Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, March 12, 2012

HUNTING FOR PHOTO BOOTH & GUEST BOOK ITEMS



Hai hai hai!


Hajat di hati nak meng'DIY' photo booth & guest book corner. Dengan harapannya sempat lah nak decorate. Idea pun tak ada lagi ni. Puas juga meng'google' cari apa2 idea yang mudah, murah dan cepat untuk setup the two corners.


So hari ni pagi2 aku dah bangun, pada mulanya niat nak jumpa dengan PPN kawasan untuk mohon tandatangan dan cop borang wakalah wali. Tapi malangnya beliau sibuk mengenai umrah, so aku terpaksa batalkan saja untuk berjumpa dengannya. The most important thing untuk nikah is BORANG NIKAH! Tapi itulah yang tak siap lagi. Pening dah ni fikir. Alahai...


Tak nak sedih2. Aku pun start enjin kereta, terus menuju ke MPK untuk batalkan booking dewan. Kan venue majlis resepsi dah tukar ke rumah pula. Ingat? Bila pergi di kaunter sewaan dewan, staf situ suruh aku tulis surat untuk batalkan. Then aku tanya dia, 


"So saya kena balik rumah dan tulis surat lah ni ye?"


Sambil me'memek'kan muka jadi macam, 'adoi sangatlah nak ikut prosedur!' I just want my money back! Aku pun minta kertas untuk start tulis surat sebab aku malas nak datang ke sana dua tiga kali.


Baru nak mula menulis, staf tu suruh aku tunggu sekejap. Dia print kan something untuk aku, which is the template untuk surat. Aku cuma perlu isi nama dan tandatangan. Hah! Kan senang. Dalam tiga minggu atau sebulan baru dapat duit deposit balik.


Next, aku terjah AEON (Jusco dah tak ada ye, hanya AEON) untuk shopping item untuk photo booth dan guest book. Lama juga ku pusing2 survey harga barang. Tempat pertama aku terjah adalah Jusco. Aku survey harga paper dan lain2. Next ke kedai RM5 setiap barang. Next ke DAISO. Memang lamalah masa aku spend di DAISO. Barang2 dia boleh tahan banyak. So aku perlu make a wise decision. Aku compare semua harga barang yang aku nak (bukan senang nak shopping time lengang tak ada orang ni). Ada juga barang yang harganya lebih murah dari RM5. Sebagai pembeli kena bijak la compare harga supaya boleh save.


Grab beberapa item, dan balik rumah. 


Bila nak start project? I dunno when. Sangat pack jadual seminggu cuti ni. Atoii!


with love,
Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...