Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, July 10, 2012

FETTUCCINE CARBONARA FOR DINNER


Ouh.. tak ada apa nak update. Gambar wedding pun tak dapat lagi. Nah gambar fettuccine carbonara, menu dinner tadi. Memang favourite aku. Ikut selera tekak aku je, En. husband terpaksa telan juga. hehehhhhe.. =)

Nampak macam biasa je, tapi best! Di tambah dengan ketulan ayam dan shiitake mushrooms. Memang nyummeh!



Ha? Resipi ye? Bukan reti masak pun. Main campak je bahan2. hihi..

    Resipi fettucine carbonara:


    Bahan2:

    setengah plastik fettucine (apa2 brand)
    1 tin Sos creamy carbonara Prego
    beberapa ketul isi ayam dipotong kiub (ikut suka, kalau nak banyak, boleh letak banyak2)
    3 biji bawang merah dihiris halus
    3 biji bawang putih dihiris halus
    beberapa ketul cendawan shiitake kering dipotong kecil & rendam dalam air garam
    secubit garam
    minyak masak
    sedikit air


    Cara masak:


    Fettucine


    1. Rebus fettucine dalam air, paras air agak2 paras fettucine yang direbus sahaja.
    2. Tambah garam sedikit, dan minyak masak sikit untuk elak fettucine melekat antara satu sama lain. Rebus sampai agak2 dah lembut dan bertukar warna jadi kuning cair.
    3. Angkat dan tos kan air rebusan.

    Sos creamy carbonara


    1. Panaskan 1 senduk minyak masak dalam kuali.
    2. Goreng sedikit ketulan ayam. Jangan terlalu garing & angkat.
    3. Goreng cendawan shiitake sedikit, jangan terlalu garing & angkat.
    4. Tumis bawang putih dan bawang merah.
    5. Masukkan ketulan ayam & cendawan shiitake tadi.
    6. Masukkan 1 tin sos creamy carbonara.
    7. Masukkan sedikit air dan garam.
    8. Kacau rata & tunggu sampai mendidih & masak (agak2 ayam dah lembut, cendawan dah masak).
    9. Curahkan creamy carbonara panas2 ke atas fettucine.
    10. Sedia untuk dihidang!


    Selamat mencuba..! hehehhe

p/s: Masa zaman study dulu, suka masak spaghetti untuk orang yang diminati. Sekarang ni, masak untuk En. husband lah. hehehhe

with love,
Alya Syaqiera 

4 comments:

  1. wahhh.. nampak sangat menyelerakan je.. nyum nyum #drooling

    ReplyDelete
  2. sedapnyerlah tgok...nyum2..nk resipi le?...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. resipi ye. heheh jap. tp guna tin je.

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...