Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, August 28, 2011

DAY 11 - MAKNA DI SEBALIK LINK BLOG ANDA



http://alyasyaqiera.blogspot.com/ adalah link blog aku.
Tak ada apa2 makna sebab tu nama aku.
Maksud nama aku pula,


ALYA = ketinggian
SYAQIERA = syukur

ALYA SYAQIERA = banyak bersyukur =)


Alhamdulillah. Sedap nama mak abah bagi. Terima kasih mak & abah. ILEBIU~ =)



Saturday, August 27, 2011

YES, I DO . . .



I Do
by Colbie Caillat


It's always been about me, myself, and I
I thought relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy saying I had love that wouldn't last
That was the only way I knew 'til I met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do

Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I've never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do

Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
What more can I get myself into?
You make we wanna say

Me, a family, a house, a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm eighty years old I'm sitting next to you

And we'll remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do

Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you


DAY 10 - HARI KE-10...APA YANG BERLAKU?



I don't know what will happen to me today.
Tapi, harap2 yang elok2 saja. =)


30-day blog challenge hari yang ke-10.
Perancangan hari ni nak shopping sampai lebam. Nak beli KASUT RAYA!
Kasut macam mana yang nak dibeli oleh penggila kasut ni? Mestilah kasut yang...
  • boleh buat raya
  • boleh buat pergi photoshoot
  • boleh buat kasut kerja


Wahh! All in one! Jom survey!!


Steve Madden Sarrina Platform pump-Blush Suede
NAK INI!!!
Leopard Print Pump
yang ni gabung dengan warna pink, dan material best!!
Pump in Beige 
Leopard-Print Calf Hair Ankle Boots
Leopard Print memang favourite!! Tapi yang ni tak sesuai bawa pergi kerja.

The Briar Shoe in Red Shoes By DV by Dolce Vita


LEOPARD SATIN
memang canik tapi satin ni takut cepat koyak je


IRON FIST GOLD DIGGER PLATFORM - PINK
bawa pergi catwalk je boleh ni..


Fuschia Satin
dengan perincian batu.. warna dah cantik, tapi satin kena pandai jagalah..


Semuanya boleh didapati di Your Next Shoes (click link to see more shoes)

SALAM AIDILFITRI AYAHANDA DAN BONDA


Mood RAYA! RAYA! 

Masih terkenang2 waktu sambut Raya waktu susah dulu. Masa tu, nak beli baju baru pun susah. Setiap kali raya, mak lah yang sibuk cari kain di kedai, buat baju raya untuk kami adik-beradik. Apa saja yang mak jahitkan, aku akan pakai. Kain yang murah di kedai adalah kain lebihan atau kata mudahnya, kain perca. Itulah yang kami pakai saban tahun. Mak pula pandai suai padan warna. Jadi tak ada masalah kalau pakai kain perca sekalipun (sekarang pun di kedai banyak suai padan; baju lain, kain lain). Masa tu mak naik basikal pergi cari baju raya. Dah ok sikit, baru ada motor. Yang paling sedih bila time hujan, memang basahlah. Tapi, walau susah manapun kami, ada lagi yang lagi kurang bernasib baik daripada kami. Kami beruntung sebab ada MAK. Thank you mom, ILEBIU lah~



Mak akan jahit baju kami, baju dia tak ada pun tak apa. Pernah sekali masa aku masih study di Universiti, waktu balik cuti raya, aku request satu baju kurung siap warna hijau pucuk pisang, siap ada manik2. Masa tu harga RM120 dah cukup mahal bagi aku. Tapi, mak belikan juga.. huhu.. Aku tak fikir pun mak ada duit ke tak masa tu.

Tapi sekarang, mak aiihh.. Berhelai-helai baju raya aku. Kalau boleh, nak bagi mak duit banyak2 masa raya ni, nak suruh dia pakai cantik2 dan bergaya. Selagi ada duit, kalau boleh nak bagi. Tu pun mak menolak. Satu je aku cakap pada mak, rezeki jangan ditolak, barulah dia nak terima. =)

Jadi anda semua, kenang2 lah pengorbanan mak anda. Sesiapa yang dah jadi mak, mesti dia tahu bagaimana perasaan mahu melihat anak2 happy di hari raya dan cuba melengkapkan mereka lebih dahulu daripada diri sendiri.

Dan setiap kali aku dengar lagu ni di corong radio, syahdu sungguh rasa hati ni. Lirik dia sangat menyentuh.

Jom layan... SELAMAT HARI RAYA SEMUA! 


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
by Raihan & Hujan


Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri
Di Aidilfitri

HIJAU ITU BAJU RAYA!



AMARAN: entry ini berkaitan dengan previous entry; PERASAAN ANDA HARI INI.


Kisahnya, mak aku tak berkenan langsung dengan baju warna TURQUOISE yang aku beli Selasa lepas. Disuruhnya aku tukar. Katanya, warna baju tak kena dengan aku. Makanya aku yang memang jenis mendengar kata ni pergilah tukar baju lain tadi. Oleh sebab harga baju TURQUOISE tu lebih mahal daripada baju yang aku berkenan nak tukar tadi, so kena tambah baju lagi satu = dua helai lagi baju. Dua2 yang aku ambil warna HIJAU. Oh my.. 3 helai baju raya warna hijau tahun ni. Lagi2 en. Bf suka warna hijau, (tak habis2 dia nak cari baju warna hijau.. tak paham betul -.-') jadi apa yang aku fitting baju warna hijau tadi, dia akan kata lawa. Huhu..


nak jadi macam ni untuk raye tahun ni. ha ha
jolie memakai baju warna HIJAU ZAMRUD, sama warna dengan baju raya akuu.. =P


Then, dah siap tukar baju, singgah ke Jalan Masjid India. Boleh tahan juga sale di sana. Apa lagi aku pun boronglah baju kurung 3 helai seratus ringgit, grab beberapa helai shawls, dan beberapa biji brooches. Ouhh girls.. pergilah buat last minute shooping di sana. Memang murah2.. Sampai pening kepala aku memilih. Tapi, memang aku sedar, aku tak sesuai shopping di tempat macam tu sebab buat aku tak pandai untuk memilih oleh kerana terrrrlalu banyak pilihan.




P/S: Banyak lagi tak beli ni. Esok berhajat sambung shopping lagi. Ni nak raya ke apa ni? =))

Tuesday, August 23, 2011

DAY 9 - PERASAAN ANDA HARI INI


Perasaan hari ini sungguh bahagia. Mana taknya. Dapat membeli 3 helai baju untuk hari raya. Sakan sangat ke bershopping? Oh tidak. Kali ni saja.. Huhu.. Best betul perasaan bila dapat shopping tahu. Tak percaya? Pergi try. Memang best dan sebenarnya rasa lega daripada memikirkan satu hapah barang pun belum beli untuk hari raya. Perlu kah? Memang la perlu.. *mesti kena jawab sendiri acap kali. Aku kan perempuan. Takkan lah nak mengulang baju raya tahun lepas kan. Mesti la nak bergaya juga kan mengikut peredaran fesyen terkini, sebab aku bukan duduk dalam GUA. he he..


Pada mulanya, mak aku cadangkan tema warna baju raya family tahun ini adalah warna BIRU HIJAU. Namun oleh kerana mak aku lambat buat decision, aku dah jatuh cinta pada sehelai baju warna biru elektrik ni. Alih2 mak cakap, nak tukar ke GREY pula. Hmm.. Aku kurang suka warna yang kurang hidup macam grey, hitam, dan coklat. Tahun lepas ada satu baju warna hitam yang dipakai dengan shawl grey. Jadi aku malas nak ulang warna yang sama lagi tahun ni.


RODA WARNA


Baiklah. Yang di atas itu adalah RODA WARNA, tapi bahagian WARNA TERTIER sahaja. Baju yang aku beli tadi terdiri daripada WARNA HARMONI, iaitu warna yang bersebelahan. Mulakan melihat dari warna 'BLUE' ikut arah jam, aku beli BIRU (electric blue), TURQUOISE, dan HIJAU. Semuanya dalam kumpulan WARNA2 SEJUK. Haa.. tak tahulah kenapa lately mata ni suka warna2 macam ni. Warna purple yang memang wajib setiap tahun memang tak masuk senarai tahun ni. Huhu.. Apa lagi?? Jom raya!! Hahah..


P/S: Nak tahu baju-baju raya aku suka beli di mana? MAJU JUNCTION saja. Yang sebelah SOGO tu. =))

DAY 8 - TIGA PERANGAI BURUK ANDA



Huh cabaran hari ke-8 , 30-day blog challenge ni memang agak mencabar juga.
Perangai buruk pun nak ditanya ye.
Ermm siapa yang kenal aku tahulah ape perangai buruk aku yang malas nak hebah sebenarnya. Haha..
Tapi, mana ada orang yang perfect kan?Walaupun banyak juga perangai buruk, tapi nak tiga je kan? huhu~
So, layan jelah...


1 - SENSITIF NAK MATI, MUDAH TOUCHING, MENANGIS

Ni memang tak dapat elak la. Aku mudah terasa dengan orang yang suka cakap lepas dan meninggi suara, lebih2 lagi kalau dari orang yang aku sayang. Contohnya mak aku. Kalau kena marah, aku lebih banyak diam dan terus nangis. Ha ha. Fragile sangat lah hati ni. Tak elok kan? Kalau tengok drama ke, muvie ke, aku lah dulu yang akan keluar air mata untuk scene2 sedih. Hahahha.. It comes naturally... Tak tahu macam mana nak ubah.


alolo cedeyhnya~

2 - PERFECTIONIST


Perfectionist ni sama dengan cerewet ke? Haha.. Ni memang perangai buruk kalau dah jadi terlebih cerewet. Kadang2 aku selalu fikir kenapa orang lain tak boleh buat sama macam aku buat. Tapi, bila fikir balik, tak semua orang ada capability yang sama kan. Kalau buat kerja seboleh2 nya aku nak perfect, tak kira lah kerja di tempat kerja, sampai ke hal2 kecil seperti mengemas rumah. Contohnya, aku tak suka kalau ada orang menyapu lantai kawasan yang dipijak je. Bawah kerusi semua tak disapu. Lepas mandi, rambut semua kena kutip, jangan sumbatkan lubang keluar air tu. Kalau kena dengan mak aku, memang satu hari lah dengar dia bebel. Lagi kalau basuh baju aku asingkan mana yang boleh mesin dan mana yang tak. Sampaikan mak aku pun takut nak basuhkan baju aku. Aku sangat  particular dalam hal2 sebegitu. 


gud gud je lah!~


3 - LAST MINUTE PERSON

Aku memang orang yang last minit sebab bila buat kerja awal rasa macam tak ada feel. Tapi bila hampir sampai due date, aku boleh buat kerja dengan sangat cepat. Dan bila dah siap, rasa tak puas hati dan fikir dalam kepala,
"Kalau aku mula dari awal, mesti lagi best jadinya benda ni."


theeheee~~


Boleh tak jadi perfect kalau last minute? haha (sila kaitkan nombor 2 & 3) =P


Okay..that's all.
Happy reading.
Nite all! =)


P/S: dari tadi asik dok mengulang lagu Barakallah Maher Zain. Suka sangat lagu tu sejak dua menjak nih.. =P

Sunday, August 21, 2011

BLOG PILIHAN SAYA IALAH . . .


Sambungan daripada segmen Ben Ashaari. 






Ada banyak blog yang tersenarai untuk dipilih.
Jadi aku decide untuk pilih 10 blog ini secara random okay.


1. BLOG FATEHA

Aku pilih sebab presentation blog dia sangat simple, senang nak baca dengan wallpaper polkadot lagi
. Nama pemilik blog ialah Nur Fateha dari Yong Peng, Johor, Malaysia berusia 19 tahun. Suka membaca buku dan menulis, talkative, dan ambitious. Katanya, "I am not perfect, I am just 99% perfect of my own way". Dia ada banyak hobi, antara yang sama dengan aku ialah surfing Internet, dengar music, dan yang last ni menarik; bergaduh dengan siblings. ha ha.. Antara post2 yang top adalah cara menjawab paper MUET. Bagus budak ni. Selamat berkenalan.. =)


2. IZZATY HEDRY


Aku pilih dia sebab dia tinggal di MRSM Merbok, mengingatkan aku kepada adik aku yang dirindui, yang ambil law di UITM Merbok. Blog pink ni comel, dengan tagline, "Hati tak pandai menipu, itulah nama bila Izzati Hedry berbicara". Sedap namanya, Izzati Hedry. Pemilik blog ni baru berusia 21 tahun, berasal dari Alor Setar. Rajin benar dia ni join segmen dan GA tau.


3. SOLY SOLICIOUS

Aku pilih dia sebab header blog dia sempena Ramadhan oouh comelnya!! Baru berusia 22 tahun dan berasal dari Terengganu.



nice yet simple. like the doodle. 


4. MISZ DEJAVU

Aku pilih dia sebab dia DEGIL *eh eh bukan aku reka, dia yang tulis. he he.. Lain betul dia ni. Sebab tak ikut rules segmen BA yang suruh senaraikan 10 atau lebih blog, tapi gadis berusia 24 ni senaraikan 5 je! Apa2 pun, dia kata biar ikhlas. Betullah tu. Background blog warna hitam, memang memudahkan pembacaan. Mata tak serabut dan overall sangat kemas. Jom lah terjah blog dia sekarang!!


5. NUR HAMIZAH RAIHAN

Aku pilih dia sebab dia nak SPM tahun ni. Lebih kurang pangkat anak murid aku lah ni. Jadi aku nak wish selamat menduduki peperiksaan. Trial SPM lepas raya ni. Jadi jangan beraya sakan ye. Baca buku. Itu lebih penting. He he..


6. SHARING IS CARING

Aku pilih blog ni sebab dia ada banyak tips percintaan. Jiwang ye budak ni. Nama dia Arul dari Segamat, Johor.


7. PILIHAN HATI

Aku pilih blog ni sebab aku nampak perkataan NASYID. Tak pasti sama ada pemilik blog suka bernasyid atau mendengar lagu2 nasyid. Yang pasti, sama dengan aku. Aku juga dulu penasyid sekolah, dan sampai sekarang tak boleh dengar nasyid life, mesti aku rasa aku yang nak nyanyi atas pentas. Empunya blog ni merupakan seorang guru pelatih. =)


8. ONLY ME & ZERO

Aku pilih blog ni sebab dia pun CIKGUU!! Cikgu pelatih katanya.hee.. nama pemilik blog, ialah Mursyid Diey. Woahh unik ejaan nama dia! =)


9. BUDAK LOGAM

Aku pilih blog dia sebab nama dia unik, BUDAK LOGAM buat aku tertanya-tanya kenapa dia pilih nama blog sebegini. Aku sangkakan dia ada kebolehan badan bermagnet untuk melekat sebarang logam di badan, namun aku tak jumpa apa2 berkaitan logam dalam blognya. Nama pemilik blog ialah Udin, dan content blognya adalah pelbagai.


10. LOVETORY

Aku pilih blog ni sebab blog dia COMEL warna purple pula. Dan pemilik blog ni adalah seorang LELAKI!!! I'm so impressed! Rajin betul dia decorate blog. Nama adik ni ialah Ed Faris, berasal dari Terengganu dan baru berusia 15 tahun. Nak PMR lah kan tahun ni? Jadi, good luck!


Tamat sudah 10 pilihan blog. Huh! Semput juga nak pilih 10 blog sebab semua blog pun bagus2 juga! Mungkin next time?

Daa~

FOLLOWER KE-88


Jatuh kepada...




Hoho boleh letak nama je.
Nak copy banner dia nampaknya hidden pula.
Terima kasih Run Away sudi jadi follower ke-88!!
Jadi jomlah terjah ke blog Run Away ni.
Wallpaper blog ni bunga2,
lepas tu ada dedaunan berguguran lagi.
"A little bit of everything" adalah tagline dia. *macam lirik lagu Ne-yo je.. he he
Sesuailah dengan content blog dia yang pelbagai.

Sebagai menghargai follower ke -88,
harap Run Away boleh bagi email address dia.
Nak bagi small token!!!
Nak tahu apa dia?
Kad raya lah.. sempena hari raya yang akan tiba ni.
Yay!
Cepat2 Run Away bagi email address.
Yang lain jangan jeles okay..he he.
Daa~~

Saturday, August 20, 2011

SEGMEN: BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA!!!



KLIK THIS BANNER TO JOIN

DUE: 20 OGOS 2011 (2pm)

MARI MEMBEBEL: KAD RAYA GIVE AWAY LIMITED EDITION! JOMMM JOIN!


Makanan raya yang paling aku suka??
Aha.. tentu sekali nasi himpit yang mak aku rebus,
makan dengan kuah lodeh,
rendang daging,
kari ayam,
sambal kacang...
Pheww meleleh la cerita bulan2 puasa ni.. he he

kuah lodeh letak udang
*pic from ARAH

Lepas tu kalau dapat lemang 
dengan rendang daging 
atau serunding daging!
Wow!! Best gila!
Tak sabarnya nak raya.. Yay!

lemang dan rendang
*pic from WHEELSONDBUS'S BLOG

Dan kalau dapat laksa penang pedas tu di pagi raya,
syiokk juga woo..

laksa penang
*pic from KOOLRED

Kesimpulannya, aku memang suka makan lah.. =P

By the way, aku join GA ni. 
Jom join ramai2!!
Nanti boleh la dapat kad raya.
Rindu juga nak dapat kad raya.
Semua pakai sms atau wish di FB saja sekarang ni.
Tak ada sentimental value lorhh.. =))

CLICK BANNER TO JOIN!!

due: 23 OGOS 2011 (11.59 PM)

aku nak ajak gadis2 ini join juga:







Akhir sekali, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang membaca entry ni.
Maaf zahir batin.
Semoga raya kali ni meriah gitu.
Dah beli baju raya ke?? 
=)

Friday, August 19, 2011

DAY 7 - TIGA PERANGAI BAIK ANDA



30-day blog challenge, day 7 : tiga perangai baik anda.

Ececeh bukan nak angkat bakul.
Tapi untuk menjawab persoalan blog challenge hari ni, 
mungkin tiga isi ini adalah bersesuaian.
Mana tak sesuai dengan aku tu, maafkan jelah ye.. he he


1- SAYANG KUCING

Orang kata, siapa yang sayang dan suka kucing, dia juga adalah PENYAYANG kepada makhluk2 lain di muka bumi ini. Siapa yang berkawan dengan pendera kucing, sepak2 kucing, baling kucing, tak bagi kucing makan tu, hati-hatilah sebab mungkin dia juga hanya berpura2 bersikap penyayang terhadap anda. Perhatikan perlakuan mereka terhadap kucing yang lalu mengiau-ngiau di sebelahnya bila anda makan di restoran mamak. Hu hu..


ini kucen obese =)



Berminat nak baca lagi mengenai sayang kucing? Jom klik link:

Tak kiralah apa salah orang buat pada aku, selagi dia SEDAR dan MOHON MAAF, aku akan maafkan dan berkawan semula macam tak ada apa2. Sedangkan Nabi maafkan umatnya, apa lagi aku manusia biasa yang banyak dosa ni. Tapi kalau dia tak sedar, aku pun malas dengan orang macam tu. Aku malas kacau hidup orang. Huhu... Dan kalau aku sedar aku buat silap, aku pun cepat2 mohon maaf, sebab tak mahu perkara salah faham berpanjangan.


3 - PRIHATIN

Kalau aku nampak orang tengah susah angkat beg berat, atau banyak barang, aku tak kisah nak tolong, lebih2 lagi ibu mengandung dan orang tua. Apalah salahnya menolong golongan yang lemah ni kan. 


Tamat sudah cabaran hari ke-7.
Kalau boleh nak list banyak lagi.
Tapi sebelum ada orang muntah baca entry ni, 
better stop here.
Ho ho..

Thank you for reading!

Thursday, August 18, 2011

DAY 6 - BENDA YANG WAJIB ANDA BAWA BILA KELUAR RUMAH



30-day blog challenge, day 6: benda yang wajib aku bawa bila keluar rumah.

Mestilah bawa diri kan. Hakhak.
Ala.. soalan ni senang je kan.

Aku keluar rumah wajib bawa:

1. HANDBAG

Wajiblah kan sebab nak isi banyak barang dalam tu. Lagi besar handbag, lagi bagus. Boleh jadi beg doremon bila dalam keadaan memerlukan.

2. WALLET

Gambar ihsan Google


Mestilah bawa purse kan. Isi duit, kredit kad, I/C, driving license, ATM card, etc.

3. HANDPHONE


Penting sangat ni.


4. KUNCI KERETA


Nak bergerak, mesti bawa ini.



5. KUNCI RUMAH


Nanti tidur luar rumah pula kan. So bawalah.



6. MAKE-UP BAG

Nak tahu apa ada dalam make-up bag aku? Klik SINI.




Okay... itu je lah yang wajib bawa. Yang lain-lain tu tinggal pun tak apa.
Tamat cabaran hari ke-6. Yay!

Wednesday, August 17, 2011

DAY 5 - STATUS ANDA? RELATIONSHIP ANDA?



30-day blog challenge, day 5: status & relationship aku.

Status aku masih bujang.
Masih boleh bercanda-ria dengan sesiapa sahaja.
Boleh ke sana ke mari sesuka hati *dengan batasan.
Hohoho..~

Dan ya, i'm in a relationship.
Rasa macam baru semalam berkenalan.
Rasa baru semalam cari baju raya sama2.
Tapi rupanya dah setahun berlalu..*boleh check pada widget tepi wall..huhu.
Kalau baby tu, kira dah boleh berjalan la.
Dan sekarang ni,
sedang menunggu masa lagi untuk cari baju raya sama2 untuk tahun ni pula.. =P

tengok bulan sama2... sweet kan.. =P


Okay tamat cabaran hari ke-5. *yang sepatutnya aku pos semalam..huhu
Daa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...