Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, January 23, 2012

MASAK ATAU MAKAN DI LUAR?


Hey all readers. Bagaimana dengan cuti CNY? Pastikan diisi dengan banyak perkara yang seronok bersama ahli keluarga.

Masak sendiri atau makan di luar? Mana satu pilihan anda?

Siapa tak suka makan di luar kan? Banyak betul pilihan juadah yang enak2. Nak memasak sebegitu rupa kirim salamlah kan. Haha. Bagi aku pula, aku lebih suka masak sendiri di rumah (even untuk makan seorang) walaupun tak sesedap makan di luar. 

Sejak aku di zaman U lagi, aku duduk di single room. Dan setiap hari aku akan masak. Aku beli multicooker dengan wang biasiswa KPM. Rice cooker pula adalah pemberian daripada mak aku yang aku gunakan sampai sekarang di rumah sewa. Aku bertuah sebab bestie aku ketika itu, Heliza, ada peti ais empat segi yang saiz kecil tu. Jadi tak ada masalah kalau aku nak menumpang barang basah sehari dua dalam  ice box dia.. hihi.. Dan bila orang dah berbudi, kenalah pandai2 berbahasa. Setiap kali aku masak, aku akan sedekah sikit lauk kepada dia atau ajak dia makan bersama. Atau ada juga kami bertukar2 juadah. Sweetnya masa tu. =) 

Bilik aku ketika itu lengkap dengan barang dapur kering seperti gula, garam, tepung, beras, ikan bilis dll. Barang2 untuk memasak juga ada seperti minyak masak. Tak ada masalah untuk aku memasak kerana bilik aku berhampiran dengan bilik mandi. Membeli barang dapur juga mudah kerana selepas kuliah aku akan ke flat ikan Sri Serdang membeli barang dapur. Masakan yang aku masak pula bergantung kepada keinginan dan tahap kerajinan nak masak. Paling ringan aku goreng telur dadar. Paling heavy mungkin sambal sotong? Ahaha.. zaman student, cukuplah yang simple untuk makan sendiri. Bohonglah kalau aku tak makan di cafe kolej. Ya, memang ada. Kalau teringin nak makan char kuew tiaw, roti canai, atau burger special, ke cafe lah aku tuju.

Jadinya bila ada soalan yang bertanya,

"Kenapa taknak makan di luar?"

aku rasa memang aku perlu clarify tentang perkara ini. Anda juga sepatutnya dah tahu apa kelebihan masak sendiri berbanding makan di luar.

Kenapa aku suka memasak berbanding makan di luar?

1. JIMAT DUIT+FUEL+MASA

Obviously masak sendiri adalah sangat jimat dan murah. Ambil kalkulator dan kira berapa RM anda habis untuk makan dalam sehari. Breakfast+ lunch+ teatime+ dinner? Kemudian kalikan dengan sebulan. Jumlah?

Contoh 1: makan dada ayam (untuk seorang makan)

Masak di rumah: Beli dada ayam mentah dalam RM5.00 per pack, boleh makan dalam 4 kali. 

Makan di luar: Beli dada ayam goreng di luar seketul dalam RM2-2.50 (range price KL). Dengan RM5.00 hanya boleh dapat dua ketul ayam, boleh makan 2 kali sahaja.

Contoh 2: makan nasi (untuk seorang makan)

Masak di rumah: Beli sekampit beras let say 10kg dalam RM30++ boleh tahan dalam dua ke tiga bulan. Meaning RM10.00 sebulan untuk beras.

Makan di luar: Harga nasi satu polistrin dalam RM1.00-1.50. Dalam sehari makan paling sikit dua kali lah. So untuk nasi je dah RM3.00 sehari. RM3.00 kali 30 hari dalam sebulan=RM90.00?? Wah boleh dapat 3 kampit beras 10kg dengan price RM90!

Selain jimat duit, makan di rumah juga menjimatkan duit minyak kereta dan jimat masa travel & menunggu makanan. Bila dah jimat, hujung minggu bolehlah pergi berdating go for a movie, makan di restaurant yang mahal & shopping! hihi..

2. MALAS KELUAR RUMAH. 

Aku paling malas kalau dah balik rumah, especially lepas balik kerja tengahari, kemudian malam nak keluar cari makan. A big NO NO for me! Hari minggu pula hari untuk bermalas-malasan (lebih2 lagi kalau tak ada plan untuk keluar), memang masalah bagi aku yang cepat lapar ni kalau setiap kali nak makan kena keluar rumah, start enjin untuk cari makan. Paling kurang 3 kali kena keluar rumah kalau nak makan diluar   (for breakfast+ lunch+ dinner). Aku memang malas nak keluar rumah berkali2 hanya untuk itu. Lebih baik aku masak sendiri. =)

3. SIHAT.

Masak sendiri di rumah lebih sihat sebab kita yang kawal apa yang kita masak. Kalau makan luar memang sedap. Nak tahu kenapa? Sebab mereka taburkan begitu banyak Ajinomoto iaitu MSG penambah rasa supaya makanan jadi sedap. Pernah tak makan di luar, dish yang nampak sangat simple, macam tak cukup bahan tapi rasanya sedap sangat! Lepas tu pening kepala dek kerana Ajinomoto yang berlebihan. Selain tu, dengan masak di rumah, kita boleh kawal tahap kebersihan semasa penyediaan makanan. Bila makan di luar, kita takkan terjah tengok dapur dia macam mana kan? Haa..

4. DIET.

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang yang bekerja memang tak sempat nak masak. Untuk itu, ramai yang cenderung untuk makan fast food. Kita banyak disogokkan dengan iklan2 fast food yang katanya makanan tu berkhasiat bla bla. Tapi tak pun sebenarnya. Nak makan boleh. Tapi jangan selalu. & sesiapa yang nak berdiet tu, tolonglah jangan berdiet dengan tak ambil nasi, tapi ganti dengan fast food. Adoii.. Lagilah tak boleh berdiet korang kalau macam tu. Penyakit pula yang datang nanti. Jangan tak tahu pula, aku paling suka Creamy Carbonara from Pizza Hut. Tapi cukuplah kalau makan sekali dua dalam sebulan di hujung minggu bersama yang tersayang. Gassy drinks pula tukarkan kepada fruit juice. =)

Mango tango at pizza hut. =)
5. JAGA PERUT SENSITIF.

Perut aku sangat nipis dan sensitif. Aku tak boleh makan sebarangan. Pantang salah makan sikit, dengan pantasnya perut aku akan memulas dan mulalah muntah2 dan cirit-birit. Kalau dah kena, memang badan aku sangat flat nanti. Pernah aku makan di Nando's dulu, balik rumah terus sakit perut dan muntah2. Orang lain yang makan bersama aku tak ada apa2 pula. Itulah kali pertama dan terakhir aku ke Nando's. Sila jangan ajak aku makan Nando's, memang aku tak nak. Pernah juga perut aku sensitif kepada air kacang soya, setiap kali minum terus muntah. Tapi sekarang dah ok. =) So aku sangatlah perlu berhati-hati kalau nak memilih kedai makan di luar.

6. STATUS HALAL.

Kalau masak sendiri, kita pasti yakin bahan2 yang kita pilih dan beli di pasar  itu adalah halal. Namun jika makan di luar, status halal itu kadangkala diragui lebih2 lagi jika kedai makan yang ada tanda halal, namun tukang masaknya dalam kalangan warga Nepal atau Bangladesh. Sijil halal juga banyak yang palsu dan tidak diiktiraf, malah ada juga premis yang mengaburi mata pengguna dengan melekatkan sijil halal penyembelihan ayam, bukan sijil halal penjualan makanan. Tak kurang juga yang menambah alkohol, ham dan pork dalam makanan, namun mendakwa mereka menjual makanan halal.

7. MENGERATKAN HUBUNGAN.

Masak bersama dan makan di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pada ketika itulah banyak perkara boleh dibincangkan bersama kerana pada waktu lain kita sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Sebab itu kita boleh lihat perbezaan mereka yang masak dan makan bersama di rumah adalah lebih rapat antara satu sama lain, berbanding makan berasingan.

8. PRACTICE MAKES PERFECT!

Kepada gadis2, masak sendiri di rumah adalah satu2nya cara untuk anda berlatih memasak sebelum anda berkahwin. Tiada istilah tak tahu memasak di zaman ini, melainkan sikap malas! Walaupun anda si gadis bujang, tidak bermakna setiap kali waktu makan anda perlu beli makanan bungkus. Resipi2 boleh dimuaturun dari internet. Jika tidak tahu boleh bertanya kepada ibu atau orang yang lebih tua. Setiap hari masaklah masakan yang berbeza. Jika setiap hari kita memasak, tak mustahil kita akan jadi cekap. Yang paling penting adalah rajin memasak! Tentu beruntung si suami yang memiliki isteri yang rajin memasak untuknya. Percayalah dia akan lebih sayang anda kerana setiap hari makan masakan dari air tangan anda. Ayuh praktis sekarang!

Kesimpulannya, tak salah makan di luar. Pilihan di tangan anda. Tapi kalau boleh kurangkan makan di luar untuk menjaga kesihatan. Kerap sangat masak di rumah juga kadang2 memenatkan dan boleh mengundang bosan. Jadi bolehlah pergi makan di luar pula. =)

p/s: Kadang2 aku ada juga 'hari malas memasak'. Jadi aku akan masak maggi. Masak juga kan. Oke lettew.. huhu

Read others:
with love,
Alya Syaqiera 

2 comments:

  1. rajin ye alya masak~
    kite dekat kolej pun kadang2 masak. kadang2 x.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhiera, xdela rajin mana pun. tp sebab lapar nk mkn n mls kluar, so kne la masak gak.. ahhaha

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...