Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, August 20, 2012

KALI PERTAMA BERAYA SEBAGAI ISTERI

Salam semua!!

Selamat hari raya pembaca semua. Tika aku menaip ni, aku dalam perjalanan bersama suami tersayang menghala balik ke Sepang semula selepas spend masa 24 jam beraya di rumah opah di Sungkai, Perak. 24 jam saja okay! Huhu

Tak puas rasanya beraya bersama opah dan mak di Sungkai. Mak pun cakap sekejap sangat aku di rumah opah. Opah pula suruh kami balik esok. InshaAllah tahun depan kalau panjang umur aku nak beraya lama sikit di kampung. Lama betul tak balik beraya di kampung sejak opah sakit dulu. Sekarang opah dah sihat dan boleh berjalan semula, jadi mak aku decide untuk balik beraya di kampung tahun ni.

Rasa janggal juga sebab aku tak dapat tolong mak untuk masak juadah hari raya seperti tahun2 terdahulu. Tahun ni tahu pertama aku beraya sebagai isteri dan menantu. Dua hari sebelum raya, aku sibuk belajar menganyam sarung ketupat dengan mak mertua. Memang aku tak pandai langsung. Dalam sejam dapatlah aku menganyam sebiji sarung ketupat. Hehe. Malam pula kami dah mula menyiapkan bahan2 untuk memasak keesokan harinya.

sarung ketupat hasil tangan sendiri.=D

Sehari sebelum raya, aku tolong mak mertua untuk masak juadah raya. Penat juga mengacau rendang daging 9kg apatah lagi aku tak bersahur pagi tu. Sambil tu, mak mertua sambung masak sambal kacang dan sup tulang. Petang sikit, mula masak sambal goreng pula. Tika itu aku rasa sedih sebab teringatkan sayur lodeh dan kari daging masakan mak. Sangat merindui. :(

Bila malam tiba, tradisi kampung, bertakbir raya dari rumah ke rumah. Turn rumah yang ke-dua akhir memang menuntut kesabaran untuk menunggu. Dalam pukul 12.30 malam, baru mula takbir di rumah mertua.

Selepas subuh raya pertama, kami terus ke rumah nenek dan makan di sana. Dan tengah hari raya pertama, aku dan suami mula bergerak, meredah hujan dan jalan jem untuk ke Sungkai. Bila tiba di perkarangan rumah opah, baru aku perasan yang aku sangat excited nak jumpa mak aku semalam. Sempat juga berkunjung ke rumah saudara mara,rumah tok tam, tok de, dan opah limah. Menu wajib kalau di sini sudah semestinya laksa penang my favourite! Dapat juga laksa sedap di rumah tok tam tadi. :D

Dan sekarang, kami dalam perjalanan bergerak balik ke Sepang. Begitulah rasa pengalaman pertama beraya sebagai isteri. Mungkin masih memerlukan masa untuk penyesuaian. Esok akan sambung beraya pula dengan mertua.

Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

  1. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...