Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, April 22, 2012

FITTING BAJU PENGANTIN (pt. 2) - Baju Tak Siap Lagi =(


BAJU TAK SIAP LAGI


Baju belum siap. Sedih. Dan macam tak nampak bayang baju idaman macam dalam entry Pertemuan Pertama & Kedua dengan Vendor Pelamin.

Ingat lagi tak masa first fitting dalam entry INI? Fitting kali kedua ni tak banyak bezanya pun. Masih lagi cuba fitting baju warna grey, tapi dah di alter sikit. But then jadi ketat pula di bahagian dada. Patch lace pun masih belum disembat. But guest what. Mak aku suka pula baju grey ni. Katanya sesuai betul dengan warna kulit aku dan en. Tunang. Material kainnya juga bagus.

Baju kedua fitting adalah baju sanding warna gold. Tapi hanya rangkanya sahaja. Material guna kain shantung dan bahagian bawah kain net. Belum ada beading, belum patch lace. Leher bulat yang diminta, tapi dapat leher cheongsam. Button kain yang di request di bahagian belakang dan tangan tak ada pun. Sedih juga tengok baju tu sebab macam tak ada progress apa2. Sedangkan baju hari sanding lah yang paling penting. Baju lelaki pula berkedut2 di bahagian butang. Seluar pula saiz kecil. =((

Baju untuk malam berinai warna purple/fig belum siap dan tak nampak bayang. Seluar untuk lelaki jadi saiz kecil macam en. Tunang tak pernah diambil ukuran. =(

Baju yang betul2 dah siap hanyalah baju bertandang warna hijau yang akan dipakai pada 20 Mei. Manakala baju lelaki belum siap lagi dan tak nampak bayang. =(

Banyak plan fikir dalam kepala ni kalau baju tak siap atau jadi tak cantik apabila siap. Tapi plan tu belum boleh hebah lagi.

PERUBAHAN PELAMIN


Pelamin ada sikit perubahan. Oleh sebab aku tukar venue wedding daripada dewan ke rumah, makanya pelamin tak boleh guna tiang silinder sebab tak muat masuk dalam khemah. Jadi, tiang silinder akan dipasang di rumah belah lelaki. Manakala untuk pelamin nikah akan guna bongkah kayu macam masa nikah, dan pelamin berkeluk ala Moroccan akan dipasang untuk pelamin sanding. 

Apa2 pun, hal pelamin aku tak fikir sangat dan tak kisah, sebab dah distract dengan baju yang tak siap. -(

Next fitting baju pada 5 May, iaitu 5 hari sebelum hari wedding. =(

17 more days to go. =(

with love,
Alya Syaqiera

8 comments:

  1. Aja xamik baju nikah lagi ni...berdebar nak tgk.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke aja? baju nikah sy beli siap je.. =)

      Delete
  2. hai alya..sy suka tgok blog awk ntk rujukan kalu bab2 kawen ni.blog awk byk sgt link yg best2! thanks tau sbb buat blog yg best ni! jgn sedih2 k pasal baju tu, awk paksa je suh tailor tu oter mcm yg awk nak.kiki

    kalu free2 singgah n follow la sy pulak k :)

    http://yaumilhidayah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. alya, keep on update ur baju taw. tapi sekarang ni dah siap ke belum? kite baca blog ni lambat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. blum siap lg.. 5 may baru nk fitting.. =((

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...