Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, June 24, 2012

MEMASAK DENGAN MERTUA



Hey all.


Semalam, Sabtu. Dipenuhi aktiviti malas. Bersantai di rumah sepanjang hari. Lepas kemas rumah, tengok TV sambil kemas blog. Masa yang sama, mesin basuh berusaha membasuh kain. Entah. Dah lama rasanya tak dapat menikmati cuti hari Sabtu. Lapang betul otak selepas setiap hari minggu lepas balik lewat, kelas tambahan, dalam usaha nak menghabiskan PBS ICT. Sepatutnya semalam ada kelas tambahan juga, tapi pelajar banyak hal, jadi ditunda dan dibawa ke minggu depan pula.


Malam tadi tidur di rumah mertua. Sempatlah berborak sikit tentang persediaan adik ipar nak merisik dan bertunang pada bulan yang mendatang ni. Sempat juga intai2 barang2 hantaran yang nak digubah. Mak mertua tanya sama ada aku pandai menggubah atau tak. Memang taklah. Tangan aku tak kreatif langsung. Nak memusnahkan pandailah. hihuhih.. Hantaran aku haritu pun semua mak aku yang buatkan. Hahahha.. So solutionnya, aku cakap pada mak mertua, barang yang letak2 bolehlah buat, macam kasut, handbag. Kalau jenis kain pasang nak buat bentuk itu ini, mungkin boleh upah mana2 vendor untuk buatkan. Nampaknya setakat ni mak mertua setuju cadangan aku. =)


Dan pagi tadi baru berpeluang masak lunch bersama. Menunya, nasi ayam. Selepas Subuh, aku bancuh air dan bersarapan dengan mak mertua. Berdua je tau sebab lelaki2 semua sambung buat taik mata (kecuali ayah mertua, awal2 dah ke kebun). Nasib baik mak mertua bukan macam dalam filem Ibu Mertuaku, so tak adalah nak kekok sangat. hehehhe.. She's very simple, tak banyak bunyi. Suka tersenyum. Bila senyum manis sangat, sama manisnya bila mak aku senyum. hehehe.. Percayalah, siapa saja yang tersenyum, kita akan suka. Sebab hati yang melihat terasa senang. haha apedah melalut.


=)

Berbalik kepada masak nasi ayam tadi, aku rasa aku dah terer masak nasi ayam (biasalah perasan). Biasanya ayam tu aku goreng macam tu saja lepas sapu kunyit dan garam. Mak mertua punya style lain pula. Ayam direbus dulu dengan hirisan halia dan sedikit garam. Sampai air mendidih. Kemudian air ditoskan. Perap pula ayam tu dengan sos tiram, dan goreng. Ouh not bad juga rasanya. Mak mertua cakap, ayah mertua tak suka makan ayam goreng. Jadi ayam yang direbus tadi, diasingkan sedikit untuk dikukus. So jadi dua jenis nasi ayam. Satu ayam goreng, satu ayam steam. Sup pula, hanya tumis bawang dan masukkan kiub ayam. Ouh simple dan sedap. hehe. Dapat ilmu baru lagi. Aku suka tanya macam mana masak ni, masak tu. Sebab mak mertua masak sedap. =)


Well. Aku ni bukan jenis manusia yang pandai nak ambil hati. Tapi aku cubalah buat apa yang patut dan termampu. Ouh ya. Tak ada snap gambar nasi ayam pula untuk selit sini. Yelah. Nanti apa pula kata mak mertua. Nasi ayam pun nak snap kan. hehehhe..


Daa.


p/s: Sesiapa leh share tips ambil hati mak mertua tak? Especially yang dah berpengalaman. Thanks! =)


with love,
Alya Syaqiera

2 comments:

  1. Ooo...baru lagi kawen ye. Selamat pengantin baru... Masih belum terlambat nak wish kan? Haa.. style mak mentua alya masak ayam tu sama mcm akak. Pastu air rebusan tu jugak yg guna untuk buat sup dan masak nasik ayam tu. NYumm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak atas ucapan. hee.. yeke cara sama eh. erm ada gak tanya mak apa dia nak buat dengan air rebusan tadi. mak buang je, sbb dia kata nanti rasa ayam.. ehhehehe.. ikut kan ajee.. nt nak try lah.. =))

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...