Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, February 7, 2012

NOTA BUAT BAKAL RAJA SEHARI pt. 1 (dari perspektif seorang jurugambar)


Hey all..

Aku jumpa artikel ini, di post oleh seorang member dalam group Bride-to-be 2012, which is aku fikir sangat baik untuk dikongsi. Teks asal dicatat daripada pengalaman dan pandangan seorang wedding photographer. Jom baca. =)


1. Nak kahwin:


Survey apa yang perlu 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Book apa yg perlu 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan.


2. Pergi fitting baju : 


Pastikan ikut keselesaan dan kehendak anda. Pesan awal2 kepada vendor butik; tak perlu nak longgarkan baju sebab takut gemuk atau saiz lari menjelang hari perkahwinan.


3. Pelamin : 



Kalau boleh jangan banyak tiang2. Pilih yang luas sedikit, supaya muat semua saudara-mara 8 generasi tu nak masuk dalam gambar. Depan pelamin kalau boleh letak karpet, baru nampak lawa kan.



4. Warna Pelamin : 


Lagi banyak warna putih, lagi cantik. Janji ada putih pun ok. So, guest yg duduk belakang2 dan tengah makan tu akan nampak dengan jelas pelamin anda itu dari jauh.


i love simple, yet gorgeous to my eyes. heheh


5. Mak andam tolong suggest photographer: 



Boleh consider, tapi lebih baik cari sendiri, ikut kepuasan sendiri.


6. Katering atau rewang? : 


kalau rewang, makanan isi dalam bekas ini juga. =)

Better go for Katering, banyak belanja, tapi your family & saudara mara lebih enjoy & happening kalau tak kena buat banyak keja. Jadi gambar akan lebih banyak gelak, senyum tawa. Kuranglah sikit wajah2 stress mak ayah yang risau nasi dah habis ke, ais habis ke.

Tapi biasa kalau di kampungg yang buat rewang, rewanglah. Tiada masalah.


7. Karaoke??? :



Nak nampak best, upah band yang pro (jangan la band2 yang teruk pula, at least yang pernah orang suggest atau anda pernah tengok sendiri).

Nak nampak cool, pasang je MP3 lagu2 pilihan anda, lagu semua lebih sedap, telinga lebih selesa mendengar, tak semestinya lagu kahwin saja, yang penting lagu2 yang agak mild, & diselang-selikan denga lagu yang rancak sedikit, takut nanti ada pula yang mengantuk dengar lagu mild semua macam lullaby.
hehe

she's my ex-housemate. =)


Last choice: karaoke.. Kalau yang nyanyi sumbang, tahan je la telinga. Atau pun, kenalpasti dalam kalangan keluarga atau kawan2 rapat yang memang juara karaoke, suara boleh tahan, minta tolong dia nyanyikan satu dua buah lagu untuk majlis anda. =))


8. Nikah : 


Buat malam, selepas Isyak, sejuk sikit. Kalau pagi hari yang sama, pengantin akan lebih penat nanti, & maybe tertinggal beberapa perkara kecil yang penting. Kemudian, boleh ajak photographer pergi outdoor sekejap, 2-3 shoot bawah lampu.


9. Bersalam-salaman semasa & selepas nikah : 



Jangan salam laju2. Hold dulu tangan setiap tetamu yang sedang disalam, bagi photographer snap gambar. Baru hasil gambar jadi cantik nanti.


10. Nikah di Masjid atau Rumah? : 


Kalau rumah sempit, buatlah majlis nikah di masjid/surau berdekatan.


11. Guestbook : 



Bagus kalau ada. Tetamu yang datang boleh sign & bagi ucapan buat pengantin baru. Guestbook ni kalau ada, pengantin boleh simpan dan akan jadi kenangan sampai bila2.


poodle flower DIY guestbook by Alya Syaqiera

12. Kalau ada peluang, renovate lah rumah : 


Cat dengan warna yang cerah untuk nampakkan ruang yang luas, sedap mata memandang. Untuk langsir, gunakan kain yang berwarna cerah.


13. Sesi persalinan baju daerah : 


Tak payah la, kalau mak andam offer pun cakap je terima kasih. Sebabnya, akan menambah penat pengantin nanti + penulis rasa macam kelakar. Kalau nak shoot beberapa persalinan baju,  lebih baik buat di tempat lain & betul2 pilih persalinan yang mahu dipakai. Bukan seperti terpaksa pilih antara baju India, kemudian Jepun, kemudian Minang bla bla yg mcm zaman dulu2.


14. Bahan menepung tawar dah tersedia dalam bekas:


Sebelum keluar bersanding yang ada acara menepung tawar, pastikan bahan2 yang nak direnjis tu dah diisi dan tersedia di atas pelamin. Tanya kepada mak atau adik samada benda2 tu dah diisi atau belum. Ataupun ketika ini, pengapit boleh jalankan kerja dengan memeriksa bahan2 tersebut dalam bekas.


daun pandan+bunga kertas


15. Makan Beradap : 


Kalau boleh, pastikan ada tabir di belakang pengantin, jangan kosong, nampak pokok, rumah, longkang, kereta & etc di belakang. Gambar tak cantik nanti.


16. Pengapit : 



Ingatkan pengapit anda supaya membawa tisu, payung, kipas. Ingatkan 2 -3 kali pun tak mengapa, biar tak tertinggal daripada terpaksa kipas pakai tangan nanti.


......TO BE CONTINUED......


Pandangan daripada seorang jurugambar sebenarnya amat perlu dititikberatkan, sebab beliaulah yang bakal mencorakkan gambar2 yang akan anda jadikan kenangan sehingga ke hari tua nanti. Cross-check mana2 tips di atas yang anda fikir perlu diikuti. Jom kahwin! =))


||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Olahan semula: Alya Syaqiera
Photos: Own collection, photographed by Killabee

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||



p/s: Ikuti sambungannya, PART 2 di SINI!



with love,


       Alya Syaqiera

6 comments:

  1. so informative
    lia nk share leh...huhuh
    thank you..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh share, but mke sure u credit my blog ya.

      Delete
  2. saya pun nak share la boleh yer alya fm butik pengantin danial weddings

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja . but dont forget to credit my blog ya. =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...