Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, April 19, 2012

Review: Kad Jemputan Kahwin Murah!



Hey all.


TEMPAHAN KAD


Kad jemputan kahwin aku tempah di Media Surf, Sepang. Owner kedai adalah seorang Melayu dan merangkap kawan sejak kecil kepada en. Tunang. Aku tak kisah kad jemputan akan jadi macam mana pun, asalkan murah atas alasan tetamu akan buang selepas majlis kerana tujuan pengutusan kad adalah untuk jemputan rasmi dan juga sebagai rujukan peta lokasi. Jarang sekali tetamu akan simpan kad jemputan kahwin sebagai koleksi. Dan kad yang cantik dan harga murah memanglah menjadi pilihan hatiku.


DESIGN KAD KAHWIN


Untuk design, aku nak yang simple sahaja. Dan daripada rujukan daripada majalah Pesona Pengantin, aku memang suka kad kartun2. Sangat comel okay! Bila tiba di kedai cetak, aku tunjukkan contoh kad yang aku mahu, dan owner kata dia boleh buat, aku rasa nak lompat gembira! Kad jemputan kahwin kami combine belah lelaki dan perempuan, sebab lebih jimat. Kalau berasingan, harga agak mahal. Design untuk kad bagi kedua-dua belah pihak adalah sama, cuma warna sahaja berbeza iaitu mengikut warna tema di rumah masing2 iaitu purple belah perempuan, manakala hijau bagi belah lelaki. Ayat al-Quran sebolehnya aku nak elakkan kerana jika kad dibuang merata2, kan dah berdosa. =)


ini muka depan kad belah aku.
yang belakang tu envelope dia.

MATERIAL KAD KAHWIN


Dari segi jenis material yang digunakan, ada dua pilihan iaitu: 

  • art card 260gsm (kad keras) dan 
  • art paper 128gsm (glossy paper full color). 

Art card lebih mahal berbanding art paper, beza dalam 20 sen macam tu. Jadi, aku pilih art paper sebabnya sama seperti perenggan pertama di atas. =)


JUMLAH TEMPAHAN KAD


Bagi jumlah tempahan kad pula, pada mulanya, aku hanya mahu 500 keping kad sahaja memandangkan jemputan di rumah aku adalan 1000 orang, manakala belah en. Tunang pula, dia mahu dalam 2000 keping kad (walaupun jemputan dia 1500 huhu...). So kami decide nak tempah dalam 2500 keping kad. Tapi rupanya satu rahsia di reveal oleh owner kedai, harga tempah 2500 keping sama dengan 3000 keping (kadang2 owner mana2 kedai percetakan takkan bagitahu perkara ni sebab mereka nak untung). Sebab cara mereka bisnes adalah dalam gandaan 1000, 2000 dan 3000 dan seterusnya. Makanya lebih baik kalau kami tempah 3000 keping je. Rugi kalau tak ambil baki lagi 500 tu. =) 


ENVELOPE KAD KAHWIN


Bagi envelope pula, designnya sama dengan kad, cuma printing 1 color sahaja. Dan, harga setem untuk envelope bercetak adalah 80 sen ok. Mahal tu. huhuhu..
Nasib baik tak banyak sangat kad yang perlu di pos. =)


HARGA KAD KAHWIN


Total cost untuk kad semua ditanggung oleh en. Tunang. hihi.. Let's check the price!


harga kad art paper 3000pcs  = RM 650
harga envelope 3000 pcs         = RM 330
4 bunting                                    = FOC
2 banner                                     = FOC
_______________________________
                            TOTAL = RM 980
_______________________________


Jadi harga bagi seunit:

1 kad + envelope = RM980 bahagi 3000pcs    = 33 sen sahaja
1 kad + envelope + setem = 33 sen + 80 sen = RM1.13 shj


Jimat! Misi berjaya! Yay!


Daa~

p/s: Harga aku mungkin berbeza dengan harga jualan sebenar sebab owner kedai dan en. Tunang adalah kawan sejak kecil dan tinggal sekampung. hihi =)


--------------------------------
Media Surf (Design & Printing)
Website | Facebook | Email
--------------------------------


with love,
Alya Syaqiera

10 comments:

  1. wah kad dh siap..murah + chanteq plak tu..rmai b2b lupa nak include skali harga envelope dngn setem dlm entry..bgs la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah siap dan dah mula pos dan edar.. hehe.. murah2 je..

      Delete
  2. Lain design xde ke dear..murah...cm nk temph jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi kedai tu utk tempah.
      harga biasa sy xpasti la.
      bcz as u read dlm entry ni, the vendor adlh besfren my hubby.
      gudluck! =)

      Delete
  3. kalau 1000pcs berapa pulak harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. x pasti sbb dh lama. dan lupa nk take note.

      Delete
  4. memerlukan kad kahwin murah 17 sen? boleh cek instagram : kadkahwin17sen atau facebook page : kadkahwin17sen

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...