Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, December 27, 2012

Review: My DIY Guestbook for Wedding!


Hai semua!

Hmm.. slow betul aku review mengenai wedding kan. Nak pilih gambar tu satu hal lah. Banyak sangat sampai beribu. Eh. yeke beribu? haha.. Mungkin beratus kot.

So malam ni nak review mengenai DIY guestbook aku. Idea DIY dari internet. Kepada sesiapa yang  nak kahwin tapi workaholic tak sempat nak DIY tu, bolehlah order dari aku. Nanti aku buatkan untuk uolls. Tapi yang rupanya lebih kurang sama macam aku punyalah. hihihi..


purple-gold DIY guestbook for my side reception


Barang2 keperluan aku beli sikit di kedai bunga macam manik & kain. Kertas memang semua aku ada. Cuma untuk kulit depan dan belakang aku beli di Aeon. Kain felt aku beli di Daiso. Idea kandungan guestbook pula aku dapatkan di internet. Aku buat cara bertanya soalan kepada tetamu, dan mereka akan tuliskan jawapan mereka dalam guestbook ni. Contoh soalan ialah, "Di mana tempat yang paling romantis untuk kami berbulan madu?". Agak2 apa jawapan uolls? hehe

Macam uolls semua dah tau, tema resepsi aku adalah purple-gold. So aku terapkan gabungan dua warna ini juga pada guestbook. Jom tengok bagaimana nak buat guestbook yang super simple ni.

First sekali, masukkan paper, letakkan kulit depan & belakang, dan pergi hantar binding di kedai buku berhampiran. Lepas dah binding, mulalah menghias muka depan guestbook mengikut kreativiti sendiri. 


bahagian dalam guestbook menggunakan kertas berwarna purple.
bind guna comb besi.


POODLE FLOWER


Aku yang memang tak kreatif ni mulalah membuat poodle flower berwarna purple untuk tampal atas guestbook. Cara buat poodle flower, potong kain berbentuk bulat. Saiz ikut saiz bunga yang ingin uolls hasilkan. Kemudian jahit dikeliling bulat itu sampai habis dan matikan jahitan.




jahit sampai jadi macam ni.


Lepas dah jahit, penyekkan jahitan tadi agar berada di tengah2. Kemudian jahitkan manik agar menutup kesan jahitan kain tadi.


ok dah siap satu



Lepas tu, buat banyak2 sampai uolls rasa nak muntah, dan tampalkan atas guestbook. Aku tambahkan daun warna hijau di tepi bunga. Aku gunakan kain felt untuk itu. Next, aku tampalkan manik2 berakar berwarna gold disekeliling guestbook. Dan hasilnya jadilah begini.


Bagi aku, dah cukup cantik dah ni. hihi



GUESTBOOK MAJLIS BERTANDANG


Bagi majlis bertandang juga aku buatkan guestbook. Tapi deco berbeza sikit. Kertas dalam aku ikut tema warna bertandang iaitu hijau. Deco cover aku tampal knitted cloth yang aku beli dari Daiso. Bunga hijau dan daun pink aku buat guna kain felt. Buruk gila bunga tu kan. Hahah.. Tak apa. Yang penting isi dalam dia. (sejukkan hati sendiri)


Guestbook majlis bertandang



Walaupun tak berapa nak cantik, tapi aku suka guestbook yang aku buat sendiri ni. Dapat jimat kos kalau nak banding dengan harga guestbook yang dijual di pasaran. Total kos serius dah lupa berapa. hihi.. By the way, kalau uolls malas nak buat, atau dalam erti kata lainnya, tak ada masa, boleh beli je guestbook yang dijual di Aeon tu. Tapi warna standard la. Putih. 

Last but not least, penting tau guestbook ni. Tergelak2 baca apa yang uolls tulis dalam ni. Jadi kenangan sampai bila2.  =)

Selamat mencuba! :D


10 comments:

  1. kreatifnya u. i tempah je lgpun xde masa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. xkretip mana pun. buat yg smple je. =)

      Delete
  2. Tak terfikir nak buat untuk kelas. Kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. cedok idea sini sana. byk rujukan. pilih yg praktikal & senang buat je.. hihi

      Delete
  3. Salam..sis..nak tnya..sis buat binding comb besi tu kat mane ye..

    ReplyDelete
  4. Kertas dpn n blakg pkai kertas pe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anon.
      kertas cover hitam saya beli kertas keras yg dijual di Jusco je.
      sy byk survey tempat, n yg ni sy jmp n terus beli.
      dia jenis keras dan kalau kene panas dia akan meleding mcm kayu.
      so kne jaga jgn kene panas.
      =)

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...