Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, April 14, 2012

ANUGERAH NASYEED.COM 2012





Alhamdulillah.. tamat sudah Anugerah Nasyeed.com (ANC) 2012 yang belangsung malam tadi jam 9 malam dan tayangan tertunda 10 malam di TV AlHijrah. 


Overall bagi pendapat aku program ni memang berjaya. Namun kalau ada ditambah dengan ucapan daripada setiap pemenang, dan juga lagu iringan yang menggunakan lagu pemenang sendiri ketika pemenang berjalan ke atas stage untuk mengambil hadiah, lagi best. ehe


Kali pertama aku menyertai program TV dan sedikit sebanyak dapat menambah pengalaman. Aku usher di bahagian bawah kiri stage. Memandangkan kebanyakan pemenang duduk di sayap kiri dewan, makanya banyak kali juga aku usher mereka. Pada mulanya aku berjalan menghalang kamera untuk shoot pemenang, kemudian di tegur oleh cameraman supaya berjalan di belakang kamera. Makanya aku hanya tunggu di tangga, dan mempersilakan mereka naik ke atas stage sahaja. Antara artis yang hadir, kak Aishah, Mawi, Ustaz Don, Ustaz Akhil Khay, Irma Hasmie sebagai pengacara majlis, dan banyak lagi.

Keputusan penuh ANC 2012 adalah seperti berikut:

Pemenang Kategori Nasyeed Cinta
Lagu : SAAT LAFAZ SAKINAH
Artis : FAR EAST

Pemenang Kategori Nasyeed Perjuangan
Lagu : BEBAS PALESTIN
Artis : RABBANI, INTEAM, SAUJANA, NOWSEEHEART

Pemenang Kategori Nasyeed Amar
Lagu : BERJALAN TANPA HENTI
Artis : DEVOTEES

Pemenang Kategori Nasyeed Sirah
Lagu : SUMAYYAH
Artis : HIJJAZ

Pemenang Kategori Nasyeed Munajat
Lagu : MENANTI DI BARZAKH
Artis : FAR EAST

Pemenang Kategori Nasyeed Selawat
Lagu : BINNABIL HUDA
Artis : UNIC

Pemenang Kategori Video Muzik Terbaik
Lagu : PEDOMAN
Artis : NORA feat. VOICE OF UMMI
Pengarah : ERAMA CREATIVE SDN BHD

Pemenang Kategori Susunan Muzik Terbaik
Lagu : DIA MUHAMMAD
Artis : INTEAM
Penggubah : ALONG EXISTS

Pemenang Kategori Persembahan Vokal Terbaik
Lagu : INIKAH PETANDA
Artis : RABBANI feat. MAWI

Pemenang Kategori Lirik Terbaik
Lagu : MENANTI DI BARZAKH
Artis : FAR EAST
Penulis Lirik : ITO LARA

Pemenang Kategori Lagu Terbaik
Lagu : DIA MUHAMMAD
Artis : INTEAM
Penulis Lirik & Komposer : FRIZDAN


who else, this's me.. i'm wearing Shasmeen Sakura shawl & maxi,
all sponsored by Radiusite. =)
Tahniah kepada Nasyeed Edutainment yang berjaya menganjurkan program. Tahniah juga kepada semua pemenang. Terima kasih kepada kak Farina Basnee from team Mediakreatif untuk make-up saya yang cantik, dan Radiusite untuk sponsor jubah turquoise dan shawl Shasmeen Sakura warna pink itu.

And the best nasyeed group malam tu bagi aku, tetap forever Raihan. =D

ketika sedang bekerja. =)

Jangan lengah lagi, jom tengok ANC di youtube sekarang! (Sesungguhnya sangat kelakar tengok diri sendiri dalam TV walau terselit sikit je..kihkih)




with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...