Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, April 10, 2012

SELESAI URUSAN SURAT KEBENARAN NIKAH DI PEJABAT AGAMA :)

Salam semua.


Alhamdulillah..Baru pulang dari PAID (pejabat agama Islam daerah). Surat kebenaran nikah dah diuruskan, siap dan dapat tadi. Walaupun tiba di sana agak lambat, tapi dah rezeki dapat juga uruskan. Urusan kebenaran nikah sebenarnya sehingga jam 4.30pm sahaja. Aku sampai lewat 5 minit. Inilah yang dikatakan peraturan yang manusia buat, boleh dipermudahkan dengan budi bicara. Nombor giliran pun tak payah ambil, tapi layanan yang sangat baik diberikan. Servis tip top. Hihi.


oh ya, jangan lupa untuk bawa RM10 untuk bayaran borang kebenaran nikah. Aku juga diberikan satu borang lagi yang perlu diisi dan diserahkan kepada wali nikah seminggu sebelum tarikh nikah.


Lega sangat.. Hati dan otak pun rasa sangat lapang bila masalah dah selesai. Dah boleh kahwin la ni. Hihi :)

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...