Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 14, 2012

Honeymoon 1: Melaka & Port Dickson (pt. 2)


Hai all.

Sambil menonton rancangan kegemaran, Vokal Bukan Sekadar Rupa di TV3, tangan aku gatal nak menaip update blog. Hehe.. Oh ya.. Cerita honeymoon hari tu tak habis lagi kan. Jom sambung cerita. =))


CHECK-IN AT LEXIS HOTEL, PORT DICKSON

Selepas mendapatkan urutan refleksologi di Melaka, aku dan en. husben bergerak ke Hotel Lexis, Port Dickson yang sebelum ni dikenali sebagai Legend Water Chalets untuk check-in. Hotel ni berkonsepkan tradisional Bali. Price masa kami pergi tu RM700 untuk satu malam. Cuti sekolah kan. So up sikit lah harganya. Lexis ni dekat dengan Pekan Lukut. Awal-awal lagi en. husben dah cakap, "nanti kita pergi makan ikan bakar ok". Haha.. ikan bakar lagi. Bilik ada dua jenis; Tower Seaview Room dan Water Chalet. Bilik kami di water chalet, ala-ala terapung atas air tu.

Aku memang excited nak tengok bilik, apetah lagi nak landing atas katil kan.. hehehe.. Bila sampai terus  lompat atas katil. Wahh empuknya. Then snap2 apa yang patut.

ok. masuk dalam bilik je, akan terus nampak sinki dia. toilet, shower & sinki semua jumpa dulu sebelum jumpa katil. hehe.

toiletries-berus gigi, shower cap, shaver, garam bukit & soap.

yang paling penting untuk aku ialah hair-dryer! item wajib must-haves kalau pergi travel sebab rambut lambat kering. hehhe


Glass panel


Oh. Kononnya boleh nampak ikan berenang. Tapi air keruh! Tak nampak apapun. Lama aku tunggu nak tengok ikan. Tapi lumpur je ada. Hmm.. Baik pilih bilik yang ada swimming pool.



Glass panel- ada nampak apa2 creatures yang boleh berenang kat bawah tu? aha

oh hebat photgrapher tak pro ni ambil gambar kan. adeke ambil kepala katil je. hehehhe.. alasannya, atas katil bersepah barang! haha

Small balcony. Yeah! Best lepak sini berdua pada waktu malam, sambil angin meniup sepo2 bahasa.


Open top shower & jakuzi


Oh ya. Yang paling aku suka adalah open top shower dan jakuzi! Shower dia boleh buka atap dia kalau nak, so kalau mandi tengah malam boleh berangan sambil tengok bintang. Kalau hari hujan pun ok juga. Buka top tu, boleh jimat air. Mandi guna air hujan je. Hahaha. Kau hado? =p

shower-pun jumpa dulu before jumpa katil =)
jakuzi! yeahh tak sabar nak berendam dalam tu. Nak buat satu kat rumah boleh?


Bilik kami menghadap bilik lain, bukan seaview. So tak best lah. Tak apa. Aku dan en. husben duduk dalam bilik je. hehe

boleh skodeng apa jiran depan ni tengah buat. hehe.. ni view daripada balcony.
eh rasa nak memancing pun ada ni.





Overall, aku suka konsep bilik dia. Selesa, bersih, dan semua facilities ok. Tak rugi datang sini. Cumanya, Lexis tak ada beach. Air laut pun tak bersih mana pun di PD ni. Macam biasalah. Keruh! Ada pool, tapi tak adalah aku nak mandi pun. 

Rasionalnya kenapa aku dan en. husben pilih Lexis PD ni sebagai destinasi honeymoon sebab tempatnya sebelah rumah je! Cepat dan senang sampai! hahaha. Tu alasan pertama lah. Yang kedua ialah, kata nak honeymoon kan. Duduk dalam bilik je la honeymoon. hhahaha.. Bak kata sorang kawan aku, honeymoon pertama ni adalah untuk kenal diri masing2 dengan lebih mendalam lagi. Ewahh  =)

Okay sampai sini dulu. 

TO BE CONTINUED...



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...