Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, December 25, 2012

Event Fashionista Hijab by ESM 2012


Hai semua.

Baru pulang dari pekena naan cheese dengan ayam tandoori tadi. Mana badan tak naik kan. Asyik makan je kerja dengan en. somi. Tapi tak apa. En. somi tak suka aku badan kurus keding. Beliau kata, elok dah badan macam sekarang. So produk nak kurus badan tu semua terpaksa lah I tolak tepi dulu naa.. heheheh..

Suasana malam ni sejuk je kan. Rasa macam nak berselubung je dalam selimut. Hari ni betul2 penat. Macam nak masuk tidur awal. Tapi tak akan boleh tidur selagi tak update aktiviti hari ni. Haha.. hado?

Seharian di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara tadi untuk event Fashionista Hijab by ESM. ESM tu short form bagi Empayar Siti Murni. Seperti yang uolls dah tau, Siti Murni pembaca berita TV1 tu kan ada buat kelas modeling. So kiranya event tadi adalah event under company beliau. Aku turut menggedik untuk join event ni sementara fees hanya RM30 dan baju pula disponsor. Part baju sponsor tu memang best lah, sebab tak payah pening2 nak fikir nak pakai baju apa atau beli baju baru untuk ke event ni.

Event Fashionista Hijab ni merupakan pertandingan catwalk. Memandangkan banyak juga kategori yang dipertandingkan, aku pun rasa macam best je nak cuba nasib.

Aku masuk kump. 20 bersama talent bernama Sha Arif dan MUA kami adalah Aida. Mula2 sekali aku berkenalan dengan Aida di FB memandangkan kami nak bertukar2 contact supaya senang di hari kejadian. Tapi Sha Arif aku hanya jumpa FB dia beberapa hari sebelum event bermula sebab nama FB dia susah nak cari.. hihi..

Pagi tadi, setelah aku mendaftarkan diri pada jam 8.30 pagi, aku pun ambil baju sponsor di bilik AJK ESM. Baju yang aku dapat bewarna oren, warna yang aku paling tak suka.. ahha.. Disebabkan size baju tu adalah sangat sendat mendat, so aku mohon tukar. Aku diberi baju jubah dress bewarna grey. Kurang pasti butik mana yang sponsor baju ni. Seriously kepala buntu nak pakai tudung warna apa untuk baju ni.

MUA sampai, dan kami berdua mula dimekap. Sha ambil turn pertama, dan kemudian aku. Then kami diberi masa break satu jam. Jam 1.30 event dalam auditorium dah bermula. Tapi aku masuk audi pukul 2pm. Melilit tudung tak jadi2.. hihihi.. Event dimulakan dengan ucaptama presiden ESM, diikuti persembahan catwalk AJK ESM, dan seterusnya pertandingan catwalk dimulakan.

Group aku turn yang ke 20. So boleh practice la sebelum tu. Aku bernasib baik sebab aku satu group dengan Sha yang  pernah menghadiri kelas ESM. Jadi dia ajarkan bagaimana lenggok catwalk ESM sementara juri2 yang judge kami nanti mahukan catwalk style ESM yang berjalan slow. Muslimah kan.. Beberapa kali juga aku praktis dengan Sha. Sha sangat cantik okay. Suka tengok dia. Baik dan peramah pula tu. Dan tak kedekut ilmu. Dia nampak sangat matang walaupun dia cuma 2 tahun lebih tua dari aku. =)

Sampai turn kami, aku dan Sha buat sehabis baik di atas stage yang berbentuk 'T' tu. Menang atau tak just berserah je. Sha pun tak mengharapkan kemenangan sementara ini adalah kali pertama dia join catwalk competition berhijab. Sha adalah seorang yang tak bertudung.


aksi kami berdua, group 20.
gambar from my BB.. haruslah blur. heheh


Lepas habis semua group bercatwalk, slot pemakaian hijab dijalankan. Dan akhir sekali pengumuman pemenang. Seperti yang tak pernah diharapkan, group kami tak ada rezeki. Tapi at least boleh tambah senarai pengalaman. Senarai pemenang aku tak ingat. Tapi antara kawan2 yang aku kenal yang menang  tadi adalah;

----------------------
MISS FASHIONISTA HIJAB (seorang shj)
Misha Musa

BEST CATWALK
1-Misha Musa
2-Gucci Liana

THE BEST MUA
1-Lina Karmilla

PHOTOG PALING SPORTING
1-Pa Pa Din
----------------------

Aku dah lama nak join kelas Siti Murni, tapi ada saja kekangannya. Catwalk anak2 didik beliau memang outstanding. Terpukau bila menonton tadi. Tak over, tapi sangat sesuai dengan wanita berhijab. =)


Group photo bersama Siti Murni & AJK ESM, peserta talent & MUA.
photo by Lensa Ayid



Layan video event jom!




Habis semua acara, kami pun semua pulang. Dan setibanya dirumah, mandi dan bersolat Maghrib, bolehlah baca semula perenggan pertama apa aktiviti aku yang seterusnya.. muehehheh

Oh ya! Selamat hari Natal buat semua kawan2 yang beragama Kristian yang menyambutnya pada hari ini.

Selamat malam! =)

p/s: Tak dapat bergambar dengan Siti Murni sebab bateri BB dah takdop! Tskk...


2 comments:

  1. wah kalau ada gambar dekat kan best. u mesti tinggi ramping kan. i petite je orgnya u :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdelah. i gemuk je cha.. hehehe.. lagi2 tadi baju yg i pakai tu agak singkat.. lg nmpk bdn i jd besar

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...