Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, March 21, 2012

VIRUS DEMAM



Hey all.


Lama juga tak update blog. Perkembangan wedding preps memang belum ada lagi. Sebabnya, virus demam masih menghantui diri ni. Dengan hilang suaranya, memang susah nak mengajar. Bagi student buat latihan saja di sekolah. Bila kita dah tak ada suara ni, student tak bising pula. So masing2 senyap buat kerja. Ada juga student prihatin bertanya,


"Kenapa volume you sekejap kuat sekejap perlahan?"

Jawab aku. 
"My voice. Sore throat"


Hari Isnin lepas pergi kerja, dengan semangat nak jumpa student dan mengajar. Tapi tak larat, pulang awal dan ke klinik lagi untuk check darah. Alhamdulillah normal tak ada apa2. Risau juga kalau denggi.


Balik rumah sewa di KL, lagi satu tambah pening kepala. Rumah tak terurus. Kalau pandang dari luar dah nampak macam rumah lelaki, padahal rumah anak dara. Kertas2 pamplet iklan yang diselit di pagar rumah berterbangan atas lantai. Lantai ruang tamu melekit, tak larat nak mop. Hmm.. biarlah dulu. Nanti dah betul2 sihat baru operasi mengemas satu rumah. Kalau sakit ni, usahakanlah rumah bersih. Nanti penyakit lain pula datang.


Balik latihan sukan petang tadi, dah tak mampu rasanya sebab tekak perit sangat, pergi klinik lagi sekali. Doktor cakap aku masih demam. Adoii.. punyalah aku nak mengelak makan ubat demam, kena makan juga. T_T


Esok mula kursus pula dua hari. Harap demam tak adalah teruk sangat. Tak larat dah nak demam lama2 macam tahun lepas. =(

with love,
Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...