Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, November 22, 2012

Honeymoon 1: Melaka & Port Dickson (pt. 3)


Hey all.

Tangan gatal nak menaip! Hmm.. siapa kata tulis blog ni senang? Haha.. tak senang pun bagi aku. Bagi aku la.. Bagi blogger2 tegar tu mungkin tak la kan. Bukannya apa. Tangan gatal nak update itu ini. Setiap hari ada saja perkara yang berlaku dan boleh diceritakan dalam blog, tapi tak sempat. Bila tak sempat, tak mungkinlah aku akan update bila cerita tu dah basi. Bila ada masa nak update, kadang2 terfikir pula, apalah yang aku nak tulis ni. hihi.. Begitulah ceritanya... =p

Ok terus ke content.

snap dulu dalam bilik hotel. Eh ni budak kacamata ke apa ni? haha

MANDI DI PANTAI TELUK KEMANG



Selepas aku dan en. husben check-in di Hotel Lexis, Port Dickson macam dalam Part 2 tempoh hari, lepas siap golek2 atas katil, kami pun bersiap untuk ke pantai! Pantai apa yang jadi pilihan tu? Mestilah pantai Teluk Kemang.

on our way heading to Teluk Kemang. Excited! =)

Sampai sana, en. husben terus singgah kedai2 jualan di tepi2 jalan masuk ke pantai. Dia nak beli seluar pantai katanya. Hehe.. aku pun snap2 la gambar.

lama tau pilih2...

tak sabarnya nak mandi!!
keadaan pantai yang urmmm biasalah.. =)

Tiba2 terjumpa perempuan excited ni!! Tak sempat tanya nama dia. Hahahha..

Unplanned untuk mandi pantai. Pakai je seluar tidur dan pinjam jersey en. husben. Kau ada? miahahahah



Ok... Aku akui lah. Memang TAK BEST kalau ke pantai berdua je. Aku lebih suka pergi ramai2. Baru bising sikit, dan suasana happening! Pergi berdua je, tapi aku sorang je yang mandi pantai. Boleh? haa.. memang boring teramatS! Sampai sekarang en. husben masih berhutang lagi nak naik banana boat dengan aku. Hmm.. Sangat menjeleskan bila tengok orang ramai naik banana boat dan mandi sama2 okay.

best je tengok mereka ni.

ouh so lovey dovey.. =PpP


Ok cukup lah mandi tu! Perut pun dah lapar. Pergi salin baju, dan apply make-up semula dalam kereta. Lepas tu terus cari tempat makan! =))


DINNER DI PEKAN LUKUT



Sunset. Kami cari restoran yang tepi laut. Sungguh romantis. Tak ingat nama restoran.

happy faces.

makan2 ditemani sunset.
ambil kesempatan sebelum hari bertukar gelap.

Sedang berbual-bual dan bergurau senda, makanan pun sampai! 


Kupang, sayur campur dan hidangan wajib, sotong goreng tepung. =)

Habis makan, kami pun balik ke hotel. 


DEMAM 


Sampai ke hotel kami terus berjakuzi. Hihi..

tengah buih-buihkan jakuzi.


Lepas mandi tu aku mula terbersin-bersin. Selsema pun datang. Deman rupanya. Hmmm.. sangat tak best bila nak bercuti, sakit pula datang. Apa lagi. Terus masuk tidur lepas tu.


SARAPAN PAGI & CHECK-OUT


Pagi esoknya, aku bersin dengan hebatnya. Mata pun rasa panas. So tak boleh pakai contact lens, jadi mak nenek lah bila pakai spek mata. Aku dan en. husben pergi breakfast. Banyak pilihan juga di breakfast di hotel ni. Fettuccine carbonara kegemaran aku pun ada! Hihi.. Jadi kena makan banyak2!

yang ni masa dah penutup. Makan coco crunch & honeystar aje..

Usai bersarapan, kami jalan2 sekeliling hotel. Seriously aku dah tak tahan selsema. Rasa sangat tak best. Tapi sempat juga snap2 lagi. hihi

kami punya bilik di bahagian Atlantic =)

dress-up orang demam hari tu;
Cardigan & blaus from Cotton on.
Handbag from Mango.
Belt & necklace from Vincci.
Shawl takde brand. =)

Check-out dan terus singgah di klinik di PD. Doktor kata, memang sekarang tengah musim demam di PD. Ouh so tak pelik sangatlah. Mungkin cuaca panas sangat ketika itu. Lepas ambil ubat, en. husben belikan bubur mcD untuk aku. Sepanjang perjalanan pulang, aku tidur je dalam kereta.

Overall, menginap di Hotel Lexis sangat selesa. Ada peluang lagi, aku nak ulang lagi honeymoon di sana. hehe.. =))

Thank you for reading! =))

p/s: Bagi yang terlepas bahagian sebelumnya, sila klik di Part 1 dan Part 2. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...