Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Monday, December 3, 2012

What I Bought Today #1


Hai semua.

Semalam ke Jusco Equine Park. Asalnya aku pergi sana sebab nak bayar kad kredit! Aku berjaya sampai di sana dengan bantuan GPS. hehe.. Kalau tak guna GPS, memang tak sampailah agaknya. Hujan2 pun sanggup redah sebab due date tamat semalam. Sampai2 je, machine ticket parking tak boleh generate ticket pula. Betul2 bila turn aku. Tekan2 button tak keluar juga tiket. Kereta banyak pula tu beratur di belakang kereta aku, siap hon2 lagi. Apa dia ingat aku sengaja? Hurmmm.. Aku pun press intercom. Operator tu suruh aku reverse. Memang tak la aku nak reverse dan langgar kereta di belakang kereta aku. So, aku tunggu je di situ. Ada juga dalam 5 minit, baru ada pekerja datang betulkan machine tu. 

Ok. Selamat park kereta. Aku pun masuk dan bayar kad kredit. Cari Celcom Blue Cube tak jumpa pula. Tanya kepada seorang salesgirl, dia cakap Celcom dah lama tutup. Hmm..

Ok fine.

Tiba2 nampak Daiso. Masuk kejaplah nak shopping barang rumah. Hehe.. Mungkin tak adalah best sangat tempat ni untuk shopping barang rumah bagi uols. Tapi aku memang suka cari dan beli barang di sini. Murah2 dan praktikal untuk rumah ruang terhad macam rumah aku. Eh.. rumah en. husben. hehe..

Aku suka jalan satu kedai dan pilih barang2 yang kadang2 kita tak tahu pun ada dijual. hehe.. Faham ke ayat tu?

Jom tengok2 barang yang aku grab semalam.

Suit cover. Warna haruslah pink. Polkadot lagi. Senang la isi baju dan bawa pergi photoshoot. hihi
Water repellent apron. Sesuai untuk aku yang rajin masak dan basuh pinggan. Uhuk2.. (batuk2). Warna haruslah pink & polkadot.
Drain board. Aku beli atas alasan en. Husben lepas basuh cawan or mug dia, dia tak suka letak balik di rak pinggan. Dia suka letak atas sinki. So aku belikan ni untuk dia letak cawan banyak2. Alhamdulillah dia pandai guna. hehe
Colored Clothespins. Ada 12 biji multicolored lagi. Sesuai untuk aku yang suka colorful dan suka sidai baju. Miahahah..
Cupboard sheet. Untuk alas kabinet dapur. Warna haruslah pink juga. =)
Deodorizer. Letak di ruangan yang perlukan udara segar, lebih2 lagi tandas! Biar wangi sentiasa.
Ada jual refill juga. So lepas ni tak perlu beli bekas, beli refill je untuk isi semula!


Okay. Next time nak pergi lagi beli barang2 lain. hehhe.. Seperti yang uols tahu, harga setiap barang RM5 sahaja. Tapi uols kena pandai pilih sebab ada barang yang harganya lagi murah dari RM5. especially barang2 yang bersaiz kecil. Kalau nak beli, pergi survey2 dulu ya. Daiso juga ada menjual barang harga lebih dari RM5. Bergantung kepada jenis & kualiti barang. 

Lepas tu, sempat juga aku singgah di Sasa. Aku suka beli barang make-up di Sasa sebab banyak item manufactured from Korea. Sesuai gitu dengan skin kita orang Asia. Sempat grab 2 item ni. Sekarang di Sasa sedang Christmas sale till Jan 2013. 

Hydra Intensive Skin Mist.
Spray je pada muka kalau kulit terasa kering atau terasa berminyak after make-up. Gunakan mist ni untuk ganti toner.

Z-pore Instant Pore Refiner.
Z-pore ni untuk tutup pori2 minyak especially di T-zone. Sapu sikit sahaja sudah memadai. Kulit matte dan tak berminyak! Apply Z-pore sendiri sahaja atau sebelum menyapu foundation.


Bagi aku, kalau nak beli barang make-up, yang mahal sikit pun tak apa sebab kita nak barang yang selamat dan hasil cantik. Tapi pastikan ikut kemampuan juga ya! Jangan berhabis untuk produk kecantikan, tapi duit nak makan pun tak ada. =P

Till here. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...