Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 28, 2011

SOLEKAN UNTUK HARI PERTUNANGAN


Hai gadis2 yang bakal bertunang/berkahwin.
Nak share a few photos untuk tunjuk make-up di majlis pertunangan aku pada 20.11.2011 tempoh hari.


Make-up yang aku harapkan adalah light & sweet, yang dapat mengekalkan rupa asli aku memandangkan pihak keluarga belah lelaki ramai yang hadir dalam 60++ orang semata-mata untuk melihat dan berkenalan dengan aku.
Kalau nak mekap tebal2 sampai muka berubah, eloklah buat masa hari persandingan nanti.. hehe
Tapi seeloknya, biarlah tak hilang rupa muka kita yang sebenarnya, jangan sampai tetamu sangka dia tersalah majlis pula! haha
Inspirasi make-up datangnya daripada majalah Eh! (majalah kegemaran aku setiap bulan!), bridal edition yang covergirl nya Fasha Sandha tu.
Hasilnya...


aku tak cantik, tapi make-up light & soft macam ni aku suka.


Aku tanya pendapat MUA sama ada perlu pakai bulu mata palsu atau tidak, dan aku menolak untuk pakai bulu mata tebal dan panjang.
Jadi MUA mencadangkan supaya menggunakan bulu mata bawah untuk dilekatkan pada bulu mata atas aku. (paham tak? hihi)
Katanya, dalam production memang begitulah yang MUA selalu buat.
Hasilnya sangat natural!
Memang make-up dia tampak sweet.


Bagi aku, kalau nak spend duit perlu lebih banyak kepada make-up dan persalinan yang dipakai sewaktu majlis, tak kiralah untuk bertunang, nikah dan sebagainya sebab yang mahu ditonjolkan adalah DIRI ANDA.
Apa yang perlu dilakukan sebelum memilih MUA ialah go for TEST MAKE-UP.
Walaupun test make-up perlu keluarkan sedikit bayaran (some of it tak perlu), tapi ia amat penting bagi mengelakkan make-up yang tak cantik dan tak tahan lama pada hari penting anda.
Jika anda pernah test make-up dengan mana2 MUA/mak andam, sekurang2nya anda boleh mencari yang lain sekiranya kurang berpuas hati.
Tapi aku tak test make-up pun sebelum majlis tunang sebab kekangan masa aku dan MUA.
Sebelum wedding nanti, ye, aku akan test. hihi


Berapa RM aku spend untuk make-up?
Kebiasaannya make-up tunang charge between RM150-RM400.
Dengan MUA yang aku pilih, RM400.
Oleh sebab aku selalu tolong join event yang beliau buat, so aku dapat diskaun 50%!
Total cost make-up RM200.
=))


p/s: Jom baca post mortem tentang make-up tunang di SINI.





Mini Pelamin Majlis Pertunangan


Hai all.. 


Review pelamin jom.


PERLUKAH MINI PELAMIN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN?


Well, bagi aku memang perlu since aku tak berhias bilik dan sarung cincin dalam bilik.
Guna mini pelamin lebih senang.
Bilik aku nun di tingkat atas.
Jenuhlah nenek en. tunang nak naik atas dan menyarung cincin.
Dah lah beliau sakit kaki.
Saudara mara yang nak menyaksikan acara sarung cincin bagaimana pula?
Naik atas juga? heheh..
Di situlah keperluan mini pelamin. =)
Tak kisah mulut kau orang nak kutuk apa pasal bertunang pun nak pelamin2 bagai.
Kau orang boleh fikir ikut keperluan, bukan untuk pembaziran.
*Mulut orang, so biarlah dia dosa mengumpat. haha


Jom tengok mini pelamin pada hari pertunangan aku.

full view

our own off white carpet

close-up

THE CHANDELIER.
at first, pelamin comes with chandelier.
but since rumah kami dah ada chandelier, so tak mahu pasang banyak2. =)

So how? Ok tak?
Pelamin ini sebenarnya adalah pelamin nikah.
Namun diolah semula menjadi pelamin tunang dengan meletakkan hanya satu panel berbanding dua panel yang biasa digunakan untuk nikah.
Panel tu yang mana? 
Yang macam stage untuk letak kerusi tu.
Jadi kalau satu panel, tak adalah nampak terlalu tinggi duduknya daripada tetamu.

Pada mulanya aku bagitahu abg Hizam (owner butik pengantin) aku nak bunga peach+cream.
Tapi malam dia pasang pelamin, aku terkejut tengok warna bunga yang sangat meriah. 
Combination peach dan pink betul2 ikut tema warna majlis tunang kami.
Dan aku tak perlu cakap banyak sebab memang cantik abg Hizam & business partner beliau, abg Hisham decorate mini pelamin tersebut.
Blok kayu dan juga tirai belakang, berwarna putih seperti yang aku request.

KERUSI SAMPAN


Kerusi sampan juga aku minta untuk tambahan atas sebab nenek en. Tunang sakit kaki dan tak boleh bersila/bersimpuh duduk bawah.
Orang tua pun kita kena consider juga.
Ada juga yang tak berkenan aku duduk atas kerusi sebab tak elok katanya berada terlalu tinggi berbanding tetamu yang lebih tua.
Namun aku harap mereka faham sebab kenapa aku perlu duduk atas kerusi.
Dan lagipun pada mula2 aku turun tangga untuk acara sarung cincin, aku tak terus duduk atas kerusi, tapi duduk bersimpuh dulu di atas lapik yang diletakkan atas panel pelamin. =)

Aku memang nak pelamin yang simple & sweet untuk majlis tunang, dan abg Hizam & Co. dapat buat seperti yang aku mahu. 
Ramai juga yang memuji pelamin cantik dan mereka sangka aku berhabis banyak untuk pelamin, walau sebenarnya TAK langsung! =)
Cumanya kalau ada karpet untuk cover panel warna grey tu, mungkin akan jadi lebih cantik.

TIPS MEMILIH PELAMIN 


Sedikit tips mengenai pelamin tunang/nikah/reception mengikut pendapat aku:

  1. GO SIMPLE - siapa tak mahu pelamin indah dan cantik? Namun jika terlalu sarat, pelamin akan nampak terlalu menonjol, dan pengantin akan kelihatan tenggelam. Apa yang mahu ditekankan pada majlis perkahwinan? PENGANTIN bukan? Anda tentu mahu diri anda dipuji cantik, bukannya pelamin! Jadi cari yang simple.

  2. WARNA PASTEL UNTUK BASE PELAMIN
    - warna base pelamin jika boleh cari warna2 pastel, warna2 yang lembut, barulah tampak eksklusif seperti putih, cream atau kuning air. Warna2 garang hanya akan kelihatan ketinggalan zaman lebih2 lagi dalam gambar. Warna2 garang boleh diaplikasikan kepada dekorasi pelamin seperti bunga, bunga telur dan hiasan lain.

  3. PANEL PELAMIN
    - satu panel sudah memadai memandangkan ramai yang ingin bergambar di atas pelamin. Kalau guna panel yang bertingkat2 dikhuatiri ada pula yang terjatuh nanti.

  4. ??

KOS PELAMIN


Nak tahu berapa aku invest untuk pelamin tunang yang cantik ini?
Cost untuk pelamin RM400 sahaja.
Tambah kerusi sampan RM100.
Total cost = RM500.

Ok guys. Selamat memilih pelamin untuk hari bahagia anda.
=))

Vendor pelamin:
abg. Hizam (Banting) 
013-6908385

p/s: Jom baca post mortem tentang mini pelamin di SINI.

Thursday, November 24, 2011

I'VE BEEN BLOGGING FOR ONE YEAR!


Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya blog ni.
Rasa macam BARU SAHAJA BERMULA semalam ...
Happy 1st anniversary to my ALYA SYAQIERA blog!! =D







Monday, November 21, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN ALYA & NAJIB 20.11.2011


Dah tak ada gelaran en. bf lagi.
Kenapa? 
Sebab en. bf dah tukar kepada en. tunang lah.
Bertukar!! Hihi..
Alhamdulillah majlis pertunangan 20.11.2011 berjalan seperti yang dirancang.
Walaupun hujan, tapi tetamu tak putus datang sampai petang.
Terima kasih kepada yang sudi dan sempat hadir meraikan dan berkongsi gembira bersama.
Appreciate a lot!
Harap hari semalam panas macam hari Sabtu, tapi bila petang hujan juga.


Overall, majlis berjalan seperti yang diharapkan. 
Cumanya, lebih elok kalau ada seseorang yang bertindak sebagai emcee supaya majlis lebih lancar, yang dapat memberi arahan step by step yang perlu dilakukan.
Aku pun lepas turun dari tangga, sarung cincin, lepas tu tak tahu nak buat apa.
Haha. Segan pula rasa.


  • Antara tetamu yang hadir memuji masakan catering yang mak aku tempah dari Kg. Pandan (jauh tu tempah dari Kg. Pandan!!). List menu boleh refer SINI.
  • Dress tunang aku juga ramai yang puji cantik. Thank you guests. Nasib baik 'elok' ya selepas di alter 2, 3 kali oleh tailor. Nak baca lagi tentang baju tunang boleh klik SINI.
  • Mini pelamin turut mendapat pujian. Risau juga aku kalau tetamu anggap over. Klik SINI untuk view mini pelamin. Cantik sangat ke?? =P
  • Barang2 hantaran pula elok terletak atas karpet putih yang mak aku cari last minit.
  • Photographer pula diganti oleh Akmal & Faiz, kawan kepada Aiman Amir the official photographer sebab dia pergi Pangkor bekerja tak sempat balik. So aku jadi sedikit kaku tak tahu pose tiba2, sambil ada saudara mara yang menjeling manja, aku jadi segan. Sampai en. tunang pun tanya, 



    "Diorang tu ok ke? Pandang semacam je?"


    Aku, no komen. =P

Malang pula en. tunang, mata dia sepet sebelah sebab semut masuk masa tidur malam sebelum hari tunang.
Tapi tak nampak sangatlah. 
Cuma matanya nampak kemerahan sikit.
Aku pula 1st day period, jadi muka agak sedikit lesu dan tak lalu senyum.
Sempat juga telan sebiji panadol menstrual, tapi kemudian bila petang, sakit perut datang semula.
Sabar jelah kan.


pink& peach E-day poster by Fastprint Malaysia




Special thanks to:

  • my mom, papa, neneq, adik-amy, chapiey, uyie, meen yang banyak tolong kemas rumah, tolong buat hantaran, prepare sana prepare sini, dan banyak bersama susah senang. 
  • jiran2 terdekat especially Tuan Haji yang jadi wakil belah perempuan dan  banyak bagi nasihat. Uncle Halmar thanks untuk kek!
  • thanks to photog-faiz & akmal, tak lupa aiman amir yang sponsor untuk photography
  • thanks to my make-up artist, kak farina untuk make-up yang manis itu.
  • tq kepada abg hizam & abg hisham untuk pelamin yang cantik dan sweet, & sponsor accessories bunga tangan, rantai & cucuk sanggul tu.
  • thanks Daus untuk khemah yang cantik dan murah itu. Next time nak sewa lagi. =)
  • Terima kasih juga buat saudara-mara yang datang-paklong, maklong, paklang, maklang, makteh, maksu, paksu & sepupu2
  • teman serumah-yanie & syu yang datang awal tu..
  • kawan2 UPM-cik non, kak izah, kak as, abg warid, abg din
  • kawan2 sekolah-yus, dila & tunang, eha, abol
  • kawan semodel-ayu, niz, kak farah-walaupun terlambat sikit tapi sampai juga
  • kawan2 meen yang datang tolong angkat kerusi meja & susun


Dan semualah yang datang & membantu secara langsung dan tak langsung. Kalau ada yang terlupa sebut, silalah tegur. Takut terlupa. Terima kasih daun keladi. Jangan lupa nanti wedding day datang lagi. Bak kata mak aku, "datang lagi, jangan serik ye" =D


aku cuma mahu kelihatan seperti seorang puteri di hari pertunangan.. =PP

Dan lagi satu, tarikh 20 November adalah hari birthday adik aku, lelaki nombor dua. Malamnya kami nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia ramai2. Kebetulan uncle Halmar jiran sebelah rumah bagi kek. So bila dah habis nyanyi, kami pun buka kotak kek. Tengok tulisan atas kek, "Selamat Bertunang" hehehhehe.. Tapi kira untunglah kan. Ada juga kek. =P


inilah kek coklat Secret Recipe from uncle Halmar! thanks uncle & family! =)


ENGAGED. Good bye life, hello wife! =P


P/S: Jangan lupa terjah POST MORTEM majlis tunang ni. Apa yang lebih, apa yang kurang. Jom sekarang!!

Sunday, November 20, 2011

THANK YOU TEACHER FOR EVERYTHING




Thank you teacher for everything! 
We tried our best and teacher gives us the very best n wasted so much time helping us :) we owe teacher alot! 
Thank God for giving teacher, if not we won't even get a single marks fr our projects and we won't even know a single thing about ict.. 
thanks teacher ure the best !! :)


-Ivan Simm, 5A7-
20.11.2011




it was posted in our class group on facebook . =D

with love,
Alya Syaqiera

Saturday, November 19, 2011

TINGGAL 1 HARI JE LAGI???



Badan letih, mata penat, tapi masih belum boleh tidur.
Persiapan boleh dikatakan 75% siap.
Hantaran masih ada satu dua bekas yang belum siap dihias dan barang belum sempat beli.
Dan tinggal satu hari lagi??
Masih tak percaya aku bakal bertunang.
Betulkah?
Terasa diri masih muda.


Semalam (merujuk kepada hari Khamis, 17 Nov 2011), 
aku bercuti sakit sebab muntah2 dan cirit-birit.
Langsung satu  persiapan apa2 tak dapat dibuat.
Angan2 nak siapkan kerja sekolah juga, hampa.
Salah makan agaknya di tempat aku mengawas SPM.
Manja betul perut ni.
Sejak dari kecil, kalau makan apa2, aku seorang yang akan kena food poisoning sampai berminggu-minggu juga ditahan di wad kanak2.
Orang lain yang makan benda yang sama, tak ada pula kena apa2.
Nasib akulah kan.
Bila aku bertanya kepada seorang rakan yang mengawas di tempat yang sama, katanya aku seorang saja yang kena.
Pelik juga. 
Entah apa yang aku telan.


Ermm.. update persiapan terkini boleh rujuk di CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERTUNANGAN.
Bakal bersambung...


Tuesday, November 15, 2011

5 HARI LAGI . . .


Hari ni fitting baju tunang buat kali ketiga.
Alhamdulillah. Pakai full outift.
Nampak macam ok saja dress harapan tu. =D
So, dah tak risau lagi pasal baju.


Kemudian, balik Klang, buat sikit decoration hantaran.
Badan dah penat.
Esok sambung megawas SPM lagi.


Gudnite! =)

20.11.2011


Mungkin sebab tarikh tu cantik sangat 20112011, banyak event terlepas untuk join.
Antara event yang berlangsung pada tarikh tersebut;


1)dipanggil interview untuk Pencarian Model Festival Pengantin Malaysia
2)casting Butik Mama
3)rehearsal fashion show Kerusi Hijau

Mungkin nampak macam tak penting bagi anda,
tapi perkara yang tak penting bagi anda, ia penting pula bagi orang lain.
But it's ok.
Since event aku lagi PENTING, aku lepaskan semua chance yang datang.
Aku harap ada lagi next chance untuk aku sebab peluang yang datang hanya sekali, tapi aku harap ia datang berkali2 untuk aku.


Nite!





Monday, November 14, 2011

Checklist Persiapan Majlis Pertunangan


*sila klik pada mana2 link yang highlighted untuk ke entry yang berkaitan

EVENT DETAILS

1. Date: 
20.11.2011 (Sunday)

2. Venue: 
Klang


3. Time: 
2.30p.m - 4.00p.m


4. Guest Count: 
130++ guests


5. Guest's list:
Saudara mara
Jiran terdekat
Kawan2 rapat

6. Color Theme & concept:
Baby pink + Peach
Fusion, modern+traditional



1-2 BULAN SEBELUM

1. Beli cincin tunang
with him from Poh Kong

2. Beli barang hantaran & decorations:
SOGO, METROJAYA, JUSCO, SEMUA HOUSE, NILAI 3, MYDIN etc.

3. Tempah Mini Pelamin & Decoration:
Sweet peach + pink + cream by Hizam Arifin, Banting

4. Beli baju family:
baby pink baju melayu+samping peach untuk adik lelaki from Jln Tar
baby pink kurung moden untuk adik perempuan from Maju Junction
kaftan pink belacan for mom from GM Klang

5. Invitations
Jemput keluarga, family, jiran & close friends untuk RSVP
invitation card? (perlu ke?) -tak sempat

6. Book Make-Up Artist:


7. Beli kain + tempah baju tunang
dress: pink+peach


8. Accessories 
rantai, bunga tangan, cucuk sanggul sponsored by Hizam Ariffin
veil+scarf+shawl from Semua House, KL

9. Kasut tunang:
Pastel dusty pink color, bought from Summit

10.Deco hantaran:
Bilangan hantaran:11 berbalas 13
for HIM: pink+peach color - DIY exclusive by my mom & me =)
for HER: maroon+silver color - did by his uncle


11.Tempah Catering
 by Mak Iti Catering Kg. Pandan (013-6154482) incharge by mom
 for 130++ pax yg RSVP

12.Tempah khemah+kerusi+meja:
 2 buah khemah, fuchsia pink+cream by Daus, Klang incharge by mom

13.Book Photographer:
 Aiman Amir & Co. -  photog replaced by Akmal & Faiz



DUA MINGGU SEBELUM

1. Facial 
 by Ree's Skin, Bandar Baru Klang

*facial mesti buat dua minggu sebelum event sebab bagi kulit heal selepas rawatan. Jika facial dibuat beberapa hari sebelum event, akibatnya make-up tidak melekat pada kulit & nampak tak blend cantik

2. Beli barang2 GOODIES:
 potpourri in hearts glass casing sponsored by Ayu
 candy/chocs - beli sikit buat tambah
 scallop tag untuk goody bag by Fastprint Malaysia
 kerepek sponsored by papa


3. Cari wakil jurucakap belah perempuan/ pembaca doa
 Pak Haji my jiran merangkap ketua taman



SEMINGGU SEBELUM

1. Threading
 by Komala Bridal, Klang (DONE)

*untuk buang bulu pada kulit muka supaya make-up dapat melekat cantik


2. Tempah Easel/art stand & poster:
 by Fastprint Malaysia, pink+peach
 tempah simple frame

3. Kemas /hias bilik
 decorations
 cadar -guna apa yang ada

4. Contact lens
 Pink color sparklers series from Freshkon


*Pastikan warna contact lens sesuai dengan outfit (namun tak perlu sama sangat dengan warna baju! I chose pink color from Freshkon cz the color looks natural on my dark eyes)



2-3 HARI SEBELUM

1. Facial/body treatment
 pedicure & manicure by Nail Parlor, Klang
 cuci gigi - tak sempat, klinik tutup. so DIY
 spa/sauna lulur DIY
 collagen mask DIY




p/s: Please drop ur e-mail on the comment box to get a softcopy of this checklist. Thank you.


Last Updated On : 20/11/2011

6 HARI LAGI . . .



FRESH FLOWER vs ARTIFICIAL FLOWER


Sangat busy dari petang Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas.
Banyak perubahan dah berlaku.
Sejak dress tunang yang diimpikan macam tak jadi je macam dalam entry IMPIAN UNTUK KELIHATAN SEPERTI SEORANG PUTERI, PUNAH, aku pun tukar plan untuk hantaran.
Idea awal nak deco guna fresh flowers since dah dapat harga murah dan hantaran hanya sekali ini saja bagi masa bertunang.
Tapi bila fikir balik, lebih baik berjimat.
Lagipun mak aku memang dah banyak pengalaman buat hantaran.
Dan satu quote dari mak yang menyebabkan aku tukar fikiran dari guna fresh flowers kepada artificial flowers adalah

"Orang nak tengok barang, bukan nak tengok hiasan hantaran"


Mak aku memang dari awal tak setuju buat pakai fresh flowers sebab mahal katanya.
Tak apalah.
Guna artificial flowers pun ok apa. =)


GUBAHAN HANTARAN


Hantaran masih lagi dalam proses mereka dan meletak.
Aku buat berdua saja dengan mak.
Sabtu dan Ahad lepas kami bekerja keras cari bahan2 untuk decorate hantaran.
Mak pula bersungguh-sungguh untuk mereka-bentuk letak hantaran.
Aku hanya pandai tolong sikit2 saja sebab aku kurang kreatif berbanding mak.


FAMILY'S OUTFIT


Baju untuk family juga dah siap beli.
Baju Melayu siap samping songket untuk adik2 lelaki.
Kurung moden baby pink untuk adik2 perempuan.
Mak pula, sehelai kaftan.
Rancang untuk pakai sedondon serba pink satu family.
Harap gambar jadi cantik. =)


TUDUNG TUNANG


Merujuk kembali entry FITTING BAJU TUNANG tempoh hari di mana aku beli tudung Ariani untuk dipadankan dengan baju tunang. Tapi, mak aku tak suka & kata tak sesuai aku pakai baju dress tu dengan tudung awning Ariani tu. So, tadi sekali lagi ke Semua House cari scarf manik & shawl warna peach untuk menggantikannya. Memang aku suka & nampak sesuai dengan muka aku.


Beberapa hari kebelakangan ni memang dipenuhi aktiviti persiapan untuk majlis nanti.
Doakan semua berjalan lancar ya.
=D



Saturday, November 12, 2011

IMPIAN UNTUK KELIHATAN SEPERTI SEORANG PUTERI, PUNAH.


Panjang benar tajuk! Wahh tinggal 1 minggu 1 hari sahaja lagi before our Engagement Day.


Hey readers.


Ingat tak apa yang jadi dalam entry FITTING BAJU TUNANG tempoh hari?
Semalam pada tarikh keramat 11.11.11 dimana semua orang sibuk berasa gembira nikah dan buat majlis wedding, aku pula sedih bila try fitting baju tunang sekali lagi.
Punah harapan sebab bajunya masih sendat-mendat di bahagian dada.
Sedih sangat!!

Part paling penting untuk majlis, macam hampir ruin saja?
Aku rasa tailor tu memang kurang arif buat dress, tapi lebih kepada baju kebaya dan kurung moden.
Tapi masalahnya dia kata dia tahu buat!
Kain aku rosak macam tu sajalah nampaknya.
Aku pula dah bayar habis.
Macam mana ye? 
Any idea?
Sangat2 sedih.
Kalau terbesar tak apa boleh kecilkan.
Kalau dah kecil, macam mana nak besarkan??


Ada dua pilihan sekarang, since baju tu macam dah tak boleh pakai, hopeless.


1. Beli baju tunang baru yang lebih simple, sebab dah spend banyak juga untuk beli kain dan tempah baju yang sendat tu!

2. Kedua, sewa di butik pengantin di tempat aku sewa pelamin. 

Tak tahu lah mana satu nak buat sekarang.
Yang penting, aku akan hantar baju tu untuk alter.
Tengok dulu nanti hasilnya macam mana.


Dalam hati berkata, impian untuk kelihatan seperti seorang puteri di hari pertunangan, punah.
Apalah nasibku. =(

Thursday, November 10, 2011

MAJLIS PERPISAHAN MURID TINGKATAN 5


Tadi berlangsungnya majlis perpisahan murid ting. 5 sebelum peperiksaan SPM bermula.
Disertakan sekali penyampaian anugerah kokurikulum kepada murid, sijil kehadiran penuh dan sebagainya. 
Ada juga ucapan murid wakil setiap kelas.
Dengan bangganya wakil2 setiap kelas tampil ke rostrum dan berucap.
Bukan selalu mereka dapat chance  macam ni.
Dan bila tiba giliran kelas 5A7, Punethan, seorang pelajar yang memang selalu bersemangat tampil mengungkap bicaranya.
Nama guru pertama yang keluar dari mulut dia, nama Cik Alya.
Tak sangka aku jadi guru favourite dia. ha ha.
Akhir sekali, bersalam-salaman antara murid dan guru.
Diiringi sekali esak tangis para murid yang minta maaf dan dihalalkan semua pengajaran.
Aku doakan yang baik2 untuk mereka.
Guru mana yang tak mahu lihat muridnya berjaya dan menjadi insan yang berguna satu hari nanti. 
Walau hanya boleh menatap dari jauh sahaja ketika itu, namun berharap jauh di sudut hati mereka masih ingat kepada bekas guru2.
Rasa lega bila usaha kita dihargai, walau dengan sepatah ucap 
TERIMA KASIH, CIKGU.
=)


GOOD LUCK STUDENTS IN SPM 2011!

CINCIN TUNANG PALING STYLISH 2011



Hai all. 
Jom bincang pasal cincin tunang sekarang!!


Cincin apa yang style & hot pada tahun 2011? 


Sebelum tu, ada enam jenis style cincin tunang. Antaranya:


1. Colorful Gems yang tidak tertumpu hanya warna jernih diamond biasa, tapi lebih kepada batu permata yang berwarna-warni seperti beryl, sapphire, dan ruby. Kalau cincin batu warna pink cantik tak? hihi


pic from diamondsdesigners.com




2. Diamonds All Around di mana batu cincin dikelilingi berlian. Trick-nya disini ialah, berlian akan kelihatan bersinar2 dan batu di tengah2 akan tampak lebih besar.


pic from weddingfashioning.com




3. Intricately Raised Settings iaitu susunan batu tengah yang direka sedikit timbul menyerlahkan lagi kecantikan batu tersebut.


pic from Natalie K





4. Twisted Bands dengan sedikit rekaan swing pada cincin. 

pic from engagementring-s.blogspot.com





5. Vintage Glamour 

pic from www.engagementrings4you.com





6. Eco-friendly Rings dengan gaya berlian yang simple dan recycled gold.

pic from Imbue You I Do





Dan cincin tunang paling stylish 2011 ialah 

  1. Traditional Diamond Solitaire, popular turun temurun di mana sebiji berlian dipasang pada metal cincin
  2. Vintage Diamond
  3. Twisted band rings
  4. Blue sapphire rings made popular by Prince William & Kate Middleton Engagement.
  5. and popular gems color 2011 is chocolate.

Kate Middleton's blue sapphire rings
pic from hilaryshepherd.com



Ringkasnya, cincin tunang paling stylish 2011 adalah cincin dengan batu berwarna dan vintage. =)


Engagement rings by other websites:


p/s: Cincin tunang aku? Boleh klik SINI untuk tengok (lebih kurangla). Biasa sahaja. Tak ada dalam senarai pun. Hihi


SOURCE OF REFERENCE : The KnotThe Beauty Bridal

DIA YANG TELAH PERGI . . .





Terkilan rasa hati, bila mengenangkan begitu berat dugaan yang dilalui oleh en. Bf.
Khabar sms yang aku terima seawal pukul 2 pagi tadi, memang mengejutkan aku dari tidur.


"Pakcik I dah meninggal"

Aku pergi kerja dengan perasaan tak tenteram.
Ajak mak aku temankan ke rumah mak en. Bf di mana jenazah ada di sana.
Dalam pukul 1 p.m kami sampai.
Tapi, jenazah dah di kebumikan seawal 10 pagi tadi.

En. Bf tiada.
Berkursus di Pulau Pangkor.
Tak sempat menatap wajah pakciknya di saat akhir, kerana perjalanan pulang yang masih jauh.
Bayangkan perasaan dia, anak saudara yang boleh dikatakan agak rapat dengan pakciknya.
Tugas dia hampir saban minggu menghantar dan menjemput pakciknya dari hospital.
Banyak kali juga disebut2, dia membesar dengan pakciknya.

Bangun pagi, muka itu yang ditatap.Mahu tidur, muka itu yang ditatap.Menonton tv, muka itu yang ditatap.Masa makan, muka itu jugalah yang ditatap.
Tak dapat bayangkan kalau aku di tempat dia, bolehkah aku jadi kuat untuk menerima berita pemergiannya.
Aku juga terkilan & rasa bersalah bila ada sekali dua terdetik rasa cemburu terhadap pakciknya yang dirasakan lebih diberi perhatian daripada diri aku.
Tapi hari ini, dia dah pergi...
Semoga arwah sentiasa ditempatkan bersama dengan orang2 mukmin yang beriman. Aminn..


Al-Fatihah.....






To share a few ADAB MENZIARAHI JENAZAH



  1. Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan:

    "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

  2. Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud

    "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

  3. Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  4. Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
SUMBER:  Adab Menziarah/Mengurus Jenazah
oleh Uztaz Lukman Afandi
Pegawai Pendidikan Agama MUIS

Readings from others:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...