Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Wednesday, November 21, 2012

Tips Menghadiri Casting


Salam semuanya.

Cerita Sabtu lepas.

Pagi2 dah bangun, apply make-up sendiri. Memang dah biasa mekap diri sendiri. Angan2 nak buat business make-up kan orang, in short "mak andam" katanya... Tapi tak mula2 lagi. Hmm bilalah nak mula kan. Hihi.. Make-up sendiri yang agak memakan masa jugalah. Biasanya perlu masa selama 2 jam; pakai base + fake lashes + pakai baju dan belit tudung. Huh! Nak pergi mana ni? Pergi casting!! So haruslah make-up cantik2. =P

Tema warna yang dah ditetapkan untuk casting adalah pink! Pink memang sinonim dengan diri aku. Ehek. Dulu benci tau warna pink. Tapi bila dah tua ni, suka pula, lebih2 lagi shocking pink. Warna terang memang kesukaanlah! Urmmm.. masalahnya, tudung dan shawl banyaklah yang warna pink. Baju? Oh memang tak ada! Makanya aku capai satu kemeja bunga2 pink kecil, dipadankan bersama jeans hitam. Tudung fuchsia pink hadiah daripada Engku Sofea tempoh hari. Hmm.. dah rasa macam nak pergi pasar pun ada pakai macam ni sebab too simple nampaknya... Tapi itu je yang ada, sarung jelah!

Hujan renyai2 di luar. Jam dah menunjukkan pukul 9, sedangkan casting bermula pada jam 10. Serius tak pernah drive sendiri ke TTDI. Nasib baik ada GPS! Maka aku tak risau sangat kalau sesat.

Heels aku sambar dan bawa masuk dalam kereta nan putih. Start enjin dan terus pecut. Pagar rumah? Aku biarkan terbuka. Kejap lagi en. husben nak keluar juga. Jadi minta tolong dia tutupkan lah. hehehhe.. Teruknya aku. Alhamdulillah en. husben sangat baik hati. hehe...

GPS banyak membantu sepanjang perjalanan. Dah sampai One Utama shopping mall, aku call organizer untuk tanya studio di mana. Ye. Casting akan berlaku di studio. Dua nombor organizer aku dail, tapi dua2 tak ada respons. Busy agaknya, aku berfikir. Aku pun call nombor ofis studio.


"Hello boleh saya tahu studio ni di mana ya?"

"Oh awak masuk jalan depan one utama, terus saja sampai nampak CIMB"

"Oh! Saya dah depan sekolah warna oren ni. Maksudnya betul lah tu jalannya ya?"

"Oh ya, boleh juga dari situ terus sampai nampak Maybank"

"Oh terima kasih ya. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap"

"Sazlan" (dengan nada macho)


Banyaknya "OH!" engkau! Haha.. Ok fine. Owner sendiri yang jawab panggilan. Ala.. en. Sazlan choreographer tu. Tak sangka boleh bercakap dengan beliau. hihi..

Akhirnya jumpa studio tu. Aku ni biasalah. Aku duduk beberapa minit dalam kereta, sarung dulu heels, touch-up dulu mana yang patut dan pantau keaadaan sekeliling sebelum keluar kereta. Aku ni kan penakut! Seriously kalau di tempat baru, aku akan jadi sangat penakut. Rasa lebih selamat kalau duduk dalam kereta.

Oh ya! Dah clear, boleh keluar dan naik ke studio. Perasaan lega! Sebab ramai gadis2 cantik dah ada di sana! hihihi..

Pertama sekali, kami di shoot beberapa pose. Kemudian catwalk. Juri merupakan model, Zue Alias. 

met with aimi syahirah, si gadis mata cantik. Tengok mata dia bulat je kan compared to my mata sepet! heheh


Sejam kemudian, 4 tetamu datang. Seorang wartawan dari majalah Nona, seorang model wanita, seorang choreographer aerobic dan seorang lagi penyanyi. Kami kena catwalk lagi, mula2 individu kemudian berkumpulan.

catwalk session. ya itu seorang drp tetamu. Mr. Jonathan, seorang choreographer.


Aku fikir casting ini adalah macam casting2 lain yang pernah aku hadiri. Rupanya tak. Banyak tips yang diberikan oleh tetamu dan juri yang boleh digunakan untuk masa hadapan. 

Tips menghadiri casting, antaranya:


PAKAIAN


Pakai pakaian yang sesuai dengan tema yang telah ditetapkan jika ada. Contohnya jika casting untuk pakaian sukan, maka pakailah pakaian sukan. Kalau untuk pakaian muslimah, pakailah baju yang berseuaian dengannya dan berhijab. Kalau casting untuk majalah fashion, maka pakailah yang stylo dan lain2.


MAKE-UP


Make-up tak perlu heavy. 

1. Pakaikan foundation dan concealer jika perlu. 
2. Sapukan sedikit light blusher. 
3. Tak perlu pakai fake lashes, mascara sudah memadai. 
4. Sapukan eyeliner di atas kelopak mata tetapi jangan bawah mata sebab akan nampaknya wajah lebih tua daripada usia.
5. Pakai eyeshadow warna2 tanah dan natural seperti warna cream atau coklat. Buatkan solekan soket. Tetapi elakkan smokey eyes yang berat.


ON-TIME


Datang on-time. First impression amat penting! Jika anda betul2 berminat, pastikan anda menunjukkan disiplin diri yang baik.

KULIT BERSIH


Kulit mesti dijaga dan bersih. Jerawat adalah perkara normal. Yang penting adalah groom yourself! Jalani rawatan facial, buang make-up dengan segera apabila telah habis event, ikuti rutin penjagaan wajah yang betul dan sebagainya.


POSE

Untuk model bertudung, pose mestilah bersopan santun sesuai dengan watak bertudung yang dibawa. Pose tak mungkin sama dengan model free hair, yang letak tangan atas kepala, buka kaki dan sebagainya. Pose haruslah bersopan dan manis dipandang. Ewah..!

Pose pun kena belajar tau. Cuba view gambar2 model dan praktis sendiri di hadapan cermin samada pose tersebut sesuai atau tidak dengan anda.


BOLEH CATWALK


Ini adalah optional. Ada casting untuk fashion show yang mahukan talent/model untuk pandai catwalk. Seelokknya, sebelum menghadiri mana2 casting, hadiri dahulu kelas2 modeling/catwalk yang banyak ditawarkan pada masa kini untuk memiliki ilmu dalam bidang modeling terlebih dahulu. Pilih satu organizer yang boleh dipercayai, buat research dahulu atas mana2 kelas yang dijalankan seperti kelas2 yang terdahulu, siapa talent/model yang dihasilkan, tenaga pengajar yang berkaliber, dan pastikan juga harga yuran yang dikenakan adalah berpatutan. Setelah anda ada ilmu tersebut, barulah mula menghadiri casting.

Kelas2 yang dicadangkan:

1. Kelas Muslimah Elegan Gaya Anggun (MEGA) oleh Mediakreatif Studio khas untuk melatih model2 muslimah.
2. Sehari Bersama Siti Murni (SBSM) oleh Empayar Siti Murni untuk melatih model2 pelbagai size.



CANTIK ADALAH SATU BONUS


Jika anda cantik, ia adalah satu bonus untuk anda dalam mana2 casting. Jika anda datang dengan skills yang baik, ditambah pula dengan wajah yang cantik, anda ada peluang cerah untuk dapat job.


oh this is mr. Sazlan. Together with Zue Alias & Ain her PA.

-----------


Overall, casting ni best! Happy dapat berjumpa dengan semua tetamu, juri dan gadis2 manis. Thanks BAKAT sebab organize casting ni, thanks Mr. Shaharil, Mr. Jonathan Richie Lai, Mr. Zouffi, Mrs. Nurliyawati, Ms. Zue Alias & mrs. Dira atas perkongsian ilmu. Actually BAKAT sedang mencari talent baru untuk online magazine. That's why casting ni dibuat.

Jadi, good luck semuanya! Thanks sebab sudi baca post yang panjang ini. =))



p/s: Dengarnya, BAKAT nak organize kelas modeling secara percuma! Bolehlah cuba ya!


-------------------------
BAKAT
-------------------------


Other tips:
17 NOV 2012

4 comments:

  1. Eh3x, ada gambar saya di situ! ngee. thanks dear..:)

    ReplyDelete
  2. Dear, ada tag kamu dlm segmen ni.. huhu.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/pencarian-20-blogger-bertuah-by-yana.html

    ReplyDelete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...