Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, December 28, 2012

Review: Silat Pengantin


Hai all.

Aku nak sangat selit acara silat pengantin masa wedding. Alhamdulillah tercapai dengan bantuan pesilat yang handsome sorang ni, Hamizan Saidi. Dia merupakan kawan kepada adik aku, dan pernah menang pertandingan silat, tapi aku tak pasti wakil negeri atau Malaysia. Dia ada team silat sendiri juga. 

Masa wedding aku, aku panggil dia dan kawan2nya buat persembahan silat menghadap pengantin. Tapi dia nak interprem sorang katanya. So dia beraksi seorang diri lengkap berpakaian pesilat. Aku tak berapa pandai term2 dalam silat Melayu ni. hehe.. maaflah kalau ada term yang kurang enak didengar. =p

Hamizan ni bagus, Seorang yang berdisiplin. Dia datang awal masa wedding. Masa aku tengah dimake-up lagi dia dah sampai. 3 kali dia makan nasi minyak. Katanyalah. hhihihi. Dan menu fevret dia pada hari tu adalah ayam masak merah.

Jom layan bunga2 silat Hamizan.













Oleh kerana Hamizan adalah kawan baik kepada adik aku, maka cost memang sangat murah. Aku bagi saguhati kepada Hamizan & suruh dia makan banyak2 kerana sudi besilat pada majlis resepsi aku. Silat dia boleh tahan bagus! Thanks a lot kepada Hamizan.

Sesiapa yang nak menggunakan khidmat silat pengantin, boleh comment sini. Aku boleh link kan kepada Hamizan. Tapi applicable untuk area lembah Klang & area yang berhampiran sahaja.


p/s: Please note that all photos from my own collection. =)


2 comments:

  1. wah siap ada silat tau. best best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin sangat dalam wedding sndiri nak ada silat.
      sekali seumur hidup tau peluang ni hihi..

      Delete

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...