Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, December 10, 2012

Santai Petang Isnin


Wah wah.. Bercuti lagi nampaknya haku sampai hari ni. Tapi cuti hanya berbaki sikit hari sahaja lagi untuk aku berjimba. Kalau tengok di tab Schedule blog, Sabtu dan Ahad memang dah penuh dengan aktiviti. Manakala minggu hadapan akan mula busy di tempat kerja dengan kerja-kerja pemindahan barang2 ke bangunan baru dan meeting kali pertama. Tahun 2013 semakin menghampiri.

Tadi pun, juruteknik dah SMS aku untuk bertanyakan bila nak mengemas barang2 di bilik komputer sebab minggu depan akan mula pindah barang. Nampaknya minggu ni dah kena kemaslah. Hoho.. terbantut masa rehat dan santai2 demi kerja. Jadi aku perlu gunakan hari2 yang masih free ni dengan sebaiknya untuk bershopping dan buat apa yang patut untuk diri sendiri sebelum sibuk kerja tahun depan. Aktiviti shopping memang tak kan luput dari planning sebab wish list masih panjang. =p

kejadahnya tepek muka nak gi kerja ni..? Tak pernah2..  hihi


Bercakap tentang kerja, ya aku sangat suka perkejaan aku. Kena bersyukur ada pekerjaan. Kalau dah kerja, tolak tepi benda lain sebab kerja hakiki paling utama. Ecewah. Betul lah kan. Takkan nak dapat gaji buta every month. Azam aku next year, nak cuba kurangkan MC. Kalau demam sikit, nak pergi kerja juga. Boleh? hehe. Ok baca betul2. 'KURANGKAN' MC ya, bukan 'TAK NAK' MC langsung. Yelah. Kita mana jangka kalau tahap kesihatan kita tak mengizinkan untuk bekerja kan.. 

Ada yang bertanya bagaimana nak jadi model? Aku tak boleh jawab soalan tu sebab aku bukan model pun. Aku buat secara part-time sebab minat. Aku gila beraksi dan bergaya depan kamera, suka pakai baju dan mekap yang cantik. Dari dulu aku suka benda tu semua. Kawan2 yang kenal rapat tentu tahu kegilaan aku tu sebab mereka pun penat nak layan aku. hahha.. tu cerita dululah. Tapi, kalau nak jadi model ni, bagi pendapat aku, mesti ada ilmu dulu. Kalau tak ada ilmu, kita takkan ada panduan. So aku sarankan gadis2 di luar sana, kalau minat nak jadi model, hadiri dulu kelas2 modeling yang banyak ditawarkan. Pastikan harga berpatutan dan syllabus yang diajar adalah padat dan sesuai dengan jenis model yang anda mahu ciptakan. Kemudian bila dah penuh ilmu di dada, sertai mana2 casting yang ada. Kalau mahu, anda boleh sertai Modeling Agency yang dipercayai. Kalau nak berjalan secara freelance juga boleh. Itu saja pendapat daripada aku yang masih cetek ilmu modeling. Yang penting, anda perlu tahu tujuan anda dalam bidang tersebut dan jangan tersasar dari landasan yang sepatutnya. Ehemm.. cam pro pula kan. =p

So tak tahulah apa yang aku merepek ni. Sebenarnya aku dah lama berhasrat nak jual baju2 aku yang cantik2 tu *perasan*. Preloved item la kan.. untuk clearkan wardrobe. Sebab sayang sangat ada baju2 yang tak pernah pakai langsung, dan pakai cuma sekali dua sahaja. Best price for uols. Aku letak target tahun 2013 aku akan mula jual. Mana tahu lepas tu aku boleh buka butik online pula kan. hehe.. Masih jauh perancangan tu. Tapi tak mustahil... 

Ok. Sambung nanti. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...