ada lagi seorang MUA extra yang hadir.
Seorang talent gagal melapor diri.
Kini, 3 orang MUA vs 4 orang talent.
Aku pun dengan sepantasnya membahagikan talent dan MUA.
Dan alhamdulillah, tiada masalah pun tentang make-up.
Terima kasih kepada MUA yang sudi make-up.
Kami amat menghargai usaha anda. =))


Shoot berjalan lancar dengan kehadiran senior photographer yang baru dikenali di lokasi.
Sungguh berbesar hati mereka dapat hadir. =))


Konsep vampire pula seperti kurang menjadi.
Mungkin sebab tak pakai gigi taring,
dan talent semua kelihatan seperti hantu dan witch.
Tapi tak kisahlah.
Kami budak baru belajar. =)


Antara gambar2 yang boleh dikongsikan...

Takut tak?
Macam seorang witch.. =)
The participants.. thanks to all..  =)
Ada juga cerita mistik di sebalik outing ni,
tapi malas nak cerita panjang.
Gigi taring yang dibeli juga tak dapat dipakai sebab salah beli!
Apa2 pun, tak bole lupa pengalaman kali pertama organize event ni.
Macam2 hal ada.
Overall, nak kata event ni berjaya atau tidak, terpulanglah kepada pandangan peserta masing2.
Tapi, yang pasti aku enjoy je.. he he he..
Thanks to all, MUA, photographer & talent yang dapat memberikan sepenuh komitmen anda.


Sedang memikirkan lagi konsep yang best untuk next event, InshaAllah.
Sedang mencari juga mana2 pihak yang boleh kolaborasi bersama.
Tapi, mesti kena tunggu cuti sekolah!!
THE END.


Organizer: ME & AYU
--------------------------------------
MY WARDROBE: Alya SyaQiera
--------------------------------------
TALENT & MUA:

Alya SyaQiera
MUA: Ayoi Nurul Azira

Idayu
MUA: Rogini Roni

NurJanna Syaqira
MUA: Ayoi Nurul Azira

Putri MIa
MUA: Wani Zakariah WaniMakeover
--------------------------------------
PHOTOG:
Slow Loris
Muhammad Nor
Fairuzzaki Mohd Hamzah
M Nazri Warnela Jaswar
Retro Halim
Krak Mk
Abg Jay
Compax V's
Saiful Azri
Mohd Sabrie
Haidit Jaafar
YusRi Wide
Cipot Redz

---------------------------------------
SPONSOR:

Shawl by Niar Bufanda (019-261 0977)
---------------------------------------------
-5 FEB 2011-

Tuesday, February 15, 2011

OUTING GADIS MELAYU

Kak Julie,
MUA yang dikenali semasa join kelas basic make-up dengan kak Farina Mediakreatif tempoh hari,
ada buat iklan di group Akademi MEGA Facebook.
Dia mencari talent berperwatakan melayu untuk outing gadis melayu katanya.
Aku pun trylah mesej kak Julie.
Then, dapat. =)


So, shoot ni adalah sempena CNY. 
Betul2 pada tarikh 3 Feb 2011.


Segala keperluan kak Julie dah bawa.
Aku cuma perlu pakai baju kurung songket saja dari rumah.
Antara yang dibawa oleh Kak Julie adalah buah-buahan, bakul, tepak sireh, kain pelekat & batik, dll.
Kami shoot di sebelah Hotel Pullman, kali pertama aku ke sini.
Siap ada pantai buatan lagi.
Very nice view.


Nak dijadikan cerita,
kami pergi masuk area hotel untuk shoot sebab landskap memang cantik.
Di luar je pun!
Tiba2 kena halau.
Halau secara baik la..
Hahahhahah..
Ni pengalaman pertama lah dihalau.


Next, kami pergi satu dataran, tapi lupa nama dia.
Break makan nasi ayam sekejap.
Then, touch-up dan sambung shoot.
Dapat lah beberapa shot di tangga tu.
Hujan pula.
Tak apalah.
Asalkan dah ada beberapa shot yang cantik pun kira ok lah..
huhuhu.. =)


So, satu gambar je share.. =)




Talent: Alya Syaqiera
Photog: Shamsul Anuar
MUA: Julie Makeover (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001328089767)

Wardrobe: Alya Syaqiera
Props: Julie Makeover


-3 FEB 2011-

CNY 2011 SHOOT!

Hai hai hai..
Hahhahhahah
Lamanya tak menaip blog.
Semuanya sebab broadband yang bermasalah. ish..ish..


So, entry ni mungkin dah basi.
Tapi, nak juga share dengan semua.


Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina yang lepas,
aku isi dengan photo shoot je.
Yelah.. memang dah tahu setiap kali cuti takkan kemana-mana.
So, daripada duduk rumah je,
aku pilih untuk beraktiviti.
Dah sebulan juga tak shoot.
Rindu sangat!


Then, suddenly ada event shoot sempena CNY (Chinese New Year) anjuran Asraf.
Aku talent yang pertama bagi nama.
Aku pun search internet baju yang sesuai dipakai untuk aku yang bertudung. Antaranya yang aku rasa cantik dan menarik,
taklah terlalu tradisional:


cheongsam dipadankan dengan army jacket.. ouh so nice!
cheongsam dipadankan dengan cardigan.
cheogsam berlengan panjang digayakan dengan but, boleh pakai dengan seluar.. =)
cheongsam berkain dan berlengan panjang.. memang sesuai untuk gadis bertudung.. tapi mahal la.. =(
cheongsam dipadankan dengan cover shawl
Tapi, ditakdirkan tak dapat join juga sebab aku tak jumpa cheongsam setelah penat meround Mines (tak cukup masa shopping sebab kerja).
Isk.. sedih sangat tahu!


The next day, 
aku pun contact beberapa photographer yang pernah ajak shoot.
Dalam banyak2,
seorang saja yang respon iaitu abang Shah aka Komeng Rock Kebun. 
Aku pun terfikir nak buat tema CNY sebab nak balas dendam tak dapat join event hari tu.
Jalan-jalan, terjumpa satu lot di Mines yang ada jual cheongsam.
Aku pun masuk dan try a few cheongsam dan baju ala2 Chinese punya yang lain2 tu.
Try punya try, cheongsam tu sangatlah tak fit dengan badan aku yang dah makin menggemuk ni.. haih..
Then, aku decide untuk beli baju berlengan panjang warna merah, 
tapi tak tahu apa namanya.
Yang pasti bukan cheongsam.


Malam tu, abang Shah dah tanya.
Katanya, sesuai ke cheongsam dengan bertudung.
Aku jawab, tengoklah esok.. hehehhe..


Esoknya,
aku pun pergi shoot di Taman Tasik Perdana.
Kak aina, wife abang Shah jadi MUA aku.
Dia mekap betul2 jadikan muka aku macam Cina. Hahahhah..
Tadaaa.. Ni lah bajunya!


Baju bersulam & berlabuci di bahagian leher, tangan & depan, bercorak kipas.
Ada corak lain yang lagi cantik, tapi tak ada size iaitu corak bunga2.. =(
Baju tu dipadankan dengan skirt merah kembang, jadi macam dress.. =)
Sebelah baju purple tu adalah my partner, Abby..


Photog: Komeng Rock Kebun

Talent: Alya Syaqiera

MUA: Ainna Izwah Nasfuddin
Wardrobe: Alya Syaqiera

♥ 1 FEB 2011 ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...