Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, November 9, 2012

Nota Buat Bakal Raja Sehari pt. 2 (dari perspektif seorang jurugambar)



Hey all.

Ini dia sambungan daripada PART 1, nota buat anda bakal raja sehari daripada catatan dan perspektif seorang wedding photographer. Ok bakal pengantin semua, ayuh cepat ambil buku nota! =D


1. Berarak : 


Lepaskan Azan Zohor dulu. Tak elok la masa berkompang2 sama dengan azan.


2. Pengapit atas pelamin : 


Pesan kepada pengapit, semasa sesi menepung tawar, berhenti sekejap mengipas pengantin, sebab akan mengganggu photographer.


3. Sesi melempar gula2:


Penulis suka jika pengantin ada lempar gula2 semasa di pelamin, sebab masa itu baru dapat snap senyuman natural & gelak ketawa pengantin.


4. Gambar outdoor : 


Nak nampak kelas, banyakkan shoot outdoor TANPA memandang kamera. Kalau gambar di pelamin dengan family dan saudara-mara yang wajib tu skema pun tak apa. 


5. Cake toppers : 


Penulis ada perasan di Midvalley ada booth yang boleh buat patung kecil sama seperti gambar orang yang ditiru. 300++ kalau tak silap. Klau ada, cun juga, kelihatan cute la majlis tu nanti kononnya.


photo from onewed.com

6. Jangka masa majlis:


Beritahu kawan2, kalau nak datang tu jangan smpai pukul 5. Katering smpai pukul 4 je pun. Kemudian, pengantin nak pergi shooting outdoor lagi. Kalau tak dapat salam berjumpa pengantin tu mintak maaflah ye, dah cakap awal2 jangan datang lepas pukul 5.


7. Tarian:


Upah penari2 zapin ke, Istana budaya ke, menari2 sikit. Kata Raja Sehari kan.

Kirana dancers from Bandar Sunway.
Photo by Killabee


8. Susunan aturcara yang dirasakan sesuai :


  1. Berarak dgn kompang (perempuan kiri, lelaki kanan, tangan kanan pmpuan kepit tangan lelaki)
  2. Naik pelamin (kadang2 ada bacaan doa, tengok family la)
  3. Acara menepung tawar (JANGAN AMIK GAMBAR DENGAN FAMILY TIME NI! Kalau dah sekali kena tahan nak ambil gambar, habis kawan2 yang lain, sedara2 pun tahan pengantin). So, dah rugi beberapa minit, family pelawat tu panas dan lapar nak makan.
  4. Turun untuk makan beradab (tunggu! doa sekejap..)
  5. Makan ala kadar saja, tak payah la smpai licin pinggan ikan ayam dan udang tu.
  6. Potong kek (tak payah tengok kamera, orang suap orang makan mana ada  tengok tempat lain)
  7. Ajak family sebelah pelawat shoot gambar dulu (sebab mereka akan balik sekejap lagi)
  8. Kemudian sedara family pelawat
  9. Next kawan2
  10. Kemudian turun salam2 tetamu (ingat, mereka datang nak tengok pengantin, bukan nak salam makan jek) "Jemputlah makan!"/ "Terimakaseh datang!" / "Lama tak jumpa, duduk mana skrg" / bla bla kejap je sudah...
  11. Tetamu dah tak ramai, ajak family tuan rumah bergambar puas2, tergolek terlentang semuanya la.
  12. Kemudian pengantin pose la sikit kat pelamin berdua, dah bayar pelamin berhempas pulas tak bergambar rugi pula.
  13. Pengantin pergi shoot outdoor.

9. Rasa kekok depan org ramai??:


Tak perlu fikir sebarang kekurangan diri anda, konfiden je macam biasa & tak payah kontrol2 sebab selalunya gambar tak cantik kalau kontrol2 ni. Ingat dalam kepala jangan hirau orang lain, ini majlis anda dan anda punya suka la nak buat apa. Kalau nak ketawa, ketawa saja. Candid yang terbaik adalah yang datang secara natural.


10. Rehearsal : 


Tanya kepada photographer yang anda dah book tu, boleh tak nak buat pre-wed di tempat public? Pasangan anda sukar berposing candid? Senang saja, tarik telinga dia, cucuk perut dia, gelak ketawa yg dapat dicapture itulah yg paling beremosi dan tak akan basi kalau ditatap sampai bila2 dalam album anda.


11. Bajet fotografi & videografi??? :


Survey cukup2. Lebih senang kalau anda bagitahu mereka anda ada banyak ni & then tanya apa mereka boleh bagi, kemudian rundinglah yang terbaik.


12. Hari majlis yg dicadangkan : 


Sabtu. Sebab Ahad boleh rehat2 lagi, orang jauh pun boleh datang tak kisah sebab esok cuti lagi. 


13. Minggu majlis yg dicadangkan : 


Awal bulan. Sebab dapat lebih banyak hadiah nanti.

hadiah daripada siapa ya? =)
Photo by Killabee


14. Masa berarak:


Pandang depan tengok org & senyum macam biasa. Jangan pandang bawah


15. Masa bersalaman:


Nak bersalam2 atau laga pipi, mulut tak payah muncung2, senyum je. Jangan tonyoh hidung/dahi smpai penyek, letak asal jejak je sudah.


16. Masa di atas pelamin :


Pun, jangan asyik tengok bawah je, tengok depan ye.

.................................


||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Olahan semula: Alya Syaqiera

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||




p/s: Terlepas PART 1? Klik SINI sekarang! =)





No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...