Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, October 12, 2012

Tip Ceriakan Hubungan Suami Isteri

Hai all.

Alamak! Macam tak percaya je ada individu yang menegur aku dah lama tak update blog. Mohon maaf sebab tak sempat nak update blog kerana kekangan masa. Sekarang, jom curi masa! =)


Kalau nak dibandingkan ketika berstatus single dengan berkahwin ni, memang banyak bezanya. Satu perkara yang pasti, konsep 'berkongsi' kehidupan antara dua insan, suami dan isteri memang sedikit mewujudkan kelainan jika nak dibandingkan dengan masa single dulu. Satu contoh, kalau dah berdua sekarang, pendapatan pun jadi double! Kalau masa single dulu, beli satu barang dengan harga RM2, RM2 lah yang kita bayar. Tapi bila dah berkahwin, barang harga RM2, tapi kita bayar RM1, pasangan kita bayar RM1. Hebatkan? Jom semua kahwin cepat!! hihi 


Tapi lama-kelamaan, jika suami-isteri hidup macam biasa, mengikut arus, pasti rasa bosan akan timbul. Mana taknya. Kita hidup dengan pasangan, bukan untuk sehari dua, malah memakan puluhan tahun. Oleh itu, suami-isteri perlu mencari jalan untuk memastikan perkahwinan mereka dapat bertahan sehingga akhir hayat.


Tips untuk menceriakan hubungan antara suami dan isteri:


1. Ucapan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya dan mengelakkan anda daripada mengambil kesempatan antara satu sama lain.

2. Usik punggung (oopss!! =p) pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Ia bukan tujuan seksual sebaliknya hanya untuk mencetuskan kemesraan dan keintiman.

3. Beri ciuman setiap pagi.
    photo from wanitaisma.net



    4. Ucapkan ‘selamat pagi’ setiap pagi.

    5. Berpelukan.

    6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang menganggu anda.

    7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan, ia mungkin merosakkan hubungan kerana ia mungkin sudah tidak dianggap manja.

    8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran bila atau siapa yang patut melakukan.

    9. Amalkan mendengar apa yang diluahkan pasangan.

    10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara perkara yang mungkin anda kurang selesa.

    11. Jika isteri atau suami anda tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu di tonton, cuba main ‘5-3-1’. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan orang pertama tadi keluarakan dua lagi, jadi yang tinggal itulah tempat dituju.

    12. Walaupun tinggal bersama sebagai suami isteri, pastikan masing-masing masih mempunyai tempat untuk bersendiri di mana anda boleh berehat, membuat kerja kesukaan anda atau sekadar mengelamun.

Itu sahaja setakat ini. Selamat mencuba!! =)




SUMBER: Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...