Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, April 7, 2012

PERTEMUAN DENGAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH



Hai all.


What a relief. Akhirnya dapat juga bertemu dengan ustaz, PPN (Penolong Pendaftar Nikah) di kawasan aku. Dah berminggu2 juga stress fikir mengenai wali nikah. Berkali2 juga cuba menghubungi ustaz, namun tak pernah dapat bercakap dengan beliau. Ada juga aku SMS, beritahu aku nak berjumpa dengannya untuk mendapatkan tandatangan beliau, tapi katanya, 

"pujuk wali datang juga sebab wali masih hidup"

Gugur air mata aku ketika itu sebab terasa payahnya nak bernikah disebabkan hal2 sebegini. Masalahnya, ibu bapa aku dah berpisah. Bila aku rujuk di pejabat agama, kata pegawai di situ, jika ayah kandung tak boleh datang untuk menjadi wali, aku perlu mendapatkan tandatangan kebenaran PPN sebelum ayah kandung aku boleh tandatangan pada borang wali dan wakalah wali (mewakilkan wali kepada orang lain). Kemudian aku terpaksa tunggu selama dua minggu kerana ustaz menunaikan umrah. Sepanjang2 itu, hidup tak tenang kerana masih kabur tentang prosedur.

Akhirnya, aku dan mak mohon bantuan jiran merangkap ketua taman di situ, Tuan Haji untuk menyampaikan permasalahan kami kepada PPN. Agaknya kerana Tuan Haji menolong (sementara Tuan Haji dan ustaz merupakan kawan), barulah kami diberi peluang untuk tahu prosedur yang bolek dilaksanakan bagi masalah tersebut. Ustaz merupakan seorang yang sangat serius. Agak sukar untuk aku berkomunikasi dengan beliau. Rasa nak menangis masa tu pun ada sebab banyak soalan yang aku nak tanya, terpaksa aku pendam. =(

Prosedurnya:
  1. Aku bawa borang permohonan nikah perempuan bersama dokumen sokongan untuk ditandatangan oleh PPN. 
  2. Kemudian, borang wakalah wali tidak ditandatangani oleh PPN kerana perkara tersebut akan dilakukan semasa akad nikah. 
  3. Seterusnya, aku bawakan borang wakalah wali kepada ayah kandung aku untuk ditandatangan. 
  4. Ayah kandung juga perlu akad wakil wali kepada PPN melalui telefon sahaja sudah memadai. 
  5. Borang yang telah siap ditandatangan oleh ayah kandung dibawa pula ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) bersama2 dengan borang permohonan nikah lelaki untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin.
  6. PAID akan mengeluarkan surat kebenaran nikah.
  7. Borang permohonan nikah yang telah siap disemak oleh PAID beserta dengan surat kebenaran berkahwin diserah semula kepada PPN untuk proses akad nikah nanti.

Prosedur agak rumit, tapi alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk aku menyelesaikan masalah. =)


p/s: Nak tahu bagaimana mahu membuat permohonan nikah? Klik SINI bagi LELAKI, dan SINI bagi PEREMPUAN.


with love,
Alya Syaqiera

5 comments:

  1. memang proses die rumit...aku dah rase dah...kitorang jadi rumit sebab lain2 negeri..letih la turun naik pejabat agama,cari naib kadi brp hari br dpt jumpe die...tapi bile dah lepas akad tu rase lega sgt2 semua dah selesai akhirnye...rase mcm tak payah sanding pon dh xkisah..jnji dah selamat nikah..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kawen ni mmg mcm2 kan.. patutnya dipermudahkanlah.. hmmm

      Delete
  2. boleh tak nak dapatkan contact number PPN area pandan indah. urgent ni. huhu

    ReplyDelete
  3. ADER CONTACT NO PPN SHAH ALAM..AREA SEKSYEN 18, 19 & 20

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...