Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 28, 2012

Casting with Performing Talents


Hai semua. 

Nak share cerita casting di Performing Talents (PT) pula tempoh hari. Aku jumpa iklan di event Facebook. Pada mulanya agak ragu2 & takut juga nak pergi. Dah lah tak ada kawan pula tu. Berani je aku pergi sorang. Dalam otak aku ligat berfikir kot nanti apa2 terjadi, kena tipu ke apa ke macam agency2 modeling lain tu. Tapi aku pergi juga.


PT logo



Kebetulan hari tu aku jaga kaunter SPM. Casting pula dari pagi sampai petang. So lepas habis bertugas dalam tengah hari tu, aku pun bergerak ke Boulevard, Damansara di mana office PT terletak dengan bantuan GPS. Bila dah jumpa bangunan, aku call secretary PT untuk tanya lokasi yang tepat. Aku siap tanya sama ada dia ada atau tak semasa casting, sebab dia perempuan! At least adalah teman.. hihi.. Lepas dia respons, aku pun lega sebab tempat dah betul. Tapi aku tak terus masuk ke bangunan tu. Aku berhenti dulu di stesen minyak Caltex untuk makan tengah hari. Makan tengahari aku pada hari tu adalah nescafe latte satu tin dan roti hotdog sebungkus. Jadi lah.. muehehheh. 

Lepas makan, terus masuk ke bangunan. Boleh tahan banyak juga kedai2 & bangunan office dalam Boulevard tu. Tapi aku tak pasti berapa tingkat. Okay dah jumpa lokasi lift, aku naik dan terus ke PT. Aku disambut oleh seorang lelaki (tak tahu berjawatan apa di PT) untuk isi form. Secretary yang aku call tadi pun keluar dan bersalaman. Seorang lagi photog, En. Sham pun datang dan berkenalan. 

Aku masuk di bilik menunggu dan isi form. Dalam tu ada dua orang perempuan baru lepas habis casting. Talent juga agaknya, dalam fikiran aku. Aku lega sikit. Tapi aku tak pelik langsung kenapa tak ramai yang datang. Sebab hari tu hari bekerja! 

Next dah siap isi form, aku pun dipanggil untul sesi temuduga. Dup dap dup dap jugalah! Ingatkan temuduga yang bagaimana. Serius tak prepare apa2 pun. Tapi semua fikiran tu tipu je. Temuduga sangat santai. Sampai aku rasakan, aku yang banyak bertanya kepada En. Sham.. hihi. Oh ya. Penemuduga aku adalah En. Sham yang bertugas sebagai photographer di PT.

Antara isi kandungan dalam perbualan weolls, PT buat casting untuk sediakan stock talent. Talent mana yang bersesuaian dengan job yang ada akan dipanggil. Job mungkin start tahun depan, 2013.

PT buat casting lain sikit dari yang lain. Mereka record video untuk buat portfolio talent. They don't need any comp card! So talent tak payah susah2 nak kena buat comp card bagai. Dalam video, client yang nak pilih talent yang bersesuain dengan produk mereka boleh tengok talent tersebut secara real. Kalau dalam gambar, mungkin kita akan pilih gambar yang cantik sahaja buat tatapan client. Tapi melalui video, client boleh view skills sebenar talent tersebut.

Semasa temuduga, ada juga soalan KBKK. So pandai2 lah uolls bagi jawapan yang terbaik untuk menunjukkan attitude anda yang sebenar.

Kemudian, casting ni tak perlu keluarkan duit satu sen pun! Ada banyak agency yang kenakan bayaran itu ini untuk casting. Sebenarnya tak ada istilah tersebut melainkan talent itu telah ditipu. Hati2 ya frens out there.

Selain itu, PT juga mencari model pelbagai size. Jadi jika ada plus size talent, buatlah appointment dengan PT untuk datang casting. InshaAllah jika terpilih, anda akan dipanggil.


outfit for casting. 
Paisley pink shawl, mustard blouse, & pink skirts.



That's it. Good luck! =)


-----------------------------
Performing Talents
-----------------------------




19 NOV 2012

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...