Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, April 13, 2012

ANUGERAH NASYEED.COM 2012 (REHEARSAL)



Salam semua.


Semalam full dress rehearsal untuk Anugerah Nasyid.com (ANC) 2012. Aku sampai di dewan TV AlHijrah pukul 5 petang selepas kerja, padahal rehearsal bermula jam 8 pagi. Tapi nasib baik menurut usher yang lain, mereka tak ada rehearsal sangat pagi tu. Ye. Aku jadi usher. Tu pun bertugas down stage sebab aku datang lewat fitting baju pada hari Isnin lepas sebab tunggu habis kerja, yang atas stage semua yang datang fitting pagi. Bercuti untuk kerja luar? Itu bukan aku. Kerja hakiki lebih utama. :)


4ykpr.jpg
first time jejak kaki ke sini. nama je keje KL. =p


Rehearsal malam mula tepat jam 9.30 malam. Kami dimekap simple, dan memakai jubah daripada Radiusite. Banyak artis nasyeed yang baru dan lama yang hadir untuk rehearse. Bayangkan dulu masa matrikulasi aku jumpa In-team, masa sekolah jumpa Nowseeheart, baru sekarang jumpa lagi. Wajah mereka tetap maintain macam dulu!


4ykpr.jpg
In-team & UNIC if tak silap. =p

Dan bercakap tentang nasyeed, aku memang suka iramanya. Aku suka menyanyi tak kiralah genre apa. Ingat lagi dulu masa di sekolah, kami ada grup nasyeed. Nak masuk grup ni mesti audition dulu dengan ahli senior. Semasa aku di tingkatan 4, senior yang nak tinggalkan sekolah selepas SPM akan cari pelapis baru untuk grup. Biasanya kami akan buat pesembahan dalam banyak event yang dibuat di aspuri. Malam Gema Mujahidah 2003 turut dilangsungkan masa aku form 5 untuk mencari pelapis kami. Dan sekolah turut adakan event MANIS 2003 atau konsert nasyeed. Masa tu antara artis yang hadir seperti Raihan dan Brothers. Tamat persekolahan, aku suka pergi konsert nasyeed dan berjumpa dengan artis in person. Huh. Saja type panjang nak imbau kenangan yang sangat manis untuk diri aku.


masa perform dolu2. =)
And berbalik kepada ANC, for the very first time Nasyeed Edutainment menganjurkan event ni, so no wonder kalau ada lebih kurang sana sini. Aku tak peduli semua tu sebab aku faham. At least selepas mereka post mortem hopefully dapat diperbaiki kelemahan pada masa hadapan.


So guys, jangan lupa tonton ANC malam ini di TV AlHijrah jam 10 malam. Jangan pandang genre nasyeed sebelah mata, sebab banyak beza nasyeed dulu dan sekarang. Nak tahu apa beza? Tonton persembahan malam ni. :)


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...