Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Thursday, December 20, 2012

Pelupa!


Hai. Tengah letih+mengantuk. Tapi nak update juga sebab esok cerita ni dah basi. hehe

It's a beautiful day, with a beautiful date 20.12.2012. =)

Bangun pagi, gosok gigi.

Macam biasa every year mesti ada meeting sebelum mula persekolahan. Tak nak taip panjang2, tugas aku tahun depan amat menggembirakan. Yay! Untuk ICT, aku hanya pegang jawatan sebagai penyelaras Laman Web & Profil Sekolah sahaja. Jawatan Ketua Panitia dan Penyelaras ICT telah diserahkan kepada rakan kerja yang lebih layak. Aku juga terlepas daripada memegang jawatan sebagai ketua bagi mana2 aktiviti koko sebab dah dua tahun pegang jawatan ketua Kelab Tarian Latin. Tapi, tak kan senang2 je kerja macam tu. So, untuk timbal balik, aku dilantik jadi guru kelas. Hmm.. boleh tahan bertimbun kerja guru kelas. T_T

Ok. Mesti uolls malas baca perenggan pertama tu kan. Hahah.. Lepas habis meeting, aku salin baju dulu di tandas sekolah. Lepas tu kak Sue, kawan sekerja, ajak pergi lunch dulu sebelum balik. Kak Emi dan  kak Ema pun nak ikut juga. Semua nak lunch dulu. Sementara hari ni pun aku memang free, so aku pun ikutlah mereka pergi lunch. Kak Sue nak merasa naik kereta aku, so aku pun hangkutlah mereka semua.. hihi.. Selalunya buli kak Sue suruh drive kereta dia. Hari ni, dia bagi alasan tak larat nak drive. Kesian kak Sue selalu kena buli. hihi.. Thanks kak Sue sebab selalu bagi tumpang kereta hehehehhe...

Lepas hantar mereka balik semula ke sekolah, aku pun mulakan perjalanan ke KWC. Memang dah lama sangat plan nak pergi sana. En. somi pun sedang sibuk wakil Selangor dalam game takraw PSKPP, so boringlah kalau duduk rumah sorang2. Baik aku pergi shopping. hihi..




Perjalanan lancar menggunakan GPS. Aku naik parking belah atas. Ambil tiket.  Cari tempat parking, 3 kali pusing baru jumpa tempat kosong. Matikan enjin, keluar kereta, aim mana pintu masuk. Aku ni jenis penakut. Kalau di car park, aku akan cepat2 cari pintu masuk sebab banyak terpengaruh dengan drama. Macam2 boleh jadikan kalau bersendirian di car park. hoho.. Tiba2 nampak orang keluar lif, aku pun cepat pergi situ dan masuk lif. Kebetulan ada beberapa orang dalam lif, dia tolong tekan button nak ke tingkat mana. Bila dah dalam lif, baru aku tersedar yang aku terlupa nak catit tadi aku park di aras mana. Hmm.. dah sampai ke aras yang diingini, aku pun keluar lif.

Sempatlah grab 2-3 items antaranya baju peplum dusty pink, shawl hijau pink, palazo mustard dan kurung moden maroon. Semuanya untuk pakai sendiri. KWC ni 13 tingkat. Aku pergi tingkat 3 dengan 5 je. Tempat pakaian muslimah. Mana larat nak round semua aras. hehe.. Dah penat pusing2 survey harga dan bershopping, aku pun nak baliklah.

Masuk lif, nampak car park di B1 dan B2. Aku betul2 tak ingat aku masuk dari aras mana tadi. Aku pun main tekan lah, B1. Sampai B1, aku tak jumpa kereta aku. Masuk lif balik, tekan B2. Pusing2 tak jumpa juga kereta! Masuk lif balik dan pergi ke B1. Ternampak abang guard ni, mengadu pada dia yang aku tak jumpa kereta aku. Dia pun tolong round2 mencari, tapi tak jumpa. Aku tanya dia, 

"Parking ada dua ni je ke?". 
Lepas tu dia jawab, 

"Ya". 
Aku pun give up! Aku cakap, 

"Thanks".

Aku masuk lif balik. Pergi B1 dan B2 berulang2 dan pusing satu aras tu untuk cari kereta. Semua kereta warna putih aku usha. Yang aku ingat, aku parking menghadap dinding. Sampai rasa kaki nak patah dah. Give up lagi. Tapi tahan je. Tak nangis pun. hihi..

Lepas tu jumpa balik abang guard tadi, mengadu. Lepas tu dia tanya

"Tadi adik masuk parking bawah ke atas?"

Err.. yang aku ingat aku masuk ikut atas. So aku jawab, 

"Saya naik parking atas".

Lepas tu abang guard tu jawab,

"Oh cuba pergi aras 8-13. Ada juga parking di sana.

Aku,

"Oh ada parking lagi kat atas?"

Dan terus pergi.

Yang aku ingat masa aku cari tempat kosong nak park kereta tadi, aku ada pusing 3 kali naik ke atas, so aku kira aras car park kereta aku tadi mesti di aras 10. Aku tekan button aras 10, dan keluar lif dan ya! Terus nampak kereta aku. Hmm.. Aku tak pasti kenapa aku jadi macam ni hari ni. Betul2 tak boleh nak ingat yang aku naik car park atas tadi. Yang aku pergi B1 & B2 tu buat apa?? Tu kan basement! Adoyai. Penat sangat tawaf satu car park dua aras bawah tadi. 

Pengajaran hari ni, pastikan snap gambar aras mana kau park kereta hokay! Dah berapa kali jadi.  Part paling benci bila pergi shopping sendirian adalah car park! Hmm.. Pelupanya aku. T_T

Terima kasih sudi layan entry pening & takde gambar ni. hihi.. daa~

4 comments:

  1. Adoi... Kak Alya tetap seperti dulu.. Jgn amalkan... Bahaya ok!!!

    ReplyDelete
  2. hai dear jalan2 and follow u sambil baca entry :)

    hehe i dgn husband dulu masa parking kt ikea ingat kete dh hilang haha. lawak kalau ingat before kawen dulu first time pg ikea puas carik kete muahah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun dah terfikir tau kot kereta hilang.. mmg rasa mcm takbleh terima kenyataan tu. sbb tu pusing2 byk kali cr kete.. hihi

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...