Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, May 31, 2011

nak lalu hiway KARAK tak?

Aha dah tengok muvie ni?
Ermm ok-ok je lah..
Aku boleh bagi 3 setengah bintang kot.. 
Anda pula? =P

Muvie ni cerita mengenai perjalanan 4 orang pelajar balik ke kampus mereka.
Dan nak jadikan cerita ni berhantu,
mereka ikut highway Karak yang terkenal dengan cerita seram tu.
Sedang dalam perjalanan,
mereka diganggu oleh sebuah kereta Volkswagen kuning yang tiada pemandu.
Kemudia, terbabas, masuk gaung dan tumpang tidur di sebuah rumah dalam hutan.
Bermulalah gangguan.
So the rest, anda tontonlah sendiri, okay?
Aku bukanlah orang yang pro nak mengutuk filem ni.
Jadi, tak payah cakap banyak. =P

the poster
Well.. ada beberapa perkara yang menjadi persoalan jugalah & komen juga lah. hahahha


1. Kenapa Kila Fairy tu kena touch-up sepanjang journey mereka? Nak gedik tu tak kisah lah, suka hatilah sebab tak harm hidup aku pun. Tapi, macam tak real lah. =P

2. Perlu ke aksi kemban Kila Fairy tu sampai nak nampak tutttt.. eh tak sesuailah. Nak terjojol juga biji mata en. bf tengok dia.. -.-

3. Sheera Aiyob tu boleh pula pakai rantai entah sesiapa, lepas tu tak boleh ditanggalkan dan kena kacau dengan hantu. Haha ada kan orang macam tu. Kurang logik.






4. Muka hantu perempuan yang mintak tolong Jack hantar balik rumah tu kurang scary-lah! Wohhooo mahu scary lagi..!




Tapi yang ini aku suka!


1. Along aka Jack bawa watak hantu memang best. Ulat2 pada muka dia semua real sampai ada yang masuk dalam mulut! Euww tak lalu nak tengok.. ~


2. Peringatan Tok Malam supaya membaca ayat al-Quran biarlah tahu maksudnya. 


3. Shahir AF8 yang hensem tu.. =p


4. Kereta Volkswagen kuning itu memang mengerikan. Tak dapat bayangkan kalau drive seorang diri dan diganggu sebegitu.. ish ish


5. Suka watak Along aka Jack yang bila jumpa hantu, cool saja. Ada?




Yang lain boleh tengok sendiri. Bye bye.. =))






Sunday, May 29, 2011

WONDER TEACHERS~

Aha.
Lamanya tak post entry ye..
Sibuk sangat dengan kerja.. hu hu


Ok.. Wonder Teachers.. bukan Wonder Pets tahu!


Comel juga kalau jadi Wonder Pets! =P


Last Friday,
Majlis Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah.
Well.. sebagai naib setiausaha Kelab Guru,
macam2 lah kerja yang kena buat untuk menjayakan event ni.
Bukan nak cerita pasal kerja aku,
tapi nak cerita pasal persembahan.


Biasalah macam tahun lepas, 
aku nyanyi dengan kawan2. ha ha..
Best gak dapat kawan sekerja yang sporting macam nur hannan Nazri,
sama2 kaki karok.
Berbeza dengan tahun lepas kami nyanyi bertiga, 
tahun ini hanya berdua saja.
So, hari tu kami nyanyi duet lagu Hati Kama & That's the Way it is lagu Celine Dion itu.
Kedua-dua lagu merupakan pilihan partner duet aku oleh sebab kami tak ada masa untuk rehearsal dan lagu tersebut sesiapa pun tahu.
Untuk recall balik audience tentang performance kami tahun lepas,
kami intro dengan lagu Nobody.
Ternyata mendapat sambutan & sorakan daripada students.
Terasa diri masih popular macam dulu lah.
La la la~
'Macam dulu' I mean masa zaman sekolah dan zaman UPM dah puas jadi artis.
Yang bestnya, 
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Sharifah turut bernyanyi bersama (tengok mulut beliau gerak2..=p).


Habis show (perasan artis!),
Pn. Chin & Cik Ng, dua orang guru yang telah bersara dan join event,
mengucapkan kata2 yang best.
Beliau kata, "Very nice performance. I akan ingat Wonder Girls sampai bila2.."
Wonder Girls merujuk kepada kamilah,
bukan artis Korea tu okay.
Memang sejak tahun lepas satu sekolah menggelarkan kami Wonder Girls.. hahhaha..


Itu saja cerita perasan artis untuk entry kali ni. =P
Wonder Teachers forever~

Sunday, May 15, 2011

Featured in Majalah Dara.com Mei 2011


Salam.

Gaya tudung pilihan editor Dara.com tempoh hari. Terselit pula di situ. hehe..

Aku di baris kedua, lajur pertama.
Yang pegang kipas. =)


SYAFA- covergirl isu Mei 2011


Source:

Majalah DARA.com edisi 107
isu Mei 2011
ruangan Gaya Tudung Pembaca 
12 Gaya Tudung Menarik Pilihan Editor
m/s 133

photo by Cipot Redz




Sunday, May 1, 2011

TOP 5 KE?



Ahhaha... Top 5 kah? ye betullah tu..
Aku masuk WBA Contest 2011 ni pun, 
cuma untuk try luck.
Dapat ni kira luck la.. =)

me the only one with hijab
WBA stands for Wajah Beautiful by AnnaSha.
AnnaSha adalah nama seorang Make-Up Artist (MUA).
Nak tau lebih lanjut mengenai contest ni,
silalah click link di atas tu.

Nak dipendekkan cerita,
aku terpilih sebagai top 10 peserta WBA 2011 1st stage (1st stage je okay.. belum masuk semi-final pun.. =P).
Photoshoot yang pertama telah diadakan pada 24 April lepas untuk pilih top 5,
and one of them is me.
Aku pergi shoot dengan sisa demam yang masih berbaki lagi.
Badan tak sedap,
suara tak ada,
batuk2,
aku gagahkan diri juga pergi sebab susah payah organizer buatkan event untuk kita.
Sedangkan aku sebenarnya dah bekukan segala event pada bulan April semata-mata nak tumpukan pada kerja. =P

Pada hari photoshoot, WBA kolaborasi dengan photographer Adhadi Mohd,
aku telah dimekap oleh kak Ct.
Wardrobe juga tak sempat cari yang baru,
aku pakai saja apa yang ada,
dress hitam putih dari Nichi.
Untuk memecah sunyi warna, 
aku padankan dengan shawl tricolor dan pin kosaj bunga yang turut berwarna hitam.
Maaflah kalau pakai warna suram untuk shoot, sebab itu saja yang ada. =P

Hari panas,
baju pula warna hitam.
Berpeluh-peluh jadinya.
Ditambah dengan keadaan yang kurang sihat,
nak pose pun tak larat.
Gambar pun jadi kurang menarik.
Aku hanya duduk,
sampaikan ada photographer berkata,
senang ya jadi model,
hanya duduk saja dah buat duit... =P
Aku hanya mampu tersenyum.

-THE END-

---------------------------
WBA 1st STAGE PHOTOSHOOT
---------------------------
Talent: Alya Syaqiera

MUA: KCT Rasheed

Photog:
.
.
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...