Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, March 6, 2012

DAY 18 - GURU SEKOLAH ANDA YANG PALING ANDA SUKA



Hello darlingss..


Sambung lagi 30-day blog challenge nih. Wedding progress belum rancak lagi. So jom berblog mengenai perkara2 ringan sebegini. hiks~


Cikgu yang aku paling suka dulu ada dalam beberapa orang juga lah. Sebenarnya satu rahsia, kalau kita nak score A dalam subjek yang kita belajar, perkara pertama yang kita kena buat adalah cuba menyukai cikgu tersebut no matter what. Sebab kalau dah suka cikgu, tentu akan suka subjek tu. Bila dah suka subjek tu, tentulah senang nak faham, dan seterusnya akan dapat A dan begitulah seterusnya. hee.. itulah yang aku cuba buat sejak mula sekolah sampai habis study degree.. =D


Mengimbau kenangan sekolah rendah di Tangkak, aku paling suka cikgu Salmiah, cikgu Maths masa aku darjah 6. Sikap beliau yang keibuan dan mengajar subjek kesukaan aku, membuatkan aku suka  beliau. Beliau pun ajar main bola jaring dan bola baling masa aku wakil sekolah dulu. =)


Sekolah menengah rendah pula di Tun Mamat, Tangkak, aku suka Ustazah Zailani. Beliau ajar aku Agama Islam, juga merangkap guru kelas aku. Aku suka  beliau sebab  beliau suka berleter seperti seorang ibu, dan sangat caring. Sayang ustazah. =D


Lepas dapat result PMR, aku ke asrama penuh, mana lagi kalau tak Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang. Yang paling pelik aku tak ingat nama cikgu yang aku suka. hehe maaf cikgu. Mana2 kawan sekolah yang terbaca entry ni, tolonglah ingatkan aku nama cikgu2 tersebut. =D 


Aku paling suka cikgu Add Maths masa form 5. Dulu aku tak pernah lulus Add Maths masa form 4 sebab ada masalah homesick, nak balik rumah dan tak mahu duduk asrama. So bila dah form 5, aku kena masuk kelas pemulihan Add Maths. Tapi aku datang hanya sekali saja, sebab lepas tu aku diberhentikan sebab result aku dah tak fail. Cikgu perempuan yang ajar Add Maths masa form 5 tersangatlah lemah lembut, tak macam stereotaip cikgu2 Maths yang garang. Dan  beliau tak pandang rendah pun kepada aku walaupun aku tak reti buat Add Maths pada awalnya. So aku dapat digest segala ilmu yang  beliau bagi dengan baik, dan Alhamdulillah dapat A.. hee.. 


Cikgu kedua yang aku suka masa form 5 adalah cikgu Biologi. Sebab  beliau sangat cantik dan bergaya. Selalu stylo je, baju cantik2 pula tu. Terakhir sekali aku dengar  beliau sakit. Sekarang aku tak tahu apa khabar cikgu. 


Ada banyak cikgu yang aku suka masa sekolah di Kolej Islam sebenarnya. Sebab cikgu2 kat situ terrrrlalu bagus dan baik2.. =D


Rindu cikgu2. Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan cikgu2 yang baik. Semoga aku juga dapat jadi seperti mereka.. =)


Ok tamat cabaran hari ke-18. =D


share 1 photo during school time at Kolej Islam.
aku yang berdiri paling kanan sekali. Muslimah tak aku? =)


with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

  1. hi. u sekolah kat Tangkak ke dulu? tahun berapa? same as me lah ;) salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. yup kat tun mamat. from 99-2001 =D

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...