Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, February 10, 2012

MAJLIS KAHWIN DI RUMAH ATAU DEWAN?



Hai all.


Urghhh!! Sebenarnya sangat pening nak buat majlis resepsi di mana; rumah atau dewan? @_@ Kalau ikutkan memang aku nak buat di dewan. Deposit pun dah bayar.

Antara sebabnya (based on dewan yang aku booked):


  1. ruang dewan yang luas & beraircond- selesa bagi tetamu & pengantin tak adalah berpeluh2
  2. meja banyak, tetamu boleh lepak lama2
  3. dewan besar sesuai untuk letak banyak corner, DJ, & adakan persembahan
  4. majlis teratur dan kemas, dan sedikit formal which is memang aku suka
  5. red carpet
  6. pelamin gah atas stage
  7. nak tunjuk video kepada guest
  8. kurang penat untuk setup majlis dan kemas selepas majlis
  9. bajet sewa dewan & sewa kanopi lebih kurang sahaja (kadang2 sewa kanopi boleh jadi lebih mahal dari sewa dewan)
  10. Seluruh tetamu berpeluang melihat pengantin yang diraikan.
  11. Tidak perlu meminjam ruang atau laman jiran.
  12. ??



Tapi, oleh sebab jemputan macam tak ramai (padahal guests list pun belum siap lagi..hee..)tarikh resepsi yang aku pilih tu pula ada something di tempat kerja, dan memikirkan penat dan kelab kabut nikah malam, esoknya langsung, maka mak aku suruh buat di rumah dan tukar tarikh. ermm.. Mak aku memang dari awal insist me suruh buat di rumah saja!

Antara hujah beliau:


  1. majlis di rumah lebih happening berbanding di dewan, di mana semua tetamu perlu berprotokol dan bersopan
  2. tetamu dari jauh nak tengok rumah dan di mana kami tinggal
  3. tetamu boleh lepak2 dalam rumah, instead of pergi wedding di dewan kemudian balik, macam tak ada apa2
  4. majlis di rumah pun boleh pakai red carpet
  5. dewan tak cantik & tak ada parking (based on dewan yang dah booked)
  6. laman rumah yang luas, tak ada kereta lalu lalang
  7. environment rumah yang bersih dan cantik compared to dewan
  8. tak perlu tergesa-gesa nak mengemas segala benda selepas majlis selesai sebab tak ada time constraint compared to dewan sampai pukul 5 sahaja, lebih masa harap bayar!
  9. ??



Jadi sekarang semua perkara yang dah dibooked perlu tukar tarikh! Dan bila ditanya kepada MUA, photog & videog, catering, dan butik pengantin, mereka semua tak ada masalah dengan tarikh baru. Alhamdulillah... Tapi aku masih terbayang2 majlis di dewan. So bagaimana? 




SOURCE OF REFERENCE:
with love,
Alya Syaqiera 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...