Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 14, 2012

Bagaimana Merancang Majlis Perkahwinan yang Teratur (pt. 2)


Entry ini adalah sambungan daripada PART 1. Jom belajar bagaimana merancang majlis perkahwinan yang teratur. =)


11.KURSUS PRA-PERKAHWINAN


Hadiri kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.


12.PEMERIKSAAN KESIHATAN


Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.



13.HEBAHKAN MAJLIS


Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.



14.KAD JEMPUTAN



Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.



15.MENU


Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

photo from calligraphy-uk.com

16.PENGESAHAN TEMPAHAN


Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.



17.MENJEMPUT KUMPULAN MUZIK


Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

photo from miami.olx.com


18.RAWATAN KECANTIKAN


Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

photo from nedahairandbeautyspa.com


19.HONEYMOON


Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

Ketahuilah bahawa, perancangan majlis perkahwinan yang sistematik, akan menaikkan peratusan keberangkalian bahawa majlis anda nanti akan berjalan dengan lancar. 

photo from tarabassing.blogspot.com



“If you fail to plan, you plan to fail“

Semoga Berjaya! 





p/s: Bagi yang terlepas PART 1, klik SINI!


SOURCE OF REFERENCE: 

2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...