Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, March 11, 2012

HUNTING FOR DOORGIFT



Hey all.


Yeah seperti dah dijanjikan dengan mak, kami berdua bergerak ke Nilai 3 hari ni untuk beli bunga telur dan doorgift.


Mula2 kami ke kedai VR Star yang memang terkenal dengan harga murahnya untuk cari bunga telur. Pusing2 cari bunga telur warna PINK, tapi terjumpa warna KUNING. Mak aku nak cari yang rimbun. Dan ya. Bunga telur warna kuning tu memang rimbun dan cantik. So kami decide beli yang itu untuk pelamin akad
nikah.


Doorgift pula, atau sebenarnya lebih kepada VIP doorgift untuk teman2 rapat, aku beli something yang tengah trend sekarang di kedai Nilai 3 (ce teka apakah??). Lepas tu mak terrrrminat satu bekas letak telur warna gold, so aku pun grab juga. Paper bag pun grab sekali. Lega VIP doorgift dah setel.


Next, kami cari bunga telur untuk majlis resepsi pula. Dah tentulah warna PURPLE! Kami terjah ke kedai Mayang Sari pula, iaitu kedai my FMIL beli bunga telur. And guest what? Mak aku pun minat bunga telur yang SAMA dengan yang dibeli FMIL. Huhu. Tak sangka taste mereka sama. =p


On the way back home, aku terdetik untuk suruh mak aku call bakery yang aku jumpa nombornya dari blog. Kedainya di Jalan Kebun, Shah Alam. Kek dia memang sedap. Aku pun order sebagai doorgift for guest. Cost sebiji dalam RM2.30. Order 1000 pax and above, dapat RM2.10. Sekali dengan box tau! Owner bakery juga sangat lucu orangnya. Kami sampai ke bakery tu dalam pukul 6.30pm, padahal waktu limit buka hari minggu sampai pukul 5pm saja. Dah rezeki.. =))


Setel doorgift. Dah boleh tick di wedding checklist! Tapi, kids doorgift masih dalam kira2 samada nak bagi atau tidak sebab cadangnya nak nuat candy buffet. So budak2 ni boleh tapau apa jenis sweets yang mereka nak. 


Ok, till here. :D
Published with Blogger-droid v1.7.4 


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...