Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, March 2, 2012

DAY 17 - PERGADUHAN PALING TERUK YANG ANDA PERNAH HADAPI



Haha. Tajuk tak boleh belah kan?


Hai hai silent readers.


Letih juga nak fikir pergaduhan paling teruk ye..?? Erm.. pergaduhan maksudnya bertekak dan berpukul2 kan? Haha.. Paling teruk masa zaman budak2 dan remaja muda2 dulu lah. Aku selalu gaduh dengan adik aku yang lelaki setahun bawah aku tu. Bergaduh sampai berpukul2 lah. Ingat lagi masa tu pukul dengan hanger, baling apa yang patut, sembur Ridsect, pakai topi keledar pun ada! Dia pun nak tunjuk dia hebat dan kuat sebagai seorang lelaki. Aku pula tak nak mengalah. Lepas gaduh baru perasaan lebam sana sini dan luka2. Dan sudah pasti pergaduhan paling teruk tu terjadi semasa mak ayah tak ada di rumah. Isu bergaduh aku tak ingat kenapa. Tapi yang pastinya, isu remeh temeh pun boleh jadi gaduh besar. Biasalah adik-beradik.


Tapi sekarang masing2 dah duduk jauh2. Aku pun bakal tamatkan zaman anak dara dan bakal berpindah ke rumah sendiri. Jadinya, memori pergaduhan teruk macam dulu2 kemungkinan besar takkan berlaku lagi. Kalau hampir berlaku pun, aku akan cuba elakkan. Sebab hidup kita nak happy2, bukan gaduh2. =D


Daa~~


sebelah kanan tu lah adik aku.
Masa ni umur aku 2 tahun. Adik baru setahun. Comel kan aku? lalala~


with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...