Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, February 28, 2012

PRE-WEDDING PHOTO SHOOT & VIDEO SHOOT DONE!



Salam semua.


Quick update. Busy sangat sekarang. huhu..


Ahad lepas aku dan en. Tunang pergi shoot pre-wedding bersama team OP (official photographer) & OV (official videographer) untuk wedding kami di Putrajaya. Tumpuan lebih kepada video save the date, so photoshoot agak kurang gambar (banyak gambar candid sahaja). Lagipun aku memang tak sempat nak study pose before pergi shoot. Mana taknya dari minggu lepas aku sangat busy. Hari Sabtu pagi dengan Mesyuarat Agong PIBG lagi di tempat kerja, petang tu baru sibuk2 nak prepare untuk shoot esoknya beli baju dan props semua. 


Pada hari shoot pula aku bangun awal pagi sebab kena make-up sendiri kan. Tu pun aku apply light make-up sebab aku nak nampak natural sahaja. Tapi tak pasti hasil gambar dan videonya bagaimana..hmm teruja juga nak tengok. huhu.. Lagi OP & OV dah janji nak jumpa di Putrajaya pada pukul 8 pagi. Sebelum 8 pagi, aku dah terpacak di tempat yang dijanjikan. En. Tunang pula lambat sikit sampainya sebab ada lori terbalik?


Overall aku sangat puas hati dengan komitmen OP & OV semasa shoot. Memang nampak la kesungguhannya.. boleh dipuji. Clap! Hari memang panas. Alhamdulillah tak hujan. Kami sampai, mereka setup camera dan video dan semua equipment, dalam pukul 9 lebih macam tu dah mula photo shoot dan record video. Petang dah mula hujan rintik2 tapi sekejap2. Cukup masa kami dah habis shoot scene terakhir, hujan turun dengan lebat dan ketika itu kami dah selamat masuk ke dalam kereta untuk pulang.


Aku bawa 4 pasang persalinan untuk shoot in case nak guna. Ya, memang guna pun. En. Tunang pula aku pesan dia untuk bawa 2 persalinan, dia pun bawa 2 saja. So, dia banyak pakai baju yang sama semasa record video. huhu..


Dari segi video pula, taknak cerita banyak. Nanti outputnya anda boleh tonton ya!


Part yang paling kelakar dan terngiang-ngiang sampai sekarang adalah part interview. En. Tunang turn pertama. So dia pun mulalah berinteraksi dengan camera bercerita bagaimana pertemuan pertama kami dan sebagainya. Bukannya kami tak ada buat homework sebelum itu. Memang ada. Tapi ada beberapa perkara yang en. Tunang cakap bertentangan dengan fakta. Aku pun jadi sedih, dan aku pula yang cakap 'CUT!'. huhu.. Kemudia OV kata tak mengapa. Turn aku nanti biar aku betulkan semula mana yang bertentangan dengan fakta sebenar. 


Antaranya; en. Tunang kata first meet kami pada bulan 6 tahun 2010, padahal kami baru kenal ketika itu dan hanya berjumpa sebulan selepas itu. Kemudian katanya, semasa mula2 baru berkenalan, aku yang memberi nombor telefon kepadanya, padahal sebaliknya. Typical Malay man, memang tak akan ingat perkara seperti itu. Mungkin bagi mereka, perkara tu macam remeh je. hmm. Dan tiada dalam skrip yang kami dah draft sebelum tu, dia kata aku cemburu & agresif. Which is aku terkejut juga dia cakap macam tu. Tapi tak mengapa. Boleh cut. huhu. Bila turn aku pula, ada beberapa perkara aku terlupa nak cakap, dan aku tercakap yang en. Tunang tak handsome, tapi good looking, dan itu membuatkan dia terasa hati.. huhu.. tapi dah clarify pada dia dah lepas tercakap tu. lalalala~


Aku pesan kepada OV supaya cut mana2 scene yang agak negatif, tapi katanya itulah yang membuatkan video best. Kalau semuanya dirancang, jadi tak best pula nanti. Ok lah. Nanti sebelum video publish, akan preview dulu pada aku. Masa tu baru aku boleh tapis mana yang perlu. huhu


Till here. Will update the photo soon! =D


p/s: Nak tahu idea video dari mana? Klik SINI!


with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

  1. bestnya photoshoot & videoshoot prewed.. syaz mungkin x de..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihihi.. sambil record video smbil tu shoot. penat juga. tapi nak buat juga sbg kenangan.. =))

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...