Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, April 16, 2012

JUMLAH WANG HANTARAN, TAK PERLULAH HEBAH :)



Hey all.


Hari ni facial appointment kedua terakhir dah selesai,menunjukkan tarikh penting semakin hampir. :)


Perkara biasa:

KAHWIN UMUR MUDA
"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT
"ish! dah tua baru nak kahwin, tu la muda-muda tak nak kahwin, org dah beranak-pinak dia baru nak kahwin... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL
"ish! ni kahwin ke apa? kedekutnya, makanan pun entah apa-apa. bukan selalu, buatlah besar sikit!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR
"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak dia je nak kahwin kat dunia ni!"

Dan sebelum kahwin, orang sibuk bertanya "berapa wang hantaran?" Kemudian...


KAHWIN HANTARAN MURAH
"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL
"ish! mahalnya? nak jual anak ke apa?"



Senyum je lah. Bagi aku, soalan tu tak patut ditanya. Apa perlunya menjawab soalan yang tak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Lebih baik berdiam diri, sebab lumrah masyarakat kita, kalau hantaran rendah bakal dikutuknya, kalau hantaran tinggi akan dikutuk juga, "lawa sangat kah kau nak letak hantaran tinggi tu??" So buat apa nak tanya jumlah wang hantaran orang? Dan apa pentingnya aku nak menjawab soalan tu? Nak gelak pun ada bila ditanya soalan tu berkali2. Aku tak peduli sangat pun, kerana mungkin mereka hanya ingin tahu.


Bagi aku, wang hantaran tu adalah wang hangus buat kenduri. Pihak perempuan perlu mengadakan kenduri akad nikah dan hari langsung. Tak kiralah berapa pihak lelaki sanggup bagi, kalau lelaki mampu bagi tinggi, bagilah. Dan kebiasaannya, lelaki yang betul2 mahu berkahwin akan setuju dengan nilai wang hantaran yang telah diusulkan oleh pihak perempuan. Dan pihak perempuan juga harus meletakkan nilai yang wajar mengikut kemampuan si lelaki. Ada juga ibubapa perempuan yang meletakkan nilai wang hantaran yang rendah kerana mereka mampu untuk sponsor kenduri untuk anak mereka, sementara maskahwin dinaikkan nilainya.


Aku tak kisah di cop sombong. Kalau sesuatu persoalan tu boleh membawa keburukan bila dijawab, aku takkan jawab. Aku lebih senang berdiam dan buat hal sendiri. Daripada bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang sebab aku tahu mulut aku tajam. (??) :)


Kesimpulan, tak payah lah sibuk nak tahu berapa jumlah wang hantaran orang lain. Bukan kita dapat pun duit tu. Hihi.


Ok, till here.

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. Haa betul2..kengkadang rimas bila org tny psl hantaran brape.rs nye takde kaitan kot ngn diorg2 ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg xde kaitan langsung. biasalah tu kdg2 msyrkat penuh rase ingin tahu dan terlalu ambil berat perkara2 mcm tu.. hehehhe

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...