Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, March 18, 2011

PERIHAL MAHU KURUS!

"Hey.. sudah cantik pun mau datang sini kah? 
Belum kahwin kan?", tegur seorang kakak A pada aku.
* cantik merujuk kepada bentuk badan


Tak lama selepas tu,
"Hey u dah kurus macam ni pun datang sini kah? 
Ke ini hasil selepas you dapatkan treatment di sini?", tegur seorang kakak B pula.


Hahahhahah nak tergelak juga aku tadi.
Tujuan asal aku ke Bizzy Body tengahari tadi adalah untuk menggunakan kupon yang aku beli berharga RM29.90, 
untuk cuba facial treatment yang ditawarkan.
Tapi, oleh sebab Bizzy Body specialized in body slimming,
kenapa aku tak ambil kesempatan ni untuk gunakan kupon slimming juga kan?
So, aku pun cubalah.


Pertama sekali, 
sesi consultation.
Tinggi diukur,
berat ditimbang,
dan ukuran body fat diambil.
Mahu tahu berapa? 
27% poin something la.
Body fat bagi gadis seumur aku ni sepatutnya adalah 21%-23%.
Hahahahh.. aku dah over 4%.
Masalahnya, di mana lemak2 itu tersembunyi?
Orang dok kata aku kurus, 
tapi hanya aku yang tahu aku ni sebenarnya GEMUK!
Ooh no!


Aku pun cubalah slimming treatment, skali dengan wrapping & blanket ntah apa bagai aku pun tak paham. Hahahhah..
Kira ok-lah & aku diberitahu hanya Bizzy Body je ada assurance 100% berjaya untuk kurus!
Tapi, aku kurang berminat lagi.
Sebab aku rasa belum masanya lagi.
Takut juga if aku teruskan program kurus, 
akan jadi seperti gambar dibawah.. LOL


gambar hiasan ihsan dari Google



Cukuplah sekadar aku ambil pakej facial untuk bulan2 akan datang.
Uhh.. kopak!
So, tadi lepas slimming, try lah facial pula.
Tapi, aku lagi suka facial treatment di Ree's Skin. =P


Wednesday, March 16, 2011

MIDNIGHT SUPRISE!

Wah!
Terkejut sungguh!
Tiba2 si dia hulur sesuatu tadi.
Terfikir juga,
birthday aku-kah hari ni? hu hu..
Best juga merajuk kena pujuk macam ni ye.
=p


Ouh inilah gambar gedik itu!! =P
Ada dua benda di situ.. sila teka apakah?

STREET PHOTO SHOOT

Pavillion KL!!!


Tadi petang shoot di sana, 
my first street photo shoot!
Shoot bersama Aiman Amir,Harkim Affany & Da Rule.
Ouh best!
Selama ni banyak betul shoot di taman.
Hari ni tukar selera pula.


Biasalah aku.
Janji pukul 4.30pm,
sejam kemudian baru aku sampai.
Tapi, tak disengajakan ok!
Aku ni buta jalan.
Penat dah me'round' cari jalan.
Sebab selama ni pergi sana dengan family.
Mana pernah drive sendiri.
Tambah lagi make-up sendiri.
Payah betul nak lekat bulu mata palsu tadi... 
Hmm sabar jelah.


Wardrobe pilihan hari ni adalah dress colorful yang dibeli di Nichi.
Dress ni pernah juga dipakai masa shoot dengan event Glorious Talent agency,
tapi disebabkan photographer kurang tag gambar pada aku,
so aku assume yang mereka tak upload gambar.
Maksudnya, aku tak nampak outcome daripada shoot tu. =(
Kiranya tak apalah aku pakai buat kali kedua.


Antara benda menarik adalah,
CATWALK!
Huh!
Susah gak..
Macam masuk workshop modeling pula tadi!
Diajar oleh photog untuk catwalk.
Bukan apa,
if pose depan orang ramai tak kisah lagi, 
& if catwalk masa fashion show tak apa juga,
ni catwalk depan Pavi!
Rasa segan juga.
Hahahahhah..
Tapi tak apalah.
Pengalaman. =)


Dan banyak juga idea2 menarik tadi.
Ada moment melintas jalan, minum coffee, tunggu teksi, baru balik shopping dll.
Tapi tengoklah gambar mana yang dapat nanti.


Will upload the picture later ya! 
Sabar tahu!


Ni share satu, without editing! =)


Wanita warna warni sedang berangan sambil ditemani cuppucino.. =PP
-------------------
STREET PHOTOSHOOT
-------------------
Talent: Alya Syaqiera

Make-up & Wardrobe: Alya Syaqiera

Photog:
Aiman amir
harkim
Da rule


Sunday, March 13, 2011

MERONG

Semalam pergi menonton Hikayat Merong Mahawangsa.
Sinopsis, anda cari sendiri ye.
Bagi aku, filem ni ok-lah.
Tak berapa minat sebenarnya filem aksi2 ni.
Dan nampak macam aksi dalam filem ni kurang berkesan sikit,
sebab terlalu laju & kaku.
CGI ok.
Sound effect pun ok.
Lain semua ok.
Aku bagi 3/5 bintang.
=p


The poster~




Sunday, March 6, 2011

BRIDAL PHOTOSHOOT: QASEH AZIZ BRIDAL'S HOUSE

Semalam hari Sabtu,
shoot pakaian pengantin di Tasik Kelana Jaya.
Offer dapat daripada Amer Rule,
rakan photographer  yang baru dikenali semasa shoot polka dot tempoh hari.
Sepatutnya hari ni (Ahad) aku ada photoshoot dengan kak Julie,
bridal juga.
Tapi,
disebabkan rasa kekurangan masa untuk diri sendiri,
aku batalkan penyertaan.
Aku gantikan dengan shoot hari ni.
So,
tak adalah rasa ralat sangat nanti.. =)


Aku pun bawa housemate, Syu pergi sekali.
Then,
dia pun diberi chance untuk pakai pakaian pengantin yang ada,
make-up sekali.
Langkah kanan orang kata.. =)


Da rule, seorang photog yang suka warna hijau, ikut sekali.
Dia nampak baju pengantin lelaki warna hijau, dia pun nak pakai juga.
Wahh! Ada pasangan hari ni..
Ada gak yang marah ni nanti.. ha ha..
Sabar jelah.


Hari hujan pula,
terbantut untuk shoot.
Dapat shoot kejap je.
So,
gambar pun sikit je.. =(


Soon, aku akan upload gambar.
Tak sabar nak tunggu hasilnya..
=)


1 pic to share.. =)


kak farrah (left) & me.. Suka sangat baju kak farrah!



------------------------  

BRIDAL PHOTOSHOOT
------------------------  

Talent : ALya SyaQiera

MUA: Fazidah Abdul Aziz 


Wardrobe : Sponsored by Qaseh Aziz Bridal's House 


PHOTOG: 
Dokter Ajai
Da Rule 
Amer Rule 
Hafiz Rabique Qute

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...