Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Saturday, October 27, 2012

Aidiladha Tahun Ini


Salam semua.

Pastinya ada yang masih di kampung menyambut perayaan Aidiladha semalam. Pasti juga ada yang sudah pulang ke rumah masing2. Ada juga yang tak balik kampung untuk beraya, begitu juga dengan aku.

Aidiladha tahun ini agak sedikit berbeza, memang berbeza. Tiada perhimpunan keluarga. Aku cuma balik ke rumah mertua, memasak bersama dan beraya bersama. Alhamdulillah, aku rasa beruntung sebab masih ada orang tua tempat untuk menumpang kasih sayang. Mak dan ayah mertua melayan aku dengan baik sekali.

Sehari sebelum Aidiladha, mak mertua dah siap memasak juadah raya. Adik lelaki nombor 4 SMS mengatakan dia tak ikut balik kampung. Aku pun tapaukan lauk-pauk untuknya dan balik segera ke Klang. Rupa-rupanya, adik lelaki nombor 2 dalam perjalanan balik ke Klang juga dalam keaadaan hujan lebat itu. Aku pun tunggu mereka, makan bersama-sama dan balik semula ke rumah mertua untuk menyambut Aidiladha di sana.

Pagi, aku, suami dan mertua berkunjung ke rumah nenek. Kemudian, bergerak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Berbeza dengan tahun2 sebelumnya, aku pasti beraya dengan mak, dengan masakannya yang jadi kegemaranku. Tapi tahun ni, mak balik ke kampung di Perak ditemani dua orang adik perempuan, adik lelaki pula di Klang, dan aku di rumah mertua.

Beza, memang berbeza.

Salam Aidiladha!

with love,
Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...