Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Sunday, December 9, 2012

Review: Majlis Bertandang Najib & Alya


*view our reception video HERE!

Oh laa.. gigih ni nak menyiapkan entry ni. hihi.. Btw, apa yang aku nampak, orang Malaysia ni memang suka pasal wedding.. Mana taknya, blog view aku meningkat hanya disebabkan entry2 wedding yang mengatasi segala entry2 lain terutamanya entry CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN tu. Uhuhu.. dah jadi macam blog wedding pula. Tapi tak apa. Dalam satu blog ni, anda boleh dapat banyak perkara. Aku taknak create banyak  blog, lagi susah nak maintain nanti. So lets starts the review... =)

Seawal pagi 20 May 2012 aku dah bangun mandi untuk bergerak ke rumah en. husben di Sepang memandangkan kami akan dimake-up dan ditatarias di sana. Jarak Klang-Sepang selama 1 jam membuatkan aku perlu bertolak lebih awal. Sepanjang perjalanan, pemandangan aku agak terganggu oleh hiasan atas kereta yang baru siap pada malam sebelumnya. Seriously pemandangan terbatas, lebih2 lagi masa nak membelok. So solutionnya, terpaksalah aku perlahankan pemanduan. hihi..

Alhamdulillah. Sampai di rumah en. husben dengan selamat. Sampai2 je, rumah kosong tak berpenghuni. Rupa-rupanya, dia berulang-alik dari rumah mertua ke dewan dari semalam lagi sebab ada saja barang tertinggal di rumah yang perlu dibawa ke dewan. Hihi.. kesian dia. Macam tu lah kalau buat wedding di dewan. Ada tertinggal barang je, kena patah balik ke rumah. Kalau rumah jauh macam mana? Nasib baik jarak rumah mak mertua ke dewan tak jauh.


tunggu di luar pagar rumah.


Persiapan di dewan sedang rancak dijalankan. Manakala aku masih menunggu di dalam kereta. Tiba2 en. husben sampai. Aku pun mula memunggah dengan pantas, baju sanding yang akan dipakai sekejap lagi, aksesori, bunga tangan, kipas tangan, payung dan segala mak nenek yang akan digunakan untuk bersanding kejap lagi.

simple green shoes for reception


Lepas dah siap punggah semua, rasa nak kemas rumah pula sebab rumah ni memang tak ada sesiapa yang duduk sebelum ni. Rumah baru lah katakan. Berhabuk dan bersawang. Belum sempat nak mengemas, kak Ros, make-up artist (MUA) pun sampai. So tak sempatlah nak sapu ke apa ke.. huhu

Aku terus menyarung kebaya hijau dan mula dimekap oleh kak Ros. Selang beberapa minit kemudian, en. photog- Mr. Killabee & Mr. Salleh Mohd dan en. videog-Mr. Amran & Mr. Taufiq pun sampai dan memulakan tugas mereka. Haha.. Dengan keadaan cadar katil bilik berwarna biru yang tak bertukar, dan rumah yang berhabuk, malu jugalah kalau masuk gambar. hihi.. Tapi pandai2 lah photog & videog edit nanti. =)

sedang membega2 shawl.. =)


Siap ditatarias. Aku pun mula memakai tudung. Veil dan crown kemudian dipakaikan oleh kak Ros. Tiba masanya untuk en. husben pula ditatarias. Bermula dengan kak Ros mentouch-up muka en. husben yang memang cepat berpeluh tu. Kemudian dipakaikan pula samping. Aku hanya menjadi pemerhati dan bantu kak Ros mengunjukkan jarum peniti bila diminta.


MUA sedang menyiapkan en. husben


Sambil sibuk menyiapakan en. husben, aku dapat panggilan telefon daripada mak. Mak bagitahu aku yang rombongan menghantar akan sampai agak lambat sebab mereka singgah di klinik dulu. Adik bongsu aku tersepit tangannya pada pintu kereta sewaktu mahu ke salun untuk buat rambut. Tapi semuanya terkawal. Hanya tersepit sikit je. Aku  pula sangat risau memandangkan masa bersanding yang ditetapkan hampir sampai iaitu pada jam 12.30 pm. Kak ros kemudian meminta diri, manakala en. videog dan photog pun bergerak dahulu ke dewan untuk menyambung tugas mereka di sana.


verangan sekejap tak salah kan.. hehehe


Aku dan en. husben tinggal berdua menunggu di rumah. Keluarga belah lelaki pula sibuk menelefon daripada dewan samada kami dah bertolak dari rumah atau belum sementara ramai tetamu yang ingin bertemu dengan pengantin. Ex-roommate aku semasa di UPM juga, Syu, ada di dewan dan terpaksa balik sebab menunggu terlalu lama. Sorry sangat tak dapat jumpa. 

Jam dah menunjukkan 1 petang. Rombongan menghantar masih belum tiba. Beberapa minit selepas itu, baru mereka sampai. Usai menunaikan solat Zohor, kami pun bergerak ke dewan.

kereta berhias itu.. hihi


Tiba di dewan hampir pukul 2 pm. Keadaan di dewan nampaknya dipenuhi oleh tetamu. Pintu depan dewan dah penuh dengan keluarga belah lelaki yang menunggu kami dari tadi. Kami menunggu seketika sehingga kereta rombongan menghantar selamat diletakkan. 


kanak2 comel. =)


Kompang mula dimainkan. Kami disambut mesra oleh Wan Alang dan beberapa ahli keluarga yang lain di depan dewan. Hati sedikit terubat melihat kanak2 kecil perempuan bergaun pink dan lelaki yang bertuxedo yang memegang bunga rampai. Aku sempat menjeling setting2 yang lain seperti frame gambar, album, dekorasi kecil yang lain, guestbook dan semuanya diletakkan di tempat yang strategik. Berarak ke dalam dewan pula, melalui pintu gerbang berwarna hijau dihiasi bunga pink seperti yang diminta. Begitu juga dengan bunga2 tiang sepanjang perjalanan kami ke pelaminan. Pelamin pula terletak cantik di atas pentas dewan. Tak perlu gusar dengan kerja gubahan abg Hizam and the team. Memang cantik dan puas hati. Pasti mak mertua pun puas hati kerana dari busana ke pelamin, semua adalah pilihan beliau sendiri yang memang sukakan warna hijau. =)


pelamin hijau putih pilihan mak mertua. =)


Sampai di pelamin dan duduk. Kompang masih terus dimainkan bersama lagu2 yang berkaitan. Rancak betul dan aku jantung rasa berdebar dengan mainan kompang yang sungguh bersemangat. Bestnya rasa kahwin dalam dewan sebab kompangnya kuat dan bergema bila dalam dewan. 

Doa dibacakan. Sesi menepung tawar pun dijalankan dimulai dengan keluarga sebelah perempuan, diikuti keluarga sebelah lelaki kemudiannya.


lauk pauk sedia terhidang untuk dijamah. 


Usai semuanya, kami turun untuk makan berdamai di meja makan pengantin yang betul2 berhadapan dengan pelamin. Table setting sangat cantik dengan warna hijau yang saujana mata memandang. Lauk pauk yang banyak jenisnya terhidang di atas meja. Sampai tak tahu nak pilih! Hihi.. Suasana dewan terus rancak dengan kehadiran tetamu yang tak putus2. Dari meja makan, kelihatan tetamu beratur sampai ke pintu untuk mengambil makanan buffet. 15 lauk kesemuanya, antara yang laku adalah sup tulang. Kemudian dikhabarkan ada tetamu yang terpaksa duduk di atas lantai di luar berikutan ramainya tetamu yang hadir dan dewan serta kanopi di luar dewan telah dipenuhi tetamu. 


kek pengantin hijau putih sponsored by Wan Alang.


Setelah makan berdamai, kami pun memotong kek hijau putih yang disponsor oleh Wan Alang. Lagu yang sama juga dimainkan ketika resepsi di Klang tempoh hari iaitu Barakallah. Serious memang tak sempat nak cari lagu sebab busy kerja kan hihi.. Yang penting, kek hijau ni memang sedap. hihi..


beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.



Selesai potong kek, kami bergambar kenangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Karaoke dimulakan. Dan kami turun untuk bersalaman dan berjumpa dengan tetamu yang masih berbaki di dalam dewan.

Jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Masa untuk keluarga aku untuk balik dan tinggalkan aku bersama keluarga mertua. Sedih jugalah rasanya. Takut dan risau pun ada. Yelah. Bayangkan aku akan duduk dengan orang2 yang baru dikenali (kecuali en. husben) dan keluarga sendiri tiada di sisi. Tapi aku buangkan perasaan negatif tu jauh2. Aku pasti aku boleh bawa diri. Ecehh.. Inilah yang dikatakan, bila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja malahan kita akan kahwin dengan keluarganya juga, dengan cara dan budaya hidupnya dan akhlaknya. 

Selepas menghantar keluarga aku untuk pulang, aku & en. husben terus bergerak ke Putrajaya untuk outdoor photoshoot. Hujan lebat menggangu perjalanan. Akhirnya port untuk photoshoot pun ditemui. Tapi aku dan en. husben memang dah penat. Jadi kami habiskan photoshoot dan video shoot dengan segera. Jam 6.30 pm, kami bergerak balik ke rumah.

Balik, mandi dan bersiap semula untuk ke rumah mertua. Di sana, saudara-mara, pakcik dan makcik dah berkumpul. Kami kena buka hadiah! Satu persatu hadiah kami buka. Sangat segan okay buka hadiah depan family baru. Hihi.. kekok sangat. =p

Acara yang terakhir adalah mengira wang sumbangan atau lebih dikenali dengan duit salam keruk. Aku tak terlibat dalam mengira, sebab dah ramai AJK2 yang mengira. Biasalah, family en. husben sangat besar. So, aku duduk ditepi sahaja. Kira sampai larut malam, akhirnya jumlah yang dikira RM2X XXX. WOW! Terkejut jugalah. Tapi alhamdulillah dapat juga tampung sebahagian kos wedding. 

Malam makin larut. Saudara-mara sedikit demi sedikit minta diri untuk pulang, rumah lengang. Kami pun masuk tidur dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sangat tenang lepas semuanya dah tamat. Dah tak ada apa nak fikir dah. hihi.. Lapang dada, tidur pun nyenyak. Tak percaya? Kahwinlah. =)


Well.. Macam biasa. Sesuatu majlis tak akan berjaya tanpa orang2 dibawah. Big thanks to:
  • especially to my mak & pak mertua
  • saudara-mara, pakcik, makcik dan cousins tak kira dari belah pak atau mak mertua yang banyak tolong itu ini.
  • photog, Mr. Killabee & Mr. Salleh Mohd & juga videographer Mr. Taufik & Mr. Amran
  • make-up artist kak Rose JR
  • Mr. Hizam & Mr. Hisham & team vendor pelamin yang cantik itu
  • caterer Wan Alang untuk hidangan yang sedap. 
  • saudara-mara, keluarga aku & kawan2 meen yang ikut menghantar.
  • cik dan encik pengapit, Intan & Iwan yang menjaga dari hujung rambut sampai hujung kaki, from a.m to p.m.
  • kawan2 tempat kerja, kawan2 sekolah SK Sri Tangkak/SMK Tun Mamat/Kolej Islamkawan2 KMJ/UPM, kawan2 model/photog/MUA, kawan2 FB/Twitter, kawan2 blogger, kawan2 lama & baru yang sudi datang 
  • etc.



Hanya Tuhan saja dapat balas jasa baik kalian. Doakan kami berdua agar bahagia sampai ke syurga ya. Ameen. =))

Thanks sudi baca entry yang panjang lebar ni.

suami isteri. =P


p/s: Kalau terlepas pandang tak credit nama, sila bagitahu ya!





--------------------------------


Dress/Accessories/HandbouquetHizam Ariffin
Shawl: Radiusite  

Pelamin & Deco: Hizam Ariffin

Make-up: Rose JR

Photographer: Killabee & Salleh Mohd

Cinematographer: Tauffik Aris & Amran Syarifuddin Abdullah 
(D Anonymous Photography)

Caterer: Wan Alang Caterer, Salak

2 comments:

  1. thniah3! smoge kekal bhgia smpai syurge ye ! aminn ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen.. thanks atas doa. doa kembali kpd anda semula, inshaAllah. =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...