Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

NOSTALGIA KATANYA~

MELUKIS & MEWARNA.
Memang minat aku dari kecil.
Mak & abah juga tak jemu belikan aku dan adik lelaki aku (ketika tu kami baru berdua),
buku mewarna & color LUNA (memang best, kami asah sampai pendek!).
Habis mewarna,
kami susun buku2 tu, 
& step on it!
Macam main teng-teng.
Nakal sungguh!
Mana taknya,
masa tu bukan tau baca.
Tau warna dan main2 saja. ha ha

Bila dah besar sikit,
aku suka apply teknik 'meniru'.
Aku akan ambil buku yang ada gambar,
aku lukis dan warnakan.
Tapi warna guna pensel warna & krayon je lah.
Masa zaman sekolah rendah dulu aku memang aktif masuk pertandingan.
Namakan saja pertandingan melukis & mewarna apa,
mesti aku turut serta. ehe..
Ingat lagi cikgu Han yang selalu bawa aku dan kawan2, Yati, abg Darwis dan rakan2 lain (sudah lupa nama ye) ke pertandingan, 
tak kira peringkat sekolah, zon, atau daerah.
Bila hasil lukisan dipapar di soft board sekolah,
bangga bukan main! =p


Mak aku juga selalu bagi semangat masa aku kecil2 dulu.
Katanya lukisan aku cantik.
Bila aku dah menginjak dewasa dan cuba kenal erti hidup,
aku dengar mak memuji lukisan adik2 pula.
Tapi, aku lihat lukisan mereka memang tak cantik atau biasa2 saja,
hingga membuatkan aku berfikir,
"Oh.. dulu mak tipu aku".
Tapi, lama-kelamaan aku sedar,
sementelah kini sudah menjadi guru,
rupa2nya itu adalah satu bentuk galakan positif,
dan ia boleh membantu membina keyakinan diri individu.
Terima kasih mak (tiba2 sentimental...)
Patutlah tinggi betul self-esteem aku. =p


Aha...Panjang betul intro.
By the way, baru tadi habis Kursus Seni di PKG.
Sangat best okay slot bengkel terakhir tadi!
Aku berjaya buat catan (lukisan cat air) sawah padi walaupun dah bertahun-tahun tak melukis..
Very nostalgic katanya.
Menurut JU (Jurulatih Utama),
nowadays memang jarang dilihat lukisan seperti sawah padi atau pokok kelapa.
Kerana pemandangan begitu susah jumpa.

Aku pula memang tak reti guna water color.
Subjek Pend. Seni pun tak ambil masa sekolah menengah dulu.
Bila dah diberi pendedahan,
rupanya teknik mewarna guna water color, 
sama teknik macam apply make-up!
Contohnya; 


1. Gunakan warna sewarna atau monochrome, iaitu warna sama yang berlainan tone.


2. Warnakan keseluruhan background dahulu (warna lembut),
diikuti dengan bahagian tengah (warna sederhana kuat),
kemudian depan (warna kuat).


(haa yang no.2 ni macam buat smokey eyes kan...)


3. Color mesti blend. (macam blend eyeshadow.. =p)


4. Catan lanskap mesti ada perspektif. (ini lebih kurang shading kot.. =P)


Lepas tu ada dua istilah baru dengar tadi.
Kaki langit & nilai keemasan (tapi grup aku tak belajar apa tu nilai keemasan.
Kaki langit yang aku faham,
bermaksud pembahagian kertas lukisan kepada dua;
langit, dan permukaan darat atau laut etc.
Jika nak gambarkan sesuatu tu terbentang luas seperti sawah padi dan laut,
gunakan kaki langit yang tinggi.
Jadi tadi aku guna kaki langit yang tinggi.
If anda orang seni, mesti anda tahu.
If tak, tak payah la faham. ha ha ha~


Memang respect habis lah pada JU-JU yang ajar kami tadi.
Memang master dalam seni.
Mula2 aku rasa takut nak mula,
tapi bila da pegang berus lukisan,
tak boleh berhenti pula.
Kan best jika banyak masa,
boleh melukis dan menghilangkan stress.


Harap2 ada kursus macam ni lagi.
Aku nak belajar semua teknik.
Memang tak cukup dua hari kursus.


Later, i'll upload my catan ya.
Anda boleh judge.
Tapi malulah.. buruk.. hehe
Tata~

BERSENI-KAH?

Esok sambung lagi sesi ke-2 Kursus Peningkatan Profesionalisme Pend. Seni,
guru bukan opsyen.
Whatt??
Esok kami kena melukis la pula!
Aku masuk group satu,
& kena buat catan landskap.
Tak pandai sungguh guna water color okay~~
Harap esok ada la sesiapa nak tolong ajar ye. huu..


Quote dari slot siang tadi,
seni bukan setakat melukis di atas kertas,
tapi ia merangkumi seluruh kehidupan manusia.
Pakaian anda juga perlu berseni.
Dari segi gabungan warna,
corak,
pemilihan material,
dan sebagainya mesti berseni.


Jika tak ada seni,
lahirlah generasi berambut ungu,
baju merah,
seluar hijau,
dan tali pinggang kuning,,, huhuhuhu.. =P
Maka cintailah seni.
Bersemangatlah untuk mengajar Pend. Seni Visual.
Walaupun memang sejak dari awal tahun semangat itu sudah lama hilang~~


heee...=p

Monday, June 27, 2011

WHAT HAPPENED TO MY FB??

Dah berapa tahun Facebook aku tu ya.
Sejak dari zaman U lagi.
Hari ni dia dah disabled.
Hilang semua...
& hard to recover.. =(




But still got the 2nd FB yang khas untuk students& colleague.
Apa maknanya?
Maksudnya dunia aku sekarang mesti dengan kerja saja?
Oh tidak.
Stress nanti!
Ha ha..


Walaupun sedih,
tapi sabar aje.
Tunggu beberapa hari untuk recover.
Will start anew.
Sementara tu,
rajin2 lah lawat blog aku ye.
Tak pun folo di Twitter saje!
Tata~


P/S: Should I quit facebook? 

Friday, June 24, 2011

BUAT DIA JATUH CINTA DENGAN SAYA~

Bagaimana ya mahu buat dia jatuh cinta dengan saya?
Buat gedik2 boleh tak?
Atau cakap pura2 lemah lembut?
Jalan lenggang-lenggok ok juga?
Main matalah?
Senyum lebar2 bagi dia cair..
Atau pakai makeup tebal sikit daripada biasa..?
Ermm.. mungkin juga boleh cuba pakai baju yang mahal sikit,
atau yang seksi sikit pun tak apa.. hehehe..
Ouh ya!
Masakkan makanan kegemaran dia..!
Tapi apa ya? Tak tahu pula.
Ha ha ha..
Ermm.. dah buat semua.
Tapi dia masih tak ada respons cintakan saya... =(


kenapa YOU tak dengar I cakap I LOVE YOU?
**tak nampak ke dia tengah layan lagu uh.. kahkah
He he..
Persoalannya, perlukah semua tu?
Tak payah fake sangat ok girls (boys pun! =p)..
Aku anti gedik type.
Manja2 tak apalah.
Ha ha.


Bagaimana cara untuk buat orang di sekeliling kita jatuh sayang pada kita?
Nak marah, tapi bila tengok wajah kita terus tak jadi marah.
Sejuk mata, lembut hati, timbul rasa kasih dan mengasihani.
Best kan macam tu.
Tak perlu terlalu fake untuk meraih rasa sayang.
Cubalah ini;


Surah Yusuf : ayat 4


"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Yang bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."



Kemudian sambung dengan ini;


Surah Thaahaa : ayat 39



Mula baca dari "Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Yang bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."


Bacalah selepas setiap kali solat sebanyak 3 kali, usapkan pada wajah.
InshaAllah orang suka dengan anda,
sayang dengan anda.
Tanpa mereka tahu apa sebabnya...  =)) 

KENAPA SAMA JE?

Dari zaman budak2,
sampailah sekarang.
Kenapa asyik PURPLE je?
Tak ada warna lain ke?Ha ha..
Setiap minggu pun mesti ada baju warna PURPLE yang aku pakai ke tempat kerja,
hingga mengundang tanya rakan sekerja.
Tak sangka pula ada yang perasan.
Tapi tak adalah ulang baju yang sama setiap minggu tahu!


If bedroom macam ni, tak bangun2 la nampaknya!
*Spot Jaquard king duvet cover
Like this watch.. ade kiss lagi..! =p
*Smarty Love Collection
Dark Purple Silicone Watch
Dulu masa duduk asrama,
gayung PURPLE,
towel PURPLE,
bekas sabun PURPLE,
berus gigi PURPLE,
kain batik PURPLE,
kalau boleh semua nak PURPLE.
Kenapa asyik PURPLE je?
Tak ada warna lain ke?


Dulu masa matrikulasi,
fail PURPLE,
mechanical pencil PURPLE,
pencil case PURPLE,
jam PURPLE,
bed sheet PURPLE,
mug PURPLE.
Kenapa asyik PURPLE je?
Luvly..
*Large Purple Heart Chili Bowl Coffee Mug 
Tak ada warna lain ke?


this is so niceee..
siap ada renda. =)












Dulu masa di universiti,
Contact lense??
*It's Fairy Violet Lens.
tak ada transport.
Kena jalan kaki,
bawa payung PURPLE.
Contact lens pun nak PURPLE juga.
Kenapa asyik PURPLE je?
Tak ada warna lain ke?






dark purple baju kurung..
Sekarang masa kerja,
baju PURPLE,
tudung PURPLE,
kasut PURPLE,
beg PURPLE,
purse PURPLE,
makeup case PURPLE,
sikat PURPLE,
semua nak PURPLE.
Kenapa asyik PURPLE je?
Tak ada warna lain ke?
kasut macam ni memang dah lama mahu!
*Issac Dark Purple Suede
*Rhinestone Ring Patent Spotlight
Crossbody Handbag
wow ouhsome!!
*Dark Purple Scarf with Two Rose Details

what a wonderful evening dress~
Ada.. memang ada warna lain.
MERAH, PUTIH, HIJAU, TURQUOISE. 
Tapi, warna paling suka adalah PURPLE lah.
Kalau nak pilih barang,
dalam banyak2 warna yang cantik,
Cantiknya kuku warna purple!
*Eyeko Purple Polish,
2 coats with a coat of Diamont
PURPLE juga yang dipilih (tapi tengok jugalah macammana).
I love DARK PURPLE the most.
So, banyak collection dalam warna ini.

Dulu paling benci warna PINK!
Sebab orang yang suka PINK ni perangai dia ala2 gedik (sorry orang2 PINK =p)
Tapi, bak kata orang.
Kalau benci sesuatu tu, jangan benci sangat.
Sebab nanti boleh bertukar jadi suka.
Jadi sekarang pun dah suka warna PINK.
sexy?? ya for sure.. =p
& perangai pun dah jadi gedik. (?)









Kenapa sama je warna?
Asyik PURPLE aje.
Sebab its my favourite color!!
What's yours?
=)
The latest Perodua Myvi.
Whoaaa LAGI BEST!
kenapalah awak baru keluar skrg.. isk isk.. 
P/S: Sila kira ada berapa banyak perkataan PURPLE dalam entry ini? =p

Gambar: Ihsan dari GOOGLE

Sunday, June 12, 2011

MODEL KE??

Catwalk,
short interview,
& giving the best pose!!


Aha.. ni lah aktiviti hari ni.
Perjumpaan dengan owner butik DLIA JANE COLLECTION (DJC).


haa ini banner DJC


Ingat tak yang anda pernah vote me dalam contest Pencarian Model DJC 2011?
Untuk gambar yang ini...?
credit to photog AIMAN AMIR for this awesome photo!


Semi-final pun berjaya lepas!


Ini pula gambar pre-shoot before ke semi-final...

pakai baju kerja!! haha,, baju kurung moden dibalas shawl warna merah..
Dan sekarang adalah masanya untuk FINAL stage!!

Thanks a lot kepada semua kawan2 yang sudi vote..
I love u lah! =)

Well.. event hari ini baru yang pertama.
Belum finalized lagi siapa 5 orang yang bakal dipilih menjadi model butik DJC daripada 10 gadis2 yang bertuah menjejakkan kaki ke final.


me in DJC white tee..  =)
Kami diberi sehelai baju t-shirt bewarna putih khas untuk hari ini.
Tugasan yang perlu dibuat ialah catwalk, 
berinteraksi, beramah mesra dan menjawab beberapa soalan dengan kak Nor Badanita Bt Babajan, pemilik DJC,
serta memberi pose terbaik kepada photographer. 

DJC merupakan butik online yang telah beroperasi sejak 6 tahun lalu,
dan kini telahpun 2 tahun beroperasi di sebuah butik yang bertempat di PRESINT 9, PUTRAJAYA. 
Produk yang dipasarkan pula adalah pelbagai jenis baju kurung siap (homemade) seperti baju kurung pahang, baju kurung riau, jubah, dan tudung.


DJC turut mengambil tempahan, untuk semua jenis baju termasuk baju perkahwinan, nikah, pertunangan dan penggunaan harian .

DJC memberi jaminan bahawa jahitannya memang memenuhi piawai kepuasan pelanggan. Dari segi material pula, pihak DJC secara peribadi yang membeli dan memilih material tersebut dan harga jualan yang ditawarkan adalah sangat murah jika dibandingkan dengan material dan jahitannya yang berkualiti.


Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli butik dan layak untuk mendapat promosi ahli.


Jadi apa lagi?!
Jom terjah Butik DJC atau click link bawah ni untuk ke DJC Official Website;
|
|
|
v


Bagi yang suka shopping online, 
dan mencari baju2 seperti yang dinyatakan tadi,
inilah butik yang paling sesuai untuk memenuhkan shopping cart anda!! 
Pasti tidak mengecewakan.  =)
Let's spread tthe news guys by clicking the LIKE and SHARE button..!
THANK YOU!~


& last but not least,
MODEL KE?
eh eh bukanlah..
MODEL FACEBOOK aje.. =P

Friday, June 10, 2011

LIKE LIKE LIKE

Entah kali yang ke berapa aku masuk contest di Facebook ni.
Hanya mencuba nasib..
Tapi, tak semua rakan2 yang mahu tolong LIKE.
Mungkin mereka rasa rimas dapat macam2 mesej dan wall mereka dipenuhi dengan link2 yang memohon di 'LIKE' kan.


Aku juga dapat banyak link2 yang minta tolong untuk di'LIKE'.
Memang padanlah sebab aku memang selalu suruh kawan2 LIKE gambar aku juga.
Kadang2 aku abaikan saja link2 tu sebab kurang ada masa.
Kalau ada masa,
aku akan LIKE kan saja.
Bukan susah mana pun.


Bagi aku,
jika minta tolong LIKE pun kita tak dapat buat untuk kawan kita,
apa lagi tolong jenis lain yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kawan jenis inilah yang akan lari dulu bila kita minta tolong.
Ada juga yang bertanya,
"Apa aku dapat kalau LIKE gambar kau?".
Kadang2 kita tak perasan,
pertolongan datang dalam pelbagai cara.
Orang yang kita tolong hari ini,
mungkin bukan dia yang tolong masa kita memerlukan.
Tapi, yang di atas sana hantar seorang yang lain untuk tolong kita.
As long as kita tolong,
kredit itu tetap ada untuk kita.
So kenapa tak ikhlaskan saja?


Aha.. rambut sama hitam, hati lain2.
Ada aku kisah?
Ha ha.
Nak LIKE, LIKE lah. 
Terima kasih banyak.
Aku doakan hidup anda selalu dipermudahkan,
sentiasa senang mendapat pertolongan apabila dilanda kesusahan.
Iya lah.
Hidup kita bukan sentiasa berada di atas.
Tiba masanya, Tuhan pasti menguji.


Tak mahu LIKE? 
Tak apa.
Tak perlu lah marah2.
Tak perlu lah cakap yang bukan2 (kadang2 cakap bukan2 ada masa, nak LIKE tak ada masa.. la la la~).
Senyum tu lebih bagus dari marah2.
Nanti dapat darah tinggi,
kau juga yang susah kan.
Cepat tua pula.
Ha ha.
Senang2, remove saja dari friendlist. 
Atau block saja? =p


Ada juga yang kata,
organizer contest hanya mempergunakan peserta untuk meraih fans bagi page mereka.
Memang benar tu.
Tapi, kalau anda memang menyampah nak naikkan rating fans page tu,
apakata anda UNLIKE page tu semula selepas tolong like page contestant kerana dia takkan ganggu LIKE pada photo tu.
Kan senang! Kahkah...


Ahaha tulis banyak pun mungkin anda tak baca.
Sini ada iklan sikit.
Contest FB terbaru yang aku join, Pencarian Gadis Warisan oleh Warisan Canteq.
Warisan Canteq merupakan sebuah majalah online dan bakal dikeluarkan dalam printed version pula.
Nak minta tolong kawan2 LIKE my photo ok?
Thanks a lot.. muah2.. =)


ini gambar untuk contest. ok tak? =p


How to vote?


STEP 1 : LIKE Warisan Canteq's page (click on the link below)



STEP 2 : LIKE my photo (click on the link below)


MOVIE REVIEW: NUR KASIH THE MOVIE~

Dapat juga tengok movie NKTM ni..
Meleleh jugalah air mata.
Nak2 scene Adam dengan mak dia tu.
Adam minta maaf dengan mak dia saat dia rasakan yang dia dah tak lama untuk hidup, 
halal makan minum dan segalanya.
Mak dia jawab, "Adam kan anak mak.."
Wuwuuwu time tu lah paling sedih. T_T


Tapi, mujurlah ada yang baik hati,
rela menderma jantungnya untuk Adam.
So, happy ending la..
Adam meninggal di usia tua juga.
Tinggallah Nur dan kenangannya bersama Adam.


Poster NKTM


Huh.. ada sikit komen.
.
.
.
Tragedi kematian Aalia, isteri kepada Aidil tu kurang tragis.
Seorang wanita dilanggar kereta ketika menyaksikan layang2 terbang.
Kurang logik la.
If budak2 meninggal dengan cara itu boleh terima lagi.
Kalau buat dia accident masa bawa kereta ke, ok juga lah.. =p


Yang lain aku dah tak ingat.
Sebab dah berapa minggu menonton,
baru sekarang boleh buat review.
He he..
Yang pasti memang best lah.
Tak rugi bagi peminat2 drama Nur Kasih.
Mia Sara pun comel sangat!


Chao..~



Wednesday, June 8, 2011

AKU KENA KAHWIN SEBAB...?

Hello boyfriend & girlfriend!

Aha.. ada orang bila ditanya,
"Eh eh awak bila nak kahwin?".

Kadang2 dijawab,
"Belum sampai seru lagi.. (muka senyum ala2 malu2 sambil kelip2 mata)".

Ahahah.. ada pula orang bertanya kepada orang yang ada ura2 nak kahwin,
"Kenapa kau nak kahwin?"

Jawapan,
"Dah sampai seru kot.. (sambil senyum nakal..?)"


Setiap orang mesti ada sebab tersendiri yang menjawab maksud "seru" itu.
Mungkin dia akan kahwin jika duit dia cukup.
Mungkin dia akan kahwin apabila dah bertemu calonnya.
Mungkin dia akan kahwin apabila dia rasa betul2 dah mampu menjadi ketua keluarga.
Mungkin dia akan kahwin apabila dia rasa diri berupaya menggalas tanggungjawab yang besar.
Mungkin dia akan kahwin .... (apa2 je sebab, anda sambunglah sendiri)

Tapi,
aku..?
Tak tahu lah sampai seru ke apa ke.
Kadang2 duduk sorang2 terfikir juga...


Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku tak boleh duduk seorang diri.
Selalu di rumah sewa,
atau di rumah family pun, 
aku duduk seorang diri.
Bila seorang,
semua aktiviti jadi terbantut,
tak ada semangat nak buat apa2.
So, kerja yang banyak jadi semakin banyak.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p


Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku tak suka masak untuk diri sendiri dan makan seorang diri.
Jika aku masak,
aku suka paksa orang makan dan komen rasa masakan tu.
Jika makan seorang,
memanglah tak berselera.
Ramai2 kan seronok.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
aku suka budak2.
Rasa nak picit2 saja budak2 yang aku jumpa.
Sampaikan adik2 selalu tegur.
"Ko ni tak payahlah pandang budak tu macam tu,
nanti orang ingat kau penculik kanak2 pula."
Best juga ada anak sendiri ya.
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
selalu sangat pergi dating.
Bila pergi dating,
banyak duit keluar (duit dia..=p).
Dosa pun banyak (kann..)
Kalau kahwin, 
kan jimat duit & dosa(?).
Masa itulah aku fikir, 
mungkin aku kena kahwin ni.. =p

Mungkin aku kena kahwin, sebab...
.
.
.
.
.

aku pun tak tahu kenapa...
Anda jawablah sendiri bagi pihak diri anda.

Kadang2 tak sedar banyak betul kawan2 dah kahwin dan beranak.
Macam tak percaya je...
Rasanya baru semalam pergi kenduri dia.
Tapi hari ni dengar berita dia dah bersalin.
Tapi, aku rasa aku masih muda.
Banyak sangat benda yang aku nak kejar.
Harap2 yang dikejar dapat,
dan yang dikendong tetap terjaga.


my besfren's wedding, noor, on 5th JUNE 2011
Bila aku nak kahwin?
Bila dah sampai serulah... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...