Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, June 22, 2012

ZARINA TARDAN DALAM KENANGAN. AL-FATIHAH.


Salam semua.

Curi masa untuk update. 

Dia kawan sekolah dulu, dan satu kelas semasa di SMK Tun Mamat. Habis PMR, empat orang batch aku ke SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah, iaitu aku, dia, Yati Azizol, dan juga Syazana. Dua tahun kami di sana, Tingkatan 4 dan 5. 

Di sana, kami bertiga, aku, dia dan Yati masuk Kelab Anak Johor sebab masing-masing dari Johor. Selalu balik ke kampung bersama. Biasanya aku akan ambil bas dari Klang dan turun di tol Tangkak. Dari sana, mak atau abah akan ambil aku balik rumah. Manakala dia akan menyambung perjalanan menghala ke Muar. Pernah satu kali aku tolong dia beli tiket. Aku beli tiket menghala ke Tangkak kerana pada fikiran aku dia juga boleh buat seperti aku. Turun di tol Tangkak dan hubungi keluarga untuk menjemput bali ke rumah. Tapi, dia menangis. Rupa-rupanya, dia mahu juga ambil tiket menghala ke Muar. Aku tahu aku salah. Aku pun beli tiket ke Muar pula untuknya. Langsung dia tak marah aku. Malah aku tak pernah tengok dia marah pun! Selalu tersenyum. Kalau tak setuju dia akan menangis saja rupanya. 

Di KISAS, kami juga dalam satu group nasyid Soutul Mujaheedah. Dia bahagian percussion, manakala aku bahagian vokal.

Entah kenapa, lebih kurang beberapa minggu yang lepas, aku tiba2 teringatkan dia. Memikirkan kembali baiknya dia. Sebab aku belum jumpa lagi kawan yang sama sepertinya. Aku rindu dia.

Aku tiba2 dikhabarkan pada Isnin lepas oleh seorang sahabat tentang keadaan dia yang kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kemalangan. Doa dan harapan untuk dia supaya cepat sembuh.

Tapi, tak sangka. Memori tentang dia rupanya tanda dia akan pergi. Sungguh kalau aku tahu, cepat2 aku akan hubungi dia. Namun, oleh sebab kesibukan hidup dan kerja, aku sampai terlupa apa yang sepatutnya. Menyesalnya aku tak sempat hubungi dia.

Hari ini, melalui sahabat yang lain, dia telah pulang ke rahmatullah pada 21 jun 2012, lebih kurang jam 4.40 petang, bersamaan 1 Sya'ban 1433 Hijrah.

Antara kronologi kisahnya:

Zarina Tardan merupakan anak kelahiran Johor yang sedang menghabiskan pengajian master beliau di USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian dalam bidang Elektronik. Ex-KISAS 2002/03. Bergerak aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam USMKKJ, NISA' kawasan (ketua UKK NISA' Parit Buntar) Perak & juga sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Gamis.

16 JUN- Saudari Zarina membonceng motorsikal brsama adiknya. Sekitar roundabout Queensbay bertembung dengan sebuah kereta lalu terpelanting mengakibatkn beliau terhentak di bahagian kepala & koma. Adik beliau hanya cedera ringan. Doktor terus melakukan pembedahan dan keadaan masih sukar diramal.

17 JUN- Ibu bapa Zarina tiba di hospital dari Johor. Sahabat2 terdekat juga baru dapat dihubungi dan terus bergegas ke hospital.

18 JUN- Pembedahan kedua telah dijalankan sekitar 5pm-8pm dan doktor masih gagal mencari punca bleeding. Dinasihatkan semua terus berdoa & solat hajat dilakukan.

19 JUN- Menurut doktor, pendarahan dalam kepalanya sudah menjadi selaput pada otak. Bacaan heartbeats perlahan & keadaan yang semakin kritikal.

21 JUN- Zarina Tardan kembali ke rahmatullah pada usia 26 tahun.


Sepanjang kenal, arwah seorang yang sangat baik. Selalu tersenyum, suka bergurau dan tak pernah marah. Kepada yang membaca, mohon sedekahkan sebanyak mungkin al-Fatihah & bacaan Yaasin kepada arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sana. Semoga Allah takdirkan apa sahaja yang terbaik buatnya di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Kami sayang dia, tapi Allah lebih sayangkannya lebih daripada kami sayangkannya. Mohon maaf jika ada salah dan silapku, sahabat...

Dia... Zarina Tardan.


  

Untuk bantuan kepada family Zarina, boleh bank in kan wang ke 


CIMB 
MUFIDAH BINTI MD SIDEK 
0306-0027088-52-8 

kpada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan,boleh menggunakan no akaun ini. -Nisa' Perak


p/s: Nukilan2 arwah Zarina di SINI.


with love,

Alya Syaqiera

2 comments:

  1. Innalillah...terkenang juga seorang sahabat yang pergi menghadap Allah di umur 21...
    nampaknya allahyarhamah seorang penggerak dakwah yang setia..moga bahagia di sisi Allah..
    moga kita sama2 menjadi penyambung usaha dakwah di dunia..=)

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...