Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, February 3, 2012

Dekorasi Bilik Tidur Pengantin



Hey all pretty ladies.


Menghias bilik tidur pengantin adalah sesuatu kemestian yang perlu ada dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kebiasaanya, tetamu pasti tak lepas peluang untuk menjenguk bagaimana rupa bilik pengantin. Justeru, dekorasi bilik tidur pengantin juga perlu dititikberatkan.

Terdapat pelbagai konsep, tema dan warna yang boleh diaplikasikan. Konsep tradisional adalah kurang diterapkan dalam mendekorasi bilik pengantin kini. Konsep tradisional contohnya menggunakan set kain cadar dari kain tenun benang emas, kain hiasan dan sedikit bunga untuk tampak seri bilik. Namun, kini kain tenun benang emas tidak lagi menjadi pilihan berikutan banyak penawaran dengan konsep lebih segar, menarik dan moden. Konsep2 lain yang boleh diaplikasikan adalah seperti moden, elegan, English style, gaya Minang, klasik dll.


Panduan sebelum menghias bilik tidur pengantin

  1. Tentukan terlebih dulu warna tema bilik pengantin. 
  2. Pilih konsep bersesuaian sama ada mahu nampak elegan, ringkas, kemas, selesa atau klasik. 
  3. Pilih set bilik tidur yang bertepatan dengan tema. Pilihan ini penting sebelum memberi fokus pada hiasan langsir, latar belakang kelambu hiasan katik dan permaidani serta cadar.


Panduan menyiapkan bilik pengantin 


  1. Pilih cadar katil dari warna putih atau 'pastel'. 
  2. Elakkan dari memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit. 
  3. Elakkan dari meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh. Sediakan ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran. 
  4. Elak dari meletak jambangan bunga yang besar atas tilam. Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya. 
  5. Hias bilik dengan wangian lembut. Selain nampak cantik, wangi berupaya memberi suasana romantik kepada bilik pengantin. 
  6. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin, serta bekas potpouri. 
  7. Tabur cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin.

roses.. mangkuk cenggini leh dpt kat kedai 5 hengget.. so apa lagi. jom beli blah! =)
photo from hovelreadygarden.blogspot.com

REFERENCE: mykahwin.com.my: Hiasan Bilik Pengantin




with love,
Alya Syaqiera

4 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...