Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, June 25, 2012

Review: Majlis Akad Nikah Alya & Najib


*view our akad nikah video HERE!


Alhamdulillah segalanya dah selamat, berlangsung dengan lancar, riang dan gembira. =)

poster akad nikah

Petang hari pada hari Jumaat, 11 May 2012, lori khemah sampai di perkarangan luar rumah dan memulakan tugas2 memasang khemah. Aku rasa agak perlahan progress kerja mereka. Bila masa dah menginjak ke pukul 5 petang dan satu khemah pun masih belum naik (sebab proses pasang khemah mula dengan pasang scallop dulu), aku mula risau. Aku pesan pada ayah, suruh mereka menyegerakan memasang khemah kerana caterer akan datang pada pukul 7pm untuk setup makanan. 

Nasib baik aku bertegas. Rupanya, vendor khemah tu tak tahu ada majlis akad nikah pada malamnya. Pada fikirannya dan seperti apa yang dia diberitahu, khemah yang dipasang adalah untuk digunakan pada hari langsung iaitu pada hari Ahad. Hmm.. Tak mungkin kalau nak pakai hari Ahad, panggil pasang hari Jumaat kan. 

Caterer pun datang tepat pada 7 malam. Terpaksa menunggu sebab khemah masih belum dinaikkan lagi sebab van perlu dibawa masuk untuk membolehkannya menyusun lauk pauk di atas meja buffet. Ketika itu, aku dah mula rasa tak selesa dan gelabah. Memang kalau nak diikutkan, aku sangat penat sebab malam sebelumnya tak boleh tidur memikirkan hal2 yang belum siap. Eyebag bawah mata jelas nampak. Aku tahankan juga rasa. Aku turun dan berjumpa dengan caterer. Bersalam, serah baki bayaran dan jelaskan keadaan salah faham dengan vendor khemah tadi. Aku memujuk caterer supaya tunggu sekejap sahaja lagi. 

Aku terus naik ke bilik untuk bersiap sementara make-up artist (MUA) pun bakal sampai selepas Maghrib. Tak sempat tuam muka dengan kiub ais pun, sebab aku terlupa! Baru nak buka fridge ambil ais, MUA dah sampai! huhu.. kantoi. Aku jujur bagitahu MUA aku tak sempat tuam muka dengan ais. Katanya, tak mengapa sebab majlis malam dan hanya duduk dalam rumah. Lega...






Nak mula make-up, MUA suruh aku tukar baju sebab lepas mekap nanti senang buka baju untuk elak terkena make-up. Serius tak jumpa apa2 baju lain ketika itu sebab nak cepat. Jadi solutionnya, aku pakai inner baju nikah warna putih. Tapi terlalu transparent, sampai nampak segala. haha.. Bahaya tu kalau masuk dalam gambar. Jadi aku cover dengan cardigan. Make-up pun mula. Sedang make-up hampir separuh siap, photographer dan videographer masuk ke bilik dan memulakan tugas mereka.



ketika sesi tatarias. =)



Waktu wali nikah datang, seperti dijanjikan pada pukul 9.30 malam, selepas habis solat Isya' di masjid, kerana wakil wali aku adalah imam muda masjid di kariah sana. Pengantin lelaki pun sampai bersama keluarganya. Ketika aku turun dari tangga, bakal suami juga baru masuk ke rumah dan mengambil tempat di atas tilam nikah. Keluarga dan sanak saudara dah pun memenuhi ruang tamu rumah. Ketika itu debar dah mula terasa. hikhik.. Selama ni tertanya-tanya juga bagaimanalah rasanya debaran bakal pengantin. Ingatkan lelaki saja yang merasa sebab dia yang akan akad. Rupanya, pengantin perempuan pun menggigil! hehe



aku, ditemani pengapit.


Masa akad nikah bakal bermula, aku pula terasa debarnya. Memang tak boleh nak senyum masa tu. Aku duduk di belakang bakal suami, dan lihat dia menggeletar. Ustaz menggenggam erat tangannya. Dalam hati aku banyakkan berdoa dan berselawat agar dipermudahkan. Ada juga beberapa kali praktis lafaz akad nikah dengan bakal suami sebelum ni. Tersasul juga dia. Dan aku tahu dia jenis gelabah juga. Hehehe.. Tak sangka. Mudah, lancar dan tenang saja dia ketika ijab dan qabul pada malam tu. Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. =)

Happy, bahagia, tenang terasa kemudiannya. Lega sangat. Boleh tersenyum dengan sangat manis (biasalah perasan). hehe.. 

Usai majlis, sejurus menghantar suami dan keluarganya untuk pulang ke Sepang, hujan rahmat turun dengan lebat membasahi bumi. Khemah lencun semuanya. Ada juga tempias hingga ke atas meja. Lebat-selebatnya sehinggalah aku terlelap, dan bangun esok harinya dengan rasa yang masih tak percaya kini aku sudah bergelar isteri. :p

Overall, majlis berjalan lancar. Cumanya khemah yang dipasang sedikit lewat menyebabkan masa caterer di drag, dan dalam video juga nampak aktiviti memasang khemah masih giat dijalankan walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9 malam dan tetamu pun dah sampai! Ermm tak apalah. Dah jadi. Aku memang dah bertekad, on my big day, aku tak akan cakap apa2 kecuali senyum sahaja sebab aku tak mahu nampak stress dan penat. Segala dalaman kita kan terzahir di luar. Kalau cantik di dalam, cantiklah di luar. Ewwah! So aku takkan benarkan apa2 perasaan risau, kecewa, marah, geram etc menyelubungi diri aku. hahaha.. poyo gila ayat. =p



Jadi rasanya tak terlambat nak ucapkan berbanyak2 terima kasih buat :

  • especially to my lovely mom. Tanpa mak, tak tahu bagaimana majlis tu. I dedicate this entry post to you, mom. I love you. Tak tahu rasanya bagaimana nak membalas budi mak. ;(
  • kepada Amy my sister yang banyak tolong itu ini tanpa mengeluh, walaupun tengah busy nak exam masa tu. Thanks juga sudi jadi pengapit yang setia di sisi sepanjang malam akad nikah dan pegang cincin pengantin lelaki ke sana kemari. ehheee
  • Chapiey my brother yang banyak keluarkan duit beli itu ini yang tak pernah cukup2 untuk majlis (tapi dah bayar balik la hehehe).
  • Meen my brother yang banyak panggil kawan2 untuk tolong itu ini
  • Yuyie my sister yang sudi siapkan doorgift walaupun minggu tu tengah exam mid-term.
  • special thanks to mak teh yang sudi sponsor pulut kuning 3 tingkat. Memang marvelous ikut tema pink-kuning gitu.
  • mak su yang sudi sponsor door gift, wajik, chocolate, dan kek comel.
  • kepada Paklong, maklong, paklang, maklang, imai, awish yang sudi touch up itu ini
  • kepada jiran2 dan Rukun Tetangga kawasan taman yang sudi membantu, bagi pinjam jalan untuk dirikan khemah, jadi saksi etc.
  • photog, Mr. Killabee & Mr. Abam Mizie & juga videographer Mr. Taufik & Mr. Amran
  • make-up artis kak Rose JR
  • Mr. Hizam dan Mr. Hisham vendor pelamin nikah yang simple & sweet itu
  • caterer kak Suze untuk hidangan yang sedap. 
  • saudara-mara yang datang, Opah yang sudi datang
  • ex-housemate, Syu & Yanie
  • kawan2 tempat kerja yang sudi datang tanpa disangka2, Intan, kak Zahid, kak Siti
  • cik Eda & cik Ida yang banyak tolong itu ini, gubah bunga, buat bunga rampai dll.
  • kawan2 meen yang sudi tolong cucuk bunga telur dan bungkus doorgift (lelaki tu uols, kalah anak dara)

Dan kesemua yang hadir dan membantu secara langsung dan tak langsung. Maaf jika ada terkurang atau terlebih. InshaAllah segala budi baik kalian akan berbalas. 

And 1 more thing. Tarikh 11 May merupakan birthday my mom. So pada malamnya ketika acara potong pulut kuning, kami nyanyikan lagi "Happy Birthday" untuk mak. Selepas ni InshaAllah, our wedding anniversary akan sambut dengan birthday mak sekali. Yay! hhehee..

p/s: Maaf kalau ada tertinggal credit nama. Sila bagitahu ya! 




--------------------------------


Wardrobe: Own collection
White Caftan from SheNadz d'Wangga Boutique
Half Moon Shasmeen Kekwa Shawl from Radiusite

Pelamin & Handbouquet: Hizam Ariffin

Make-up: Rose JR

Photographer: Killabee & Abam Mizie

Cinematographer: Tauffik Aris & Amran Syarifuddin Abdullah 
(D Anonymous Photography)




2 comments:

  1. Terasa nak nikah lak bila baca.. Adoi... Lambat sgt rasanya turn Ayu nak tiba... Tak sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. cepat2 la ye. x rugi nikah cepat. untung lagi ada.. hikhik

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...