Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, April 15, 2012

SHOPPING BAJU PENGAPIT



Salam semua.


Hari ni satu lagi hal wedding dah selesai. Baju pengapit dah setel. Yay!


Plan awal warna baju pengapit mengikut event ialah:


Nikah: Pink
Resepsi: Purple
Tandang: Coral 

Tapi memandangkan pengapit lelaki iaitu adik kepada en. Tunang, dah siap2 beli baju (grrrr.. geram gak tak bincang dulu), makanya aku hanya mengikut sahaja warna yang telah dibeli.

Nikah: -
Resepsi: Cream
Tandang: Hijau pucuk pisang

Dan pada awalnya nak belikan dua pasang baju as a gift kepada pengapit aku, tapi dia bawa dua pasang bajunya berwarna cream dan hijau untuk dilihat sama ada sepadan atau tidak dengan baju pengapit lelaki. Baju kebaya cream dan kain batik warna gold dibeli dari Bandung memang sangat cantik dan sesuai dengan baju Melayu lelaki, manakala baju hijau pula agak berbeza ronanya dengan baju lelaki. Alhamdulillah, mungkin kerana dia faham tahap ekonomi aku agaknya, so bolehlah save sikit. Aku belikan dia sepasang baju hijau dan tudung sebagai tanda terima kasih sudi mengapit aku. Harap dia suka.. hihi

bukan baju ini.. =)

Untuk majlis nikah pula, mungkin adik aku saja yang akan mengapit kerana majlis diadakan pada hari Jumaat malam yang membataskan sebilangan rakan2 untuk hadir memandangkan pada siang harinya adalah hari bekerja.

Kami terjah Maju Junction dan jalan TAR untuk cari baju. Bila masuk di satu bangunan Medan apa ye, aku lupa, ada promo mandi bunga. Katanya sediakan 7 jenis bunga dan akan dibacakan, kemudian mandi sendiri di rumah. Dah lama cari mak andam yang boleh buat mandi bunga, tapi baru ni jumpa. Boleh percaya tak mandi bunga ni? =)

Maka boleh 'tick' item baju pengapit! 26 days to go before jadi puan! =))


with love,
Alya Syaqiera

1 comment:

  1. ehhehe...sabo jelah...
    BTW,do follow me back...
    I've done follow you(^_^)

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...