Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, November 4, 2012

Movie Review: Aku Terima Nikahnya


Hai all.

Ni cerita minggu lepas. hehe.. Aku paksa en. husben teman aku pergi tengok wayang. PAKSA?? So, terpaksalah aku yang belanja beliau siap dengan popcorn sekali. Tempat macam biasalah, di GSC Alamanda, Putrajaya.

Seriously aku tak pernah baca novel Aku Terima Nikahnya. Aku tak minat langsung baca novel, so memang movie yang diadaptasi daripada novel, aku tak tahu jalan ceritanya.

the poster.

Movie Aku Terima Nikahnya berkisar tentang pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Adi Putra as Johan dan Nora Danish as Arlisa yang baru berkahwin dan sayang-menyayangi. Dan paling sesuai untuk ditonton bersama pasangan masing2 yang SAH sebab very romantic film! Sampai terbawa-bawa jugalah ke alam realiti! Eh! Movie mana yang direview ni? hehehe..

scene romantis main water color.

Kisah romantik mereka tiba2 terhenti kerana Johan terlibat dalam kemalangan sewaktu berjogging. Tragis juga la sebab Johan disahkan menghidap Selective Amnesia dimana dia hanya ingat kehidupan dia sebelum berkenalan dengan Arlisa. Bermula dari situ, Johan rasa macam berkhalwat bila tinggal bersama dengan Arlisa sebab dia memang hilang ingatan langsung terhadap isterinya!

okay. husben awk tak ingat awak dah.

Arlisa banyak berusaha untuk mengembalikan ingatan Johan padanya termasuk bawa Johan ke tempat Johan propose Arlisa  pakai baju yang disukainya dll. Tapi tak berkesan langsung, malah Johan terpikat pula pada kawan baik Arlisa yang dilakonkan oleh Mon Ryanti.


Dan malas nak cerita banyak, penonton boleh agak ending dia, happy ending je. Hmm.. Takpelah. Ok la tu kan. ahahha.. Aku bagi 5/10.

APA YANG AKU SUKA


1. Scene romantic, especially scene Adi melamar Nora sangatlah "Hey aku nak juga macam tu". :p
2. Nora Danish yang manja.
3. Baju2 Nora yang stylo. Sangat suka okay!
4. Rumah mereka yang sangat cantik dan mewah.
5. Nora berlakon scene sedih memang menyayat hati betul. Thumbs up!

APA YANG AKU TAK PAHAM


1. Scene yang last2 bila Adi jatuh dan tak termakan ubatnya, tapi tiba2 keesokan harinya dia boleh pergi jumpa Nora. Serious ingatkan dia dah mati.
2. Macam mana Adi Putra boleh benci gila dekat Nora dan tak percaya Nora tu isteri dia sedangkan di rumah mereka ada gambar kahwin besar gedabak lagi.
3. Scene romantis terlampau sangat, sampai kiss2 tak perlu kot. Hmmm.. -.-
.................


Till here. Bye.



p/s: Jom layan trailer.





with love,
Alya Syaqiera

4 comments:

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...