Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT DATANG 2012


Happy new year 2012 kawan & silent readers sekalian!

Berlalunya tahun 2011 sebentar tadi. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 sampai ada juga yang terlupa. Haha.. Tapi ini antaranya:

JANUARI 2011


Aku bertukar sesi kerja dari petang ke pagi. Memang sangat awkward rasanya berseorangan sebab sesi petang ramai kawan2 anak dara. Blok2 sekolah pun masih tak familiar sebab dah biasa kerja sesi petang. Ramai juga yang bagi kata-kata semangat. Dan bila dapat mengajar subjek Pend. Seni, sangat stress rasanya. Hadoii.. Aku turut berpindah rumah, menyewa dengan seorang rakan kerja. Dan dari situ, aku kenal dia yang takut lipas! Haha...

Aktiviti photoshoot (as a hobby) dan menyertai contest LIKE Facebook sana sini masih diteruskan. Sampaikan FB kena block sebab spam link suruh orang LIKE gambar! Haha amekkau! Tapi masa ni lah boleh kenal mana kawan yang sanggup tolong kawan dia hanya dengan sekali klik. Aku ada hantar gambar untuk PENCARIAN MODEL HABIBI || PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER. Tapi kena tipu, sebab sampai sekarang tak ada respons daripada organizer. Ada juga satu event photoshoot  Chinese New Year aku tak dapat join di saat akhir sebab tak jumpa baju cheongsam. Bila dah tarik diri baru jumpa banyak sangat cheongsam di Sunway Pyramid. Namun kemudian, aku beli juga sehelai blouse ala2 cheongsam dan berphotoshoot dengan photographer lain pula untuk menebus shoot yang sebelumnya. Dan penghujung Januari 2011 sangat sibuk buat persiapan untuk organize event photoshoot sendiri.

FEBRUARI 2011


Awal Februari aku mulakan dengan organize satu event photoshoot bersama rakan talent, Ayu - Outing Vampire Muslimah. Banyak juga respons negatif yang diterima, dan rata2 photographer skeptikal dengan tema yang kami cuba bawakan. Cerita hantu di Malaysia juga banyak memaparkan hantu bertudung, jadi mengapa pula vampire bertudung tak boleh? =P

Dan bermulanya bulan Februari, aku perlu melatih pelajar kelab hoki di sekolah bergilir-gilir dengan guru penasihat lain hampir setiap minggu. Masalahnya guru tak terlatih main hoki, bagaimana halnya nak melatih pelajar? Mujur aku belajar serba sedikit dengan ketua guru penasihat. Dan ouh, sukan memang tak sesuai untuk aku.

MAC 2011


Mac masih diteruskan dengan aktiviti shooting suka-suka sebab ada cuti pertengahan penggal. Meneruskan tugas sebagai emcee untuk Program Maulidurrasul sekolah, walaupun aku rasa diri tak layak. =p


JUN 2011

Menyertai contest LIKE facebook lagi, Pencarian Gadis Warisan by Warisan Chanteq.


OGOS 2011

Menyambut raya secara sederhana. Pic family pun tak sempat nak ambik! Banyak pic muka sendiri saja.


SEPTEMBER 2011

Menyambut hari raya dengan riang gembira. Mana taknya, dirisik oleh insan yang tersayang.. hihi

Aku sertai Pencarian Duta Krulmatric 2011.

Cermin kereta pecah.

Photoshoot studio dengan team Mediakreatif memang sangat happening! Seronok sangat walaupun tengah demam.

Join photoshoot by Rina Salleh Collection. Dapat juga bertemu dengn Rina Salleh. Tapi gambar tak dapat. Sedih. =(

Sempat vacation ke Penang. Aktiviti sambilan menghantar adik ke UITM Merbok. =)

OKTOBER 2011

Pengumuman pemenang pencarian Model Dlia Jane Collection berlangsung di Old Town Coffee Bangsar South. Sudah semestinya bukan aku pemenangnya. Masih belum ada rezeki yang menyebelahi. Tahniah kepada semua rakan2 seperjuangan yang menang.


Aktiviti di sekolah adalah membawa budak2 selepas PMR pergi melawat ke Planetarium & Muzium Negara. Aku pula yang terlebih excited! hehe

Terus busy untuk preparation bertunang nanti. Banyak membaca blog dan juga view macam2 website untuk cari idea.

NOVEMBER 2011

Sambutan Aidiladha disambut sederhana seperti tahun2 sebelumnya. Tak ada yang berbeza.

Aku masih terus lagi join contest LIKE FB. Kali ni dengan Butik Pengantin Sentuhan Nadhira.

Dalam kesibukan menjadi pengawas SPM di Maktab Tentera Diraja, bila dah jodoh.. begitulah.. Tanggal 20.11.2011, aku selamat bergelar tunangan orang. =)

Sempat juga terlibat dalam event Fashion Show Glam & Glitz by Kerusi Hijau di Maju Junction. Event ni berbentuk pertandingan. Dah nama pertandingan, so adalah fees untuk sertai. Semua baju aku pakai baju sendiri kecuali sehelai baju yang disponsor. Tapi paling sedih sebab tak dapat makan. =(


DISEMBER 2011


Terus mengawas SPM 2011. Di pertengahan bulan, result induksi keluar dan yay! Aku LULUS! hihi.. alhamdulillah...

Tiba2 keluar opsyen SBPA dalam perkhidmatan. Terpaksa ke sekolah dan pilih opsyen SBPA tersebut. Sign sajalah.

Baki cuti yang ada dihabiskan dengan menghadiri wedding kawan2 & untuk planning wedding sendiri pada tahun 2012 nanti inshaAllah. Masalah utama adalah dewan. Semua dewan kononnya full sebab risau akan digunakan untuk pilihanraya pada bulan Mei tahun depan. Hmm.. semoga 2012 nanti aku dapat cari dewan untuk wedding.



Semoga tahun baru dapat jadikan kita insan yang lebih baik dan cemerlang, beserta rahmat dan rezeki yang mencurah-curah daripada Allah untuk tahun ni. Ameen. =)

with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...