Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 14, 2012

Review: Majlis Resepsi Alya & Najib


*view our reception video HERE!

Seawal pagi 13 Mei 2012, kerja2 mengemas rumah & menyusun atur segala item untuk majlis resepsi telah dilakukan dengan bantuan keluarga dan jiran2 terdekat. Aku terus mencapai penyembur air untuk menyembur bunga hidup di meja makan beradab dan meja tetamu. Bunga hidup yang siap2 digubah dan diletakkan pada hari memasang khemah pada hari Jumaat lepas, tentu saja akan layu pada hari Ahad kalau tak dijaga.

fresh flowers for guest table centerpiece

Sedang leka mengemas, lori caterer sampai awal seperti yang dijanjikan iaitu pada jam 10 pagi. Oleh sebab caterer agak jauh iaitu dari Cheras, jadi aku sarankan mereka supaya sampai awal. Sebenarnya aku sangat risau kalau apa-apa terjadi kepada caterer sepanjang perjalanan. Tapi alhamdulillah seperti yang dijanjikan mereka dapat sampai awal untuk setup itu ini. Aku mohon menumpang  di rumah jiran sebelah untuk menempatkan caterer. Selepas memastikan caterer dah tahu tempat mereka dan mula memunggah peralatan dan lauk pauk, aku terus naik ke bilik, mandi, pakai baju siap-siap, dan tuam muka dengan kiub ais memandangkan MUA (make-up artist) akan sampai pada jam 11 pagi.

MUA tiba dan aku terus dimekap. Sikit demi sedikit tetamu datang dan ada juga yang masuk ke bilik pengantin untuk berjumpa. Maaf kawan-kawan sebab bersiap agak lambat dan tak sempat nak melayan semuanya.

ratu sehari sahaja sedang bersiap.

Selesai menyarung tudung, veil, dan crown, MUA bergegas ke masjid pula, tempat di mana rombongan pengantin lelaki bersanggar. Aku terus membega-bega tudung kerana merasakan style yang digayakan kurang umpph. Ewahh.. haha.. Seriously aku tak cuba lagi fitting pakai tudung dengan dress ni. Mula2 aku masukkan tudung ke dalam baju. Tapi disebabkan leher cheongsam pada dress, membuatkan kurang kena sedikit dengan style macam tu. Mungkin jika lehernya sedikit tinggi ke atas, lebih sesuai dengan style itu. Jadi aku keluarkan tundung dan pakai macam biasa di luar. Aku patut berterima kasih kepada cik pengapit yang sudi meneman dan melayan karenah aku pakai tudung. Hahahaha.. Sabar je lah kan.. Lama tu... =p

Dress juga begitu. Agak longgar dibahagian pinggang ke atas. Maka perlu dipinkan agar nampak kemas melekat di badan. Siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan cik pengapit sebab dia berada dalam bilik pengantin bersama dengan aku ketika itu. hehehhe..

Dah siap! Jam menunjukkan tepat jam 12.30 tengah hari. Ada isyarat dari bawah menyuruh aku turun kerana rombongan lelaki dah sampai. Wahh! Awal mereka sampai. Aku begitu teruja dan berdebar-debar. Dalam masa yang sama risau kerana penari yang berjanji akan menjadi flower girl dan berarak bersama masih belum sampai. Aku segera menyarung sepatu emas milik adikku dan turun. Haha.. kenapa milik adik?? Sebenarnya ada kasut emas yang disediakan pihak butik, tapi aku rasakan kasut adik aku sesuai sangat dengan material dress aku, maka aku pinjam dari dia. Dia pula dengan baik hatinya memberi pinjam kasut emas yang baru dipakai sekali sahaja ketika majlis makan malam di universiti. =))

ini kasut yang butik sediakan. cantik kan? =)

Apabila aku turun dan keluar untuk menyambut suami dan rombongan pihak lelaki, seperti yang aku duga, penari belum sampai lagi. Tapi aku harus cool. Nasib baik ada tiga orang sepupu cilik yang jadi flower girl menggantikan penari2 yang aku dah tempah tu. Lega sikit aku tengok budak2 tu. Pakai purple gown sambil pegang mangkuk polisterin berisi bunga rampai. So cute! 

see how cute they are in purple gown & scarf. thanks to makteh & maksu bagi pinjam ur girls & sponsor their outfits. =))

Aku dipimpin oleh seorang daripada flower girl menemani aku untuk menyambut  rombongan pengantin lelaki. Debaran berkurang sikit bila tengok keletah budak2 ni. hehehe.. Kompang pun mula dimainkan. Flower girl masing2 takut nak berjalan. Nasib baik ada makteh dan maksu yang beri arahan kepada mereka untuk berjalan dan taburkan bunga rampai. =)


raja & ratu sehari sahaja. bagi can la tepek pic sendiri banyak2 hehehhe


Setelah selamat duduk di pelamin, doa dibacakan tanda kesyukuran dan pengharapan agar hubungan yang terjalin antara dua insan dan kedua-dua keluarga kekal selamanya hingga ke syurga. Silat pembukaan pun masuk. Ketika ini, penari juga baru sampai. Kami bersanding, dan acara menepung tawar berlangsung. Deejay betul2 ikut teks yang aku siapkan untuknya.


Kirana dancers from Bandar Sunway

Kronologi majlis semua berjalan seperti yang aku mahukan. Segalanya berjalan lebih awal dari masa yang aku rangkakan! Cumanya, deejay agak sukar untuk melihat pengantin memandangkan tempat deejay  jauh sedikit daripada khemah pelamin dan makan beradab kami. Masa agak drag di situ, tapi dengan bantuan uncle Jalal sebagai floor manager dan uncle Halmar jiran sebelah, boleh dipuji. Thanks uncles!

Sesi makan beradab, persembahan tarian diteruskan, karaoke dimulakan dan acara sesi bergambar.

Tamat semua acara, tibalah masa untuk aku pula menyanyi. Aku ajak en. husband untuk berduet, tapi alasannya sakit gigi (sebenarnya pemalu!). Maka dia teman aku menyanyi. Lagu yang aku nyanyikan, Percayalah dan Dialah Di Hati sudah pasti daripada seleksi Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi kegemaranku. Masa ni ada kawan2 yang cakap, hati mereka rasa tersentuh bila dengar lagu Percayalah. Tak pasti pula kenapa?

Kemudian, aku dan en. husben bersalam-salaman bertemu tetamu dan saudara mara yang hadir. Terima kasih banyak2 buat saudara mara dan kawan yang sudi hadir tak kira dari jauh atau dekat. Maaf sebab tak dapat layan semuanya. Terima kasih juga untuk hadiah2 yang banyak dan sumbangan yang diberikan. =)


Tanpa orang2 dibawah, tentu sekali majlis ni tak dapat berjalan dengan jayanya. Big thanks to:
  • especially to my lovely mom. Tanpa mak, tak tahu bagaimana majlis tu. I dedicate this entry post to you, mom. I love you. Tak tahu rasanya bagaimana nak membalas budi mak. ;(
  • kepada Amy my sister yang banyak tolong itu ini tanpa mengeluh, walaupun tengah busy nak exam masa tu. 
  • Chapiey my brother yang banyak keluarkan duit beli itu ini yang tak pernah cukup2 untuk majlis (tapi dah bayar balik la hehehe).
  • Meen my brother yang banyak panggil kawan2 untuk tolong itu ini
  • Yuyie my sister yang sudi siapkan doorgift walaupun minggu tu tengah exam mid-term.
  • special thanks to mak teh & mak su yang sudi pinjamkan flower girls dan sponsor baju untuk mereka
  • kepada Paklong, maklong, paklang, maklang, imai, awish yang sudi touch up itu ini
  • kepada jiran2 Haji Ramle, uncle Halmar, uncle Jalal dan Rukun Tetangga kawasan taman yang sudi membantu, bagi pinjam jalan untuk dirikan khemah, jadi saksi etc.
  • photog, Mr. Killabee & Mr. Abam Mizie & juga videographer Mr. Taufik & Mr. Amran
  • make-up artis kak Rose JR
  • Mr. Hizam dan Mr. Hisham vendor pelamin yang cantik itu
  • caterer Sri Anjung untuk hidangan yang sedap. 
  • Kirana Dancers & coordinator, Azie
  • Hamizan, pesilat yang handsome
  • saudara-mara yang datang, Opah yang sudi datang
  • cik pengapit, Intan yang menjaga dari hujung rambut sampai hujung kaki, from a.m to p.m teman shoot etc. Sangat berkaliber hokay! luv u muahh
  • my bestie cik Ayu yang sponsor cookies untuk kids doorgift & tolong bertugas dari pagi sampai ke petang.
  • ex-housemate, Syu & Yanie yang sudi bertugas dari pagi ke petang
  • kawan2 tempat kerja, kawan2 sekolah SK Sri Tangkak/SMK Tun Mamat/Kolej Islam, kawan2 KMJ/UPM, kawan2 model/photog/MUA, kawan2 FB/Twitter, kawan2 blogger, kawan2 lama & baru yang sudi datang 
  • cik Eda & cik Ida yang banyak tolong itu ini, gubah bunga, buat bunga rampai dll.
  • kawan2 meen yang sudi tolong cucuk bunga telur dan bungkus doorgift
  • etc.



Hanya Tuhan saja dapat balas jasa baik kalian. Doakan kami berdua agar bahagia sampai ke syurga ya. Ameen. =))


p/s: Kalau terlepas pandang tak credit nama, sila bagitahu ya!





--------------------------------


Dress/Accessories/HandbouquetHizam Ariffin
Triangle Shawl: Almaree by Twinz
Gold Glitter Shoes: Amy Syakeyla  

Pelamin & Deco: Hizam Ariffin

Make-up: Rose JR

Photographer: Killabee & Abam Mizie

Cinematographer: Tauffik Aris & Amran Syarifuddin Abdullah 
(D Anonymous Photography)

Caterer: Sri Anjung Caterer, Cheras



2 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...