Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI~



Alhamdulillah..
Masih berkesempatan bertemu Ramadhan kali ini.
Semoga ibadah kita semua di terima Allah.
Ameen..~~









-Harapan Ramadhan-




kumengharapkan ramadhan... 
kali ini penuh makna... 
agar dapat kulalui... 
dengan sempurna...

selangkah... 
demi selangkah... 
setahun sudah pun berlalu... 
masa yang pantas berlalu... 
hingga tak terasa pun... 
berada di bulan ramadhan..semula...

kumengharapkan ramadhan... 
kali ini penuh makna... 
agar dapat kulalui... 
dengan sempurna...

puasa... 
satu amalan...

sebagai mana yang diperintah NYA...

moga dapat kulenturkan... 
nafsu yang selalu... 
membelenggu diri... 
tiada henti henti...

kumengharapkan ramadhan... 
kali ini... 
penuh makna... 
agar dapat kulalui... 
dengan sempurna...

kumengharapkan ramadhan... 
kali ini... 
penuh makna...

tak inginku... 
biarkan ramadhan... 
berlalu saja...

tuhan pimpinlah... 
daku yang lemah... 
mengharungi segalanya... 
dengan sabar...

kumengharapkan ramadhan... 
kali ini... 
penuh makna...

agar dapat kulalui... 
dengan sempurna...

kumengharapkan ramadhan... 
kali ini... 
penuh makna...

agar dapat kulalui... 
dengan sempurna...

kememohon pada tuhan... 
diberikan kekuatan... 
kemerayu pada tuhan... 
diterima amalan...

selangkah... 
demi selangkah...

dengan rahmatmu oh tuhanku... 
kutempuh jua...

by: Man Bai


Friday, July 29, 2011

SAKITNYA BILA DIKHIANATI



Apa guna berkawan,
tapi kawan makan kawan,
kawan tikam belakang.
Susah betul nak cari SAHABAT pada masa sekarang.
Kalau BFF (best friend forever) pun,
masih lagi ada rasa iri hati,
dengki-mendengki antara satu sama lain.
Jadi, harus bagaimanakah?


Kadang2 rasa lebih selamat bersendiri daripada di kelilingi oleh kawan2 yang bagaikan gunting dalam lipatan.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si perampas.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si kaki umpat.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si penipu wang kita.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si tikam belakang.


Lebih baik sendiri dari berkawan dengan si pendengki.


Cukuplah intro tu.
Sebenarnya nak cerita mengenai drama ANNISA yang disiarkan di TV3 sebelum ni.
Berapa hari dah habis drama tu,
baru sekarang inilah sempat nak mengsinopsis. he he..



Pelakon drama Annisa ni adalah Fiza Elite (Anna), Rozita Che Wan(Balkis), Aida Aris (Sara) dan Faradhiya(Shila).
Semuanya cantik2 okay!
Mereka membuka syarikat tekstil bersama, Annissa Corporation atas dasar percaya antara satu sama lain kerana mereka dah berkawan sejak dari zaman sekolah menengah lagi.


from left, BALKIS - SHILA - SARA - ANNA


Farid, suami kepada Anna pernah berpacaran dengan Balkis semasa di zaman universiti.
Dan Anna memang menyimpan perasaan terhadap Farid.
Ditakdirkan Anna pula yang berkahwin dengan Farid.
Anna pula tak boleh mengandung.
Jadi dia mengesyaki yang suaminya telah berkahwin lain.
Walaupun Farid menafikannya Anna cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Dan sangat mengejutkan, 
kawan baik Anna sendiri iaitu Balkis yang dikahwini Farid.
(Dalam dunia realiti juga ada banyak kes semacam ni)
Balkis adalah kawan yang sangat disayangi oleh Anna.
Mulanya Anna mngesyaki Sara yang berkahwin dengan Farid kerana secara tiba2 Sara menarik diri dari Annisa Corporation.
Tetapi Sara berbuat demikian kerana dia menghidap barah dan mahu menyendiri.
Pada mulanya, Balkis berpura-pura berpacaran dengan Eizlan Yusof (aku lupa nama dia dalam drama) untuk mengkaburkan pandangan Anna.
Tapi, bila Balkis dah mengandungkan anak Farid, 
Balkis terpaksa pura2 berkahwin dengan seorang lelaki lain yang diupah oleh Farid kerana Eizlan enggan menyamar sebagai suaminya.
Nak dijadikan cerita,
suami palsu Balkis menuntut bayaran yang mahal walaupun kerja samaran yang dilakukan tak seberapa.
Farid enggan membayar, dan Balkis dan Farid dilanggar.
Farid mati, Balkis pula koma, dan anak yang dikandungnya selamat.
Sambil kucar-kacir kehidupan peribadi mereka,
Shila pula sebagai pemegang akaun syarikat,
telah mengsonglap 5 juta wang syarikat.
Tindakannya telah dikesan Balkis sebelum itu.
Jadi, Shila sangat gembira bila Balkis koma.
Pihak polis pula dah lama syak Shila,
akhirnya Shila ditangkap,
dan menjadi kurang siuman di penjara.
Anak Balkis, Anna yang jaga.
Kemuncaknya, Anna tahu Balkis adalah madunya semasa proses pemberian wasiat.
Pada masa tu, Anna sangat sedih mengenangkan Balkis menipunya.
Penipuan Balkis dianggap lebih besar daripada apa yang dilakukan Shila.
Sara juga menerima tempias kemarahan Anna,
kerana Sara dah tahu semua perkara sejak dari awal,
dan enggan memberitahu Anna untuk mengelak kekeruhan keadaan.
Akhir sekali,
Anna terpaksa juga memaafkan Balkis dan menerima hakikat bahawa Balkis adalah madunya.
Setelah dimaafkan, Balkis pun meninggal dunia.
Dan beberapa minit sebelum drama habis,
Anna didapati sedang mengandung pula.
Bagi aku apa yang dihadapi oleh Anna sangat dahsyat.
Boleh jadi gila macam tu.
Anna beriya sayang kepada semua kawan2 nya.
Tapi, tuba yang dibalas. 
Suami juga menipu.
Lonely nya hidup macam tu.


Jadi berhati-hatilah tika berkawan (nasihat untuk diri sendiri juga).
Kita tak boleh terlalu percaya sangat pada orang lain
Satu quote yg paling ingat dalam kepala,
bagi lelaki ni sesuailah.


"Buat apa dera perasaan isteri dengan berkahwin lain, 
tapi masih enggan dilepaskan.
Kalau betul dah tak sayang & tak perlu lagi, 
lepaskanlah dia."

(then kalau ada jodoh, boleh isteri tu cari pengganti.. hihi)


Drama ni memang favorite aku lah.
OST song dia pun best sangat.




-Beribu Sesalan-






Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


Beribu sesalanku

KISAH DURIAN


Kisahnya, 
semalam en. Bf jemput aku balik kursus dari Bagan Lalang.
Singgah kedai tepi jalan jual durian.

"Nak durian tak?"

"Nak.."

Then, dibelikan lah sebiji.
Bukan nak makan banyak pun,
cuma nak hilangkan rase mengidam makan durian.
Tapi, malam semalam tak sempat makan.
Letih sangat dan tidur awal.

Tadi balik kerja,
tercari-cari durian tu.
Cari-cari dalam rumah, tak jumpa juga.
Rupanya dah ada dalam tong sampah luar rumah.
Dah lah hujan, basah lah durian tu sebab semalam suruh penjual durian buka kan durian sikit.
Sedih dan terkilan.
Mungkin durian tak dibenarkan dalam rumah kot. 
T_T



Tuesday, July 19, 2011

OUH EYE SHADOW~~



Hey hey how are you my dear readers?
Ha ha.. been busy lately.
Bukan sikit2, SANGAT okay!


Bayangkan, Jumaat ni tak ada di sekolah ada kursus.


Next week, Selasa, Rabu & Khamis pergi kursus induksi pula (padahal assignment induksi tak siap2 lagi).


Pentaksiran PBS ICT oleh pentaksir kawasan (external verifier) will be next week!
Sangat busy nak mengerah budak2 form 5 siapkan kerja mereka.
Yang aku pula sibuk nak siapkan menanda kertas mereka.


Fail panitia ICT pula akan dipantau next week juga.


SSQS lagi.. (Apa pula SSQS tu?)
SSQS stands for Sistem Smart School Qualification Standards.
Ia satu sistem penarafan bintang untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dari segi penggunaan aset ICT dalam PNP yang meluas di sekolah.
So, aku kena cari guru2, murid2, pentadbir untuk jawab soalan, 
dan aku kena key-in jawapan mereka selepas kutip data. 
Nak tahu lagi KLIK SINI.


Aku pun dah tak tahu aku ni manusia atau ROBOT? =(


Ahaha.. apa2 pun, nak juga update blog ye.
Tinggalkan cerita kerja.
Memang aku pun tak pasti dapat habis atau tak kerja2 aku. =p


Sabtu lepas aku ada product shoot dengan DLIA JANE COLLECTION.
5 helai baju aku peragakan depan kamera.
Make-up pula did by myself.
Ye make-up!
Nak cerita pasal make-up.. he he..


Sebelum mula make-up untuk hari Sabtu tu,
aku test make-up dulu pada malam sebelumnya.
Aku perlu test make-up sendiri sebab aku tak pandai apply dan mix color eye shadow!
Mana ada aku pakai eye shadow jika ke mana2.
Biasanya eye shadow yang aku pakai akan comot, 
sebab dia jenis serbuk kan.
Lepas test make-up pada muka sendiri,
fikir nak snap gambar dan share my brand-new make-up style (boleh muntah sekarang.. brand-new lah sangat kan.. kahkah).
Tapi, camera tak ada bateri & handphone pula rosak.


So, since DJC pun dah upload gambar,
so aku share satu gambar ni untuk anda judge. =p


AIM nak tunjuk eyeshadow. tapi sure lah tak nampak kan.. haha


Haaa... sini ada gambar baru up..


ha ha.. gegar.. ni masa dah habis shoot.. nmpk sikit eyeshadow..
tengok le tu.. satu almari shawl aku angkut.. =p


Eye shadow tu aku pakai yang murah saja.
Base color MERAH (brand DANNI), 
then tambah LIGHT PURPLE+PINK (DANNI), 
center mata kaler SHINY PURPLE (VOIV), 
eyelid DARK PURPLE (AVON).
Then, blend dengan WHITE bawah kening (VOIV).
Atas eyelid sikit, garis mata guna BLUE pencil eyeliner (MAYBELLINE).
Still... kening tak pandai lukis okay.
Ha ha..
Btw, kening lukis guna pensel kening brand VIVA warna DARK BROWN.


Sekian sajalah,
komenlah mana yang terkurang.
Nak kutuk pun biar manis sikit didengar ya.
Sebab budi bahasa budaya kita.
He he..
Bye bye!~

Wednesday, July 13, 2011

HEY LADIES!~ (pt. 1)



Hallu gadis2..


Sebagai seorang gadis, perempuan, wanita,
kita perlu pandai memasak ke??
Mungkin ada gadis yang takut bila dengar perkataan masak itu,
Sebab masak tak sedap katanya.
Tapi itu bukan alasan untuk kamu malas masak!


Memasak juga seperti seni.
Skill memasak tidak boleh diperolehi dalam sekelip mata 
(kecuali anda 'GIFTED' dengan bakat memasak itu).
Skill memasak juga memerlukan masa.
Skill boleh diasah dari hari ke hari.


Mulakan dengan memasak simple dish, i mean lauk ye.
Satu hari satu lauk sahaja sudah memadai.
Rajin2 lah bertanya kepada ibu, ayah atau kawan2 yang pandai memasak.
Resepi lauk-pauk juga begitu banyak dikongsi di internet.
Cetak kan resipi2 tersebut, dan cuba-cubalah buat.
Setelah agak2 pandai dan tahu manage masa,
bolehlah cuba masak dua, tiga atau lebih dish.
Yang penting RAJIN dan MAHU masak. =)


ni reti ke tak? he he

Simple tips dalam step by step pengurusan di dapur,
(ini mengikut apa yang diajar oleh mak kesayanganku).


1- Masak nasi dahulu sebelum mula menyediakan bahan2 untuk memasak.
    Alasan: Sebab nasi masak lambat. Tak mahulah lauk-pauk sudah tersedia, tiba2 nasi belum siap masak.


2- Sediakan bahan2 memasak dan mula masak.


3- Masak air. 
    Alasan: Masak lauk dahulu kerana ia lebih penting. Bancuh air kan sekejap saja. Banyangkan air dah siap, lauk tak siap2 masak lagi. Sampai sejuk dah air tu. =)




Pengurusan yang teratur semasa di dapur dapat menjimatkan masa memasak.
Cubalah praktikkan.
Selamat mencuba!


P/S: Walaupun aku taklah hebat memasak, tapi bagi aku, sebagai seorang gadis, perempuan dan wanita memang perlu pandai memasak. Kau fikirlah sendiri..he he.. =)

SYAHDU JE...



Hai dear readers!
Perasaan tak entry sejak dua menjak ni macam syahdu & sentimental aje?
Banyak ke arah keinsafan dan keredhaan...
Mungkin sebab banyak mengganti puasa agaknya. 
He he =P


Yay!
Puasa ganti dah habis.
Boleh puasa sunat pula ye di bulan Syaaban ni.
Tak lama lagi dah Ramadhan.


Bercakap pasal bulan Ramadhan,
memang dah lama rasa rindu.
Rindu suasana bangun sahur dengan family,
masak lauk berbuka sama2,
berbuka sama2,
bazar Ramadhan,
terawih dengan kawan2,
dan beli baju raya...
Dulu masa banyak masa,
buat biskut raya pun masa bulan Ramadhan.
Believe me, i'm good at it! =p
Tapi sekarang biskut tunjuk ajelah ye.




Tak sabar nak jumpa Ramadhan lagi!
Betul,, rindu,, =)

ALHAMDULILLAH . . .



Yay!
Ada berita gembira!
DJC bagi peluang untuk shoot!
Tapi kena penalti la... T_T
Kena bayar photog & MUA.
Tapi aku bayar photog jela,
sebab aku kan boleh mekap sendiri.
Apa guna belajar tinggi2 ilmu make-up kalau tak boleh mekap sendiri kannn.
Hahahhah!!


Apepun, terima kasih DJC.
Aku akan cuba buat yang terbaik.
Semoga tak ada halangan lagi pada hari tersebut macam sebelum ni.
Alhamdulillah...


Jom2 beli baju raya di Dlia Jane Collection!




P/S: Siapa tak faham entry ini, sila baca entry sebelumnya ya, 

PERCAYA, REDHA, MAAF~


Monday, July 11, 2011

PERCAYA, REDHA, MAAF~


We are inclined to believe those whom we do not know 
because they have never deceived us.

-Samuel Johnson-



Erm.. Sesuailah quote tu dengan aku.
Macam2 berita dengar pasal BERSIH tempoh hari.
Bloggers pun bukan main berlumba2 buat entry hangat mengenai BERSIH.
Tak tahu sama ada rumours atau cerita sebenar.
Tak boleh siar di sini cerita2 tersebut,
kerana menjaga sensitiviti.


Akibat daripada itu, 
aku terpaksa batalkan photoshoot dengan Dlia Jane Collection.
Penting sangat shoot tu, 
sebab aku dah tersenarai top ten Pencarian Model DJC 2011.
Aku dah siap pakai mask muka supaya esok mekap jadi cantik (jika muka bersih).
Tudung2 yang nak dipakai pun telah disusun dan tersedia untuk dibawa.
Tapi oleh sebab takut drive berseorangan dan memikirkan macam2 perkara yang boleh berlaku,
aku cuba minta ditangguhkan shoot pada hari lain,
tapi pihak DJC sudah tiada masa lagi.
Makanya aku disqualified!
Sedih sangat!
Merata juga promosi untuk DJC, 
you can read DJC promo in entry MODEL KE?
But at the end of the day, I just got nothing.
Inilah namanya tiada rezeki.
Aku percaya rezeki Tuhan.
Mungkin rezeki ada di tempat lain.
Tuhan yang memberi rezeki, disalurkan melalui manusia lain.
Bila fikirkan kata2 itu, aku jadi redha.
Aku harap pihak DJC maafkan aku dan halalkan segalanya.
Dan terima kasih memilih aku sehingga menjadi finalis. 
Perkara yang terjadi betul2 tidak disengajakan.
Semoga DJC bertambah maju.



Aku minta maaf pada semua.
Aku juga maafkan semua orang.
Harap semua maafkan aku.
Kerana kita tak tahu bila waktunya kita akan kembali padaNya.
Ya Allah ampunkan aku...


Dan jangan lupa ye amalkan SENYUM yang IKHLAS kepada orang lain.
Baru nampak cantik. =)


P/S: Perhimpunan BERSIH memang agak menakutkan. 




Friday, July 8, 2011

SAYA BERTUDUNG DAN SAYA SANGAT PRETTY!!

Mari gelak beramai-ramai. 
Tiga kali saja okay!
Kah kah kah.. =p

Pretty kahh?
Pretty la sangat kan...
Jangan perasan sangat boleh?
Tak adalah pretty pun aku tengok.
Biasa-biasa sahaje...huhuhu...

Ok ok..
Cukup-cukuplah intro tu ye.
Ini haa..
Bukan nak perasan pretty.
Ya! Katakan ya kepada BERTUDUNG!
Tapi, "SAYA BERTUDUNG DAN SAYA SANGAT PRETTY" tu,
adalah syarat pertandingan satu contest yang direka oleh Cik Dya.
Nak tahu lagi apa syaratnya?
Apa hadiahnya?
Jom click SINI.

Ini dia gambar untuk contest. (nak tengok lagi? sila klik SINI)
Bertudung dua layer ala Indonesian Style, 
credit to Hesty, my fasi masa Bengkel MEGA tahun lepas.
Dia yang ajar belit-belit ni.
Baju kurung moden warna merah cili juga dari koleksi sendiri.
Terpulang kepada anda nak judge pretty atau tidak.. *uwekkks!!

Caranya mudah.
Anda hanya perlu mengutuk habis-habisan gambar yang tidak cantik itu
dengan memberi komen kepada entry ini.
Pemenang adalah berdasarkan jumlah komen yang diterima.
Jadi, apa tunggu lagi?
Jom komen-komen!! =))

P/S: Jangan lupa lawat blog Cik Dya, cik organizer ye di www.cikdya.com




DUE DATE: 31 JULY 2011




Gadis bertudung pretty yang saya tag untuk contest:

SAYA JOIN CONTEST "THE BEST PICTURE OF ME"



Aha.. baca title post ni pun dah tau aku join contest kan?
"The best picture" contest ni direka oleh Engku Sofea.

the Contest Banner

Dan... ini gambar contest! 
Mesti nak muntah kan tengok berapa kali gambar ni dah keluar..
Sila muntah sekarang!! =p

credit to photog Aiman Amir for this ouhsome pic.
This pic was taken during street photoshoot with him at Pavilion KL. =)


Kenapa ye aku suka sangat gambar ni?
Macam tak ada gambar lain je.
Well.. pendapat peribadi,
aku tengok gambar ni ekspresinya macam real (real la sangat!).
Kelihatannya macam seorang perempuan yang ceria sedang berangan di kedai kopi. =p

Mana taknya.
Dah menikmati kopi berseorangan kan. he he..
Dan lagi i love this outfit so much.
Dress maxi labuh dipadankan dengan cardigan hitam, dan wedges kuning.
Ada beberapa kali juga mengulang pakai baju yang sama untuk photoshoot.
Jadi, baju ni sangat berjasa kepada tuannya.
Apa pun, tu pandangan dari aku sendiri.
Orang lain mungkin berlainan pendapat pula.


Bercerita tentang hadiah,
kalaulah dapat handbag vintage itu kan best!
Shawl satin yang hot itu boleh juga, nak-nak yang color PINK kan.
Hiks~


So, apa lagi girls...
Jom join contest ini.
Cepat klik SINI untuk tahu apakah syarat contest & hadiah2 lain bagi pemenang.
Happy trying!


Gadis2 cun yang aku tag for this contest:


p/s: pleasee drop comments and kutuk gambar saya itu.. nak tahu juga apa pandangan anda semua tentang pic yang ngade2 tu..  =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...