Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, November 5, 2012

Movie Review: Silent Hill: Revelation 3D


Hai all.

Semalam ke panggung lagi. Sengaja habiskan masa berdua dengan en. husben jalan2. Hujan memang tak berhenti kan sejak seminggu lepas? Di AS sibuk dengan taufan sandy, di Malaysia pula hujan tak berhenti sampai banjir. Apa-apa pun, kena bersedia menghadapinya. Kalau rasa tempat tinggal tu di kawasan rendah, maka sila alert dengan amaran banjir. Muehehheh.. 'ter'bagi ucapan pula.

Berbalik kepada movie, aku nak tengok Sinister sebenarnya. Disebabkan tayangan lewat sangat, jadi tukar kepada filem Silent Hill Revelation 3D ni. Aku tak tahu pun movie ni diadapstasi daripada satu video game.

Poster. ok serius seram kot jumpa nurse macam ni takde muka n tikam bila dengar bunyi.

Movie ni mengisahkan anak-beranak, Sharon aka Heather(nama baru ayah dia bagi bila baru berpindah ke tempat baru) dan ayahnya yang hidup berpindah randah disebabkan 'sesuatu' yang Heather tak pasti mengenainya. Heather ni selalu bermimpi yang pelik2 yang menggambarkan dia di funfair dan bertemu dengan makluk pelik. Ayah Heather selalu berpesan, jangan pergi Silent Hill tu.

Ini Heather. She's cute.
Pada hari jadinya yang ke-18, ayah Heather hadiahkan satu baju bewarna putih, sama seperti yang dia selalu pakai dalam mimpi dia. Makhluk misteri pun mula serang dia (entah datang dari mana agaknya aku pun tak paham). Tiba2 ayah dia hilang. Heather pergi selamatkan ayah dia atas pertolongan seorang kawan lelaki bernama Vince yang baru dikenalinya di sekolah. Rupanya lelaki tu adalah anak kepada syaitan yang memberi tugas kepada Vince supaya bawa Heather ke Silent Hill. Tapi Vince tu tak sampai hati sebab Heather baik.


Bila Heather sampai di Silent Hill, macam2 lah jadi. Jumpa makhluk itu, jumpa makhluk ini. Dan sama macam mimpi dia, dia bertemu Alessa. Alessa ni rupanya sebahagian dari diri Heather, dia cakap Heather anak dia. Tapi Heather merasai kasih-sayang, tak macam Alessa yang dihantui kegelapan bla bla bla. Ok dah taknak cerita lagi. Sila tengok sendiri. :P


ok ini Alessa, hantu jahat.

meet with Pyramid Head.


Overall, ramai gamers komen movie ni tak sama langsung macam video game dia. Well aku pun tak main game tu, so tak kisahlah. Aku rate filem ni 6/10.


APA YANG AKU SUKA


1. Part yang suprise memang banyak. terkejut dan terjerit juga pada certain scene tu. ehhe
2. Suka scene hantu nurse yang akan bergerak tikam orang kalau dengan bunyi. Gila seram kalau jumpa.
3. Scene Pyramid Head potong tangan banduan yang terjulur keluar dari cell. Gila kejam!
4. Suka masa ada makluk kepala patung tu. Creepy...~


APA YANG AKU TAK FAHAM



1. Ayah Heather cakap jangan pergi ke Silent Hill, tapi Heather pergi juga dan dapat selamatkan ayah dia dan selesaikan masalah mereka selama ni. So, kalau tak pergi sana, dapat ke nak sleesaikan masalah tu? Hmm.. dah nama pun movie kan. Kadang2 banyak je yang tak logis.
2. Tak paham bila Pyramid Head berlawan dengan mak lelaki tu tiba2. Padahal sama2 iblis duduk ditempat yang sama. hmmm..
3. Pyramid Head dia boleh angkat pedang dia masa berlawan, sedangkan bila nak bawa pedang tu siap heret2 lagi (nak bagitahu yang pedang tu sangat berat) -.-'

.................................................



Jadi kepada penggemar horror movie dan suka movie yang banyak effect, bolehlah try tengok movie ni ya. Sebelum tu, jom layan trailer.




Ok bye.


with love,
Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...