Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, November 13, 2012

Honeymoon 1: Melaka & Port Dickson (pt. 1)


Hai semua!! 

Happy Diwali! Hehe.. Apa yang uols buat cuti2 ni? Ada amalkan budaya berkunjung ke rumah terbuka tak? Kita kan 1Malaysia. Ewahh.. Bercakap tentang budaya rumah terbuka, aku teringat dulu masa menetap di Tangkak, rumah sebelah merupakan family berbangsa India. Setiap kali perayaan Deepavali, aunty tu akan buat open house dan invite kami semua datang makan di rumahnya. Paling suka kari kambing dia. Sedap sangat! Dan yang pasti, halal. Rindu pada aunty & uncle. =)

Ermm.. Oopss kenapa ya title honeymoon pula yang keluar hari ni? Haha.. Well actually first honeymoon kami di Port Dickson tempoh hari berlaku pada hujung bulan Mei 2012, tapi baru sekarang ada masa nak update. Maafkan saya. =p  Apa-apa pun, nak update juga sebagai kenangan untuk diri sendiri dan bahan bacaan peminat2 blog ni. Ahaks!


WEDDING RAKAN LAMA


Memandangkan seminggu selepas majlis bertandang pada 20 Mei 2012 merupakan cuti sekolah, maka aku dan en. husben bercadang untuk pergi bulan madu untuk pertama kalinya. Kebetulan pada 26 Mei adalah majlis perkahwinan my dearest Dilla di Tangkak. Dengan berbaju hijau dan shawl hitam, aku dan en. husben menuju ke Tangkak dulu menghadiri majlis Dilla. Dilla merupakan kawan sekolah semasa di Tangkak dulu. 

me & school old frens. From left Sarah, Yus, me & Nora. Semuanya dah berjaya. =)

Gorgeous Dilla with her handsome husband.

Yang paling aku suka dalam wedding dia adalah dress Dilla yang super gorgeous! Warna plum kesukaan aku, cutting & beadingnya sangat cantik! Hand bouquet gabungan bunga ros segar warna pink juga sangat cantik! Congrats Dilla & husband. =)

ok abaikan muka yang terteleng tu, hasil drp photog belum pro..
focus pada handbouquet saja ok. hihi


SINGGAH BERMALAM DI MELAKA


Selepas balik dari wedding, aku dan en. husben ke rumah abah untuk menjenguknya. Tapi disebabkan kesengalan tak call dulu bagitahu nak datang, so abah tak ada di rumah. Padan muka kami. Jadi kami pun terus bergerak ke Melaka.

Check-in di Hotel Tropicaville di Plaza Mahkota selepas berpusing2 cari hotel tak dapat sebab semua full! Cuti sekolah kan... Bilik kami menginap tersebut agak kecil, muat2 untuk letak katil queen size, shower, dan TV. Tapi tilam agak berhabuk. Terbersin2 aku. Hidung ni sensitif pula. Bilik pun macam ada bau lama sikit. Dalam fikiran aku, mungkin hotel lama kot. Hmm.. Tapi hotel ni sangat dekat dengan Mahkota Parade cum Parkson Shopping Centre, Dataran Pahlawan Mall, dan macam2 lagi. Disebabkan semua hotel full, so terpaksalah tidur juga di hotel tu. Ada juga several bad reviews about this hotel dalam tripadvisor.com. Hopefully, hotel tu akan improve kan service dan facilities dia.

Lepas mandi, bersiap untuk keluar makan di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka. Memandu ke sana bukanlah satu masalah buat en. husben sementelah dia pernah praktikal di Bukit Katil Melaka selama 6 bulan lamanya. So selok belok jalan di Melaka, semua dia tahu. (katanya...)

Menu kami pada malam tu ialah siakap bakar dimakan bersama nasi lemak berbugkus-bungkus, air kelapa, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan menu2 sampingan yang lain. Memang marvelous!

disebabkan tak ada gambar lauk, jadi tepek muka sendiri.
Time ni tengah lapar. Excited betul nak makan ikan bakar. hehhe

Sekembalinya dari makan malam, aktiviti yang paling best adalah tidur dan berehat sebelum bergerak ke destinasi seterusnya keesokan hari. =) 

CHECK-OUT & REFLEKSOLOGI


Bangun awal pagi, check-out, bersarapan pagi di mamak (hotel tak include breakfast), dan en. husben ajak berefleksologi pula. Kami pun singgah di satu kedai refleksologi yang diusahakan oleh anak-beranak berbangsa Melayu di Melaka dan mendapatkan urutan kaki. Sangat nyaman. =))


TO BE CONTINUED...


| part 2 || part 3 |



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...